MEMBENTUK GENERASI
SIHAT
(Fikrah
Bangi: 645),
BBB: 12 Safar 1442H. = 30 September 2020M. (Rabu).
Jika
anda minat berkebun secara kecil-kecilan dengan menanam sayur-saturan di tepian
rumah yang tak luas kawasannya. Misalnya dengan menanam benih labu di dalam
pasu yang agak besar sedikit saiznya, maka bagi membolehkan benih labu tersebut tumbuh dengan baik, maka benih yang dipilih hendaklah baik – boleh tumbuh.
Pasu berkenaan hendaklah diisi dengan tanah hitam yang berbaja. Setelah disemai
benih,maka hendaklah disiram secukupnya sebanyak dua kali sehari, pagi dan
petang. Demikianlah dilakukan setiap hari, maka insya Allah selepas beberapa
hari hingga seminggu benih tersebut akan tumbuh dengan baik dan teruslah
disiram dan membajainya dengan baja setiap
dua minggu sekali, maka anda dapat melihat pokok yang tumbuh berkembang
dan membesar dengan subur sehingga akhirnya ianya menjalir dan menjalar ke
dahan-dahan pokok berhampiran dan juga ke atas permukaan tanah. Selepas lebih
dari sebulan, insya Allah labu berkenaan
berbunga dan seterusnya melahirkan buah yang makin membesar dengan subur.
Perkembangan menyenangkan pandangan dan menggembirakan dengan hasil yang
ditanam. Begitulah jika ditanam sayur-sayuran, bahkan pokok-pokok yang lain yang memanfaatkan.
Demikianlah
bagi mendapat dan menghasilkan generasi yang sihat, pasangan yang dipilih
hendaklah dipastikan sihat, subur dan dapat melahirkan anak sebagai generasi
yang sihat. Bagi mendapat generasi yang sihat pasangan hendaklah menjaga
kesihatan. Perhatian hendaklah diberi terhadap janin sejak di dalam kandungan
ibu, seperti mendapat makanan yang sihat, berada di dalam invironment yang
sihat, misalnya berada di kediaman yang sihat, walaupun sederhana, selalu
mendapat nasihat kesihatan dari klinik dan hospital. Peka dari segi kesihatan dan mendapat rawatan jika sakit.
Pihak
pemerintah adalah peka dengan kesihatan masyarakat dengan mengadakan klinik keibuan, jururawat memantau
perkembangan para ibu yang bakal melahirkan dengan memberi nasihat, panduan dan
permakanan yang sewajarnya. Bakal ibu dapat melahirkan anak secara baik seperti
di hospital dan mendapat perhatian dan susulan agar ibu dan anak berada di
dalam sihat.
Sebagaimana
dibicarakan mengenai benih tanaman di atas, demikianlah para ibu dan anak
diberi perhatian khusus dari pemulihan kesihatan dan perkembangan dan
pembesaran bayi. Ibu bapa dan anak bukan saja turunan yang akan melanjutkan generasi, tetapi
bagi negara ia adalah aset negara pada masa hadapan. Sebab itu di samping ibu
bapa, maka negara juga hendaklah menjaga dan cakna bagi pertumbuhan aset ini,
agar ianya membesar dengan sihat dan baik.
Bagi
para suami hendaklah sedar sebelum mendirikan rumah tangga hendaklah
mempastikan kemampuan untuk menyediakan kemudahan yang memungkinkan bagi generasi dengan baik. Penyediaan bukan setakat kasih sayang semata-mata,
tetapi hendaklah menterjemahkan kasih sayang ini dengan sama bersedia, misalnya menyediakan kediaman
yang selesa, walaupun tidak bersifat mewah. Mampu mendapat makanan berkualiti
bagi pertumbuhan anak dan juga kesihatan ibu bapa. Sebaiknya sebelum mendapat
zuriat keturunan, pasangan mempastikan menyediakan kediaman yang baik dan suasana keliling dan kehidupan yang
baik, termasuk jiran-jiran yang baik.Gangguan pada peringkat awal seperti tidak
kecukupan dari segi permakanan dan tinggal di tempat yang tidak menyenangkan
dan tertekan akan mengganggu kesihatan dan perkembangan anak dan keluarga.
Bagi
pihak kerajaan, oleh kerana rakyat,termasuk perkembangan generasi sebagai warga
dan aset negara perlu mempunyai perancangan, misalnya menawarkan pembelian dan pemilikan rumah
kepada rakyat menurut kemampuan mereka. Perancangan perumahan diatur dengan
baik agar rakyat dan generasi mendapat pemilikan rumah atau sekurang-kurang
menyewa menurut kemampuan sebelum mereka lebih berdikari dari segi ekonomi bagi
mendapat peluang yang lebih baik dari segi pemilikan hartanah. Bagi pasangan
suami isteri perlulah menjadikan kemampuan ekonomi dan pemilikan hartanah
sebagai agenda kehidupan agar kehidupan
tidak trerganggu, kerana tiada kediaman. Kekukuhan dari segi ekonomi keluarga
adalah penting bagi kehidupan selesa dan bahagia..
Pihak
kerajaan hendaklah melihat Kementerian Keluarga atau nama yang lain yang
menepati dengan keperluan keluarga sebagai kementerian yang penting. Ruang
lingkup adalah luas, iaitu dari rakyat yang ingin berkeluarga, kerjaya,
mendapat kediaman, kehidupan dalam keluarga, kesihatan dan kedamaian keluarga,
perbalahan, perpisahan keluarga, pembelaan terhadap anak-anak dari keluarga
yang berpisah atau kematian, peluang mendapat pelajaran, nasib dan pembelaan
terhadap anak yaim, miskin, waga tua, sakit dan sihat mereka hinggalah membawa
kepada kematian. Semua proses berkenaan yang dilalui oleh generasi seharusnya
mendapat perhaian dari pemerintah.
Agenda
memartabatkan generasi menjadi keutamaan keluarga dan kerajaan. Keutamaan
dimaksudkan ialah `Pelajaran`.
Sekian.
No comments:
Post a Comment