April 2, 2009
SEMINAR WAJAH KEPENGARANGAN MUSLIMAH NUSANTARA
31 MAC- 2 APRIL 2009
Di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka
Anjuran Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Masjid ‘Abdul Rahman Auf, e-sastera.com dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
Tema : Al-Quran dalam Pembinaan Tamadun Ummah
Peserta : Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam,Singapura dan Thailand.
Dalam batas masa yang terhadl ADUN Bangi, Dr. Shafie sempat memenuhi undangan membentang kertas kerja dasar bertajuk: Prinsip, Fitrah dan Tarbiyah : Melakar Wajah Muslimah.
Antara yang dilontar ialah Islam amat meletakkan sistem kekeluargaan pada tempat yang tinggi dan suci, lantaran perempuan menjadi ibu bagi kita dan anak-anak kita. Ibu adalah sumber kasih. Di laman hatinya rimbun pepohon mesra berbuah cinta, rindu kepadanya anak-anak bila berjauhan, berbundung pulang mereka dihari lebaran bagi merebah kasih di pangkuan.
Seseorang penulis muslimah dengan kekuatan ilmu, minda, berdaya kreatif dan mendokong perjuangan Islam, mungkin dapat bangkit dengan kemampuan perseorangan. Tetapi ibarat sebiji benih pokok yang tumbuh secara berasingan dan bersendirian di atas sebidang tanah yang kontang, mungkin agak sukar untuk bangkit dan subur berkembang, berbanding biji yang tumbuh di dalam kelompoknya di tanah yang subur, maka ianya akan tumbuh dan berkembang menjadi hutan yang rimbun dan menghijau. Contoh pokok bakau yang hidup antara pinggiran muara di tepi pantai. Walaupun berdepan dengan hakisan ombak, pokok-pokok dapat tegak bersama rumpunnya berdepan dengan angin dan ombak mempertahankan diri dari hakisan dan dapat meneruskan lanjutan benhnya tumbuh dan berkembang dan memberi faedah kepada alam dan manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment