April 20, 2009

JALAN BAWAH TEROWONG KE KAJANG UTAMA DIBAIKI



Jalan pintas ke Kajang Utama melalui bawah terowong KTM yang rosak teruk mula dibaiki dan dijangka siap dalam tempoh terdekat. Demikian dijelaskan oleh Ustd Shafie Ngah, Ahli Majlis MPKj selepas bermesyuarat dengan jawatankuasa penduduk Kajang Utama. Beliau menerangkan jalan yang dibaiki hanya akan membenarkan kenderan kecil untuk masuk sahaja melalui Jalan Reko kerana jalan tersebut begitu sempit untuk laluan dua hala. Bagaimana pun kenderaan motor bebas digunakan untuk kedua hala. Jalan pintas tersebut memudahkan penduduk Kajang Utama tanpa perlu membuat pusingan-U melalui Lebuhraya SILK. Aduan juga diterima berkenaan kegagalan kontraktor menurap jalan dengan sempurna sehingga menyebabkan kesulitan kepada penduduk di Seri Mewah.

2 comments:

  1. Assalammualaikum Ustaz

    Disini saya mengucapkan terima kasih pada ustaz kerana berusaha membantu penduduk untuk megatasi masalah jalan yang rosak.

    Terima kasih

    Mokh

    ReplyDelete
  2. apa sudah jadi? jalan pintas kini dah ditutup

    ReplyDelete