BERSAMA DAN BERASIMILASI
(Fikrah
Bangi: 638),
BBB:
03 Safar 1442H. = 21 September 2020M. (Isnin).
Telah
dibicarakan antara ilmu dan nilai secara berasingan, tetapi dari segi
realitinya keduanya berlaku secara serentak. Seorang yang berilmu katakan di dalam
bidang matematik, maka dengan
penguasaannya terhadap matematik, maka dia
bersifat sebagai orang yang berilmu di dalam bidang matematik. Seorang
yang berilmu di dalam bidang ketukangan
seperti membina rumah kayu, maka ia dengan secara serentak dikenali dan
disifatkan sebagai ukang rumah.
Apa
yang hendak dibicarakan di sini antara
sumber maklumat sdan sifat maklumat berdiri bersama. Ianya dapat dilihat
dari yang bersifat tabi`i dan dari yang
direka cipta, dihasilkan secara rekreasi dan inovasi. Bagi yang tabi`i
yang dicipta Yang Maha Kuasa, bagi setiap yang menjadi sumber ilmu, katakan
sebagai contoh sebuah gunung, ia adalah objek yang menjadi sumber ilmu yang
dapat dikaji dari komposisi gunung yang terdiri dari tanah, batu batan,
pohon-pohon dan kandungan bijih dan sebagainya. Sebenarnya serentak dengan apa
yang dilihat dari segi fizikal bersamanya wujud nilai, misalnya dari segi
keteguhan, tinggi rendah, indah dan menariknya dari segi poandangan serta ciri-ciri estetika yang ada padanya.
Sebagai sumber keilmuan dapat dikaji secara lebih mendalam misalnya dapat
dilihat dari segi keilmuan geologi dan juga dapat dilihat dari segi nilai,
misalnya dari segi estetika dan keupayaannya menjadi daya tarikan dari segi
pelancongan dan sebagainya, contoh Gunung Kinabalu.
Ilmu
dan nilai dapat dilihat dari segi apa yang dihasilkan oleh manusia sebagai
produk akal sebagai satu penghasilan dan
nilai misalnya hasil dari daya kreativiti dan inovasi yang mencerminkan
kemajuan yang dicapai manusia sebagai manusia yang mengguna dan memanfaatkan
akal menghasilkan sesuatu melalui ilmu yang ada padanya, misalnya
menghasilkan bangunan, bahkan kenderaan
yang memanfaatkan manusia.
Hasil
dari ilmu yang dikuasai manusia, misalnya dapat membina Menara Berkembar di
Kuala Lumpur yang dari segi bentuk bangunan teguh dan tegak meninggi mengatasi
bangunan yang lain. Ia dapat dimanfaatkan dari segi kegunaan. Dilihat dari segi
arkitek dan seni bina, ia adalah sesuatu yang yunik berbentuk elemem tempatan
bersifat rebung. Oleh kerana keyunikannya ia menjadi kemegahan dan identiti
seni bina bagi negara.
Kekukuhan
dari segi ilmu dan nilai juga misalnya dapat dilihat kepada Masjid Kampung Laut
di Kelantan. Ia adalah antara bangunan masjid tertua di negara ini. Ianya
dibina berdasarkan keilmuan membina masjid dari keaslian ilmu yang bersifat
tempatan baik dari segi bentuk dan menggunakan bahan-bahan tempatan. Ianya
mempunyai nilai estetika tradisi dan
asli yang membawa identiti seni bina masjid dari segi tempatan dan dimegahi
oleh masyarakat dan negara. Hasil dari
keilmuan dan reka bentuk tempatan dan nilai dapat dilihat dari segi kenderaan
misalnya perahu yang menjadi kenderaan awal bagi pergerakan di laut, bahkan
dapat dilihat dari segi berbagai jenis
kuih dan makanan dan perkembangan, juga dapat dilihat dari segi pakaian yang
mencirikan keilmuan dan nilai bagi semua perkara.
Sebenarnya
semua perkara yang dihasilkan, berkembang maju atau tidaknya bergantung pada
keilmuan dan pertambahan ilmu yang ada pada mereka dan sejauh mana bergetraknya daya kreativiti dan inovasi yang ada pada
manusia berkenaan.
Kemajuan
dapat digerakkan dengan peningkatan keilmuan
pada manusia dan kreativiti dan inovasi pada diri mereka. Perubahan ke arah pembinaan rumah
yang canggih tinggi dan kukuh, lantaran bertambahnya ilmu yang ada pada manusia
dari segi arkitek dan pembinaan. Terhasilnya kenderaan yang dulu menggunakan
perahu dan beca umpamnya kepada penggunaan kereta yang berbagai bentuk dan
jenama begitu juga dengan rekaan berbagai pesawat terbang adalah dengan
bertambahnya keilmuan dan kreativiti dan inovasi pada manusia.
Sebenarnya
ada potensi penambahan keilmuan pada manusia dan ada kemampuan dari segi
kreativiti dan inovasi yang memajukan dari segi penghasiulan sesuauatu dan
nilai bersamanya, tetapi perjalanan dan perkembangan ke arah kemajuan itu,
selalunya terlalu lambat, lantaran itu bangsa yang maju dan mementingkan ilmu
bersama daya kreativiti dan inovasi akan lebih maju dari bangsa yang lembab,
tidak mementingkan keilmuan dan lemah dari ikhtiar berkreativiti dan inovasi
serta lebih suka bermalas-malasan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment