March 11, 2020

MEMBINA UNGGUL MALAYSIA


MEMBINA UNGGUL MALAYSIA
(Fikrah Bangi  504),
BBB:  16 Rejab 1441H. =  11 Mac 2020M. (Rabu).
Kabinet Malaysia  telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong semalam (Selasa: 10.3.2020) dan padahari ini menteri-menteri dan Timbalan-Timbalan mulai masuk pejabat bagi memulakan kerja. Apakah yang akan dilakukan pada peringkat permulaan kerja ? Mereka tentulah disambut oleh Ketua  Setiausaha Kementerian dan kakitangan dan jika mereka datang pada sebelah pagi akan merakam masa kehadiran,jika tidak disambut hormat tentu sekali. Kemudian  Menteri dan Timbalan Menteri  jika datang bersama, sepatutnya, mereka akan diberi takmimat oleh ketua-ketua jabatan dan kemudian mungkin dipersilakan menandatangan  buku bagi menandakan permulaan kerja.
Adakah selepas itu Menteri atau Timbalan Menteri menyambung kerja-kerja lama sebagai  penerusan bagi tugas-tugas yang ditinggalkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang lama. Namun sewajarnya Mentei dan Timbalan Menteri seharusnya tidak terus menyambung saja kerja lama tanpa  memulakan perancangan baru. Tiap Menteri dan Timbalam, tentulah sebelum masuk pejabat telah membaca berhubung dengan perkara yang ada hubungan atau telah mendapat taklimat secara keseluruhan dari Perdana Menteri berhubung dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam kata lain tidakterus kerja tanpa ada mukadimah kerja yang mau dilakukan.
Sebaiknya pada perigkat negara mempunyai visi dan misi jelas disampaikan kepada semua kementerian dan misi dan visi ini diperturunkan kepada Kementerian dan Jabatan yang melaksanakan tugas.
Kita melihat dari peringkat awal ini kerajaan baru seharusnya meletakkan visi  dan misi  sebagai landasan kerja dan berterusan bagi mencapainya.
Visi  dan misi yang wajar ialah membina:
`Unggul Malaysia`
Unggul Malaysia ialah peringkat tertinggi dari segi ideal kesempurnaan yang mau dicapai. Ia adalah Teori Takmilah Negara yang mau dicapai. Dalam pembicaraan seterusnya istilah Takmilah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melaysia, ialah `Unggul`. Kata unggul ini diterapkan kepada negara. Ianya dapat diperturunkan kepada semua peingkat seperti Unggul Kepimpinan, Unggul Pendidikan, Unggul Ekonomi, Unggul Kesihatan dan sebagainya.
Konsep Unggul Malaysia akan diolah menurut bidang-bidang yang releven, bahkan dapat diolah melalui kementerian-kementerian yang dari keseluruhan dapat dikelompokkan kepada sepuluh bidang secara rumusan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment