April 1, 2009

PASAR MALAM: UMNO DAN PENDATANG ASING MELOPONG.

Keputusan pengurangan bayaran sewa tapak pasar malam bermula pada 8 April oleh kerajaan Selangor amat dialu-alukan. Pengumuman dibuat oleh YB Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Keputusan itu diambil setelah meneliti aduan dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen dan Persatuan Penjaja. Menurut Ronnie, pengurangan sebanyak 25 peratus yang dibuat kerajaan negeri itu adalah bagi meringankan beban yang ditanggung peniaga kecil berikutan situasi kegawatan ekonomi ketika ini.

“Kita memahami bebanan yang ditanggung mereka dan kerajaan negeri membuat keputusan memberi bantuan kepada penjaja dalam masa yang gawat ini memandangkan bisnes mereka semakin berkurangan,” katanya lagi.

Lebih menarik lagi ...

2 comments:

  1. menurut laporan dari kerajaan negeri Selangor tiada bayaran akan dikenakan sekiranya hari hujan. Penurunan yang lebih besar tidak dapat dibuat kerana kos membersihkan tapak dan membuang sampah perlu diambil kira.

    Isu pasar malam pernah ditimbulkan oleh sesetengah pihak berikutan langkah yang diambil oleh ahli majlis MPKj , Dr. Tajul Ariffin Noordin di pasar malam seksyen 16. Pihak ADUN Bangi menerima banyak aduan ketika itu. Alhamdulillah, keikhlasan Dr. Tajul yang juga Presiden Persatuan Penduduk telah menjelaskan kepada peniaga tindakan yang diambil.

    Beberapa pekara yang ditegaskan seperti lebih mengutamakan kebajikan penduduk sekitar, menghalang pendatang asing berniaga, menghalang urusan sewa atau jual tapak kepada pihak ketiga dan mengharamkan peniagaan VCD/DVD cetak rompak.

    Pengurusan tapak pasar malam di seksyen 16 telah menjadi contoh bagi seluruh kawasan Hulu Langat. Terdapat beberapa lokasi pasar malam di Bangi yang masih diuruskan oleh pihak yang menggunakan nama pertubuhan seperti Belia 4B, RELA dan Rukun Tetangga dalam pemerhatian ahli majlis MPKj berkaitan pasar malam- Tn. Hj. Mazuan Johar yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Serdang. Antara tindakan yang akan diambil ialah memindahkan pasar malam hari Selasa di seksyen 16 ke lokasi lain.Banyak aduan diterima daripada penduduk sekitaran yang mendakwa terganggu dengan operasi pasar malam disitu. Tindakan ini diharap dapat memperbaiki mutu kebersihan dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  2. menurut laporan dari kerajaan negeri Selangor tiada bayaran akan dikenakan sekiranya hari hujan. Penurunan yang lebih besar tidak dapat dibuat kerana kos membersihkan tapak dan membuang sampah perlu diambil kira.