March 1, 2020

TAHNIAH - CABARAN !


TAHNIAH – CABARAN !
(Fikrah Bangi:  494),
BBB:  06 Rejab 1441H. = 01 Mac 2020M. (Ahad).
Setelah menyaksikan mainan politik berubah-berubah demi kuasa. Tun Mahadir yang masuk keluar politik, bermusuh politik dengan Anwar dan berlumba mencari sokongan. Tiba-tiba Tun Mahathir yang sokong Muhyiddin, tiba-tiba semalam kembali bertanding mengambil tempat Anwar dan mendakwqa mendapat sokongan majoriti, tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 114 sokongan ahli Parlimen dipilih oleh Yang Di Pertuan Agong menjada Perdana Menteri Malaysia kelapan. Tahniah !
Pengumuman diharap dapat mematikan sengkita politik antara Tun Mahathir dengan Anwar sejak lebih tiga dekad dan banyak mengganggu kehidupan rakyat diharap akan berakhir.
Bagi Tan Sri Muhyiddin, perlantikan adalah amanah dan tanggungjawab. Lebih dari itu adalah cabaran. Di hadapan banyak musuh mau menjatuhkan. Langkah  yang perlu diambil ialah mengharmonikan keadaan. Parti dan sokongan parti yang didapati perlu diperkukuhkan. Pada lawan perlu didekati untuk mendapat sokongan, kerana mereka berasal dari satu kem, sebelum berlaku perpecahan. Usahakan agar ahli parlimen memberi sokongan, dturuti oleh kerajaan-kerajaan negeri. Perhatian khusus perlu diberi kepada Sabah dan Sarawak dengan mencari pendekatan terbaik yang dapat menarik minat dan sokongan dari kedua-dua negeri berkenaan.
Di dalam membentuk kabinet pemerintahan, perlu teliti dan mereka yang layak dan berkemampuan sahaja memegang portfolio yang diamanahkan. Kita berpendapat bagi meningkatkan mutu kabinet, maka perlantikan tidak seharusnya dari ahli-ahli parti yang memerintah, sebaliknya satu pertiga daripada mereka dilantik dari kalangan yang berwibawa, misalnya dipilih dari kalanagn, akademik, professional dan mempunyai kemampuan tinggi.
Ketelitianhendaklah dilakukan di dalam melantik kementerian-kementerian penting yang sebahagian boleh dijemput dari luar. Selain dari Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya dari parti yang memberi kerjasama erat dilantik, maka Menteri Kewangan hendaklah dilantik dari yang benar-nenar berkelayakan, juga adalah Menteri Ekonomi , Kedua kementerian perlu  meningkatkan ekonomi negara yang meosot
Kementerian yang amat penting bagi meningkat kualiti rakyat dan membina generasi akan datang ialah kementerian pendidikan, Bagi mendapat  pendekatan terbaik sesuai dengan hasrat pendidikan bermutu, maka gemblingan tenaga pakar hendaklah dilakukan dengan menjemput mereka berbincang dan merumuskan pendekatan terbaik untuk digunakan sebagai panduan bagi bidang pendidikan
Pembinaan imej dan identiti pemerintah banyak dimainkan peranannya oleh  bidang komunikasi dan penyiaran. Mereka yang layak dan berkelulusan hendaklah dipilih bagi mengendalikan kementerian Komunikasi. Adalah difikir dan perlu bagi pemerintah mempunyai motto yang mengerakkan  secara bersepadu dan terarah, iaitu membina `Masyarakat  `Sejahtera-Maju`. Segala kegiatan hendaklah berfokus kepada Masyarakat  `Sejahtera-Maju.
Bidang-bidang yang lain, tidak kurang penting hendaklah diberi tumpuan yang sama, misalnya dari segi pertahanan, pertanian, kesihatan, pelancongan dan sebagainya.
Sesuai dengan masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum, maka di dalam kabinet dan kementerian haruslah turut sama dilantik mereka yang berkelayakan dari berbaga-bagai kaum. Termasuk secara jemputan.
Usaha hendaklah dilakukan bahawa kerajaan yang memerintah mendapat sokongan dari berbagai kaum
Adalah diharap di bawah pemerintahan kerajaan baru Malaysia   mencapai kualiti masyarakat `Sejahtera-Maju`.`.
Sekian.

No comments:

Post a Comment