March 28, 2020

SEKALI JUMA`AT DITINGGALKAN LEBIH DARI BANYAK PERKIRAAN


SEKALI JUMA`AT DTINGGALKAN LEBIH DARI BANYAK PERKIRAAN

Jam 12.00 tengahari ini
Adalah waktu bagiku bersiap untuk  Juma`at
Bermula pulang dari pejabat
Untuk datang kembali dalam wakltu singkat
Sedikit   cuma diguna berehat
Minum setegak dua hilangkan dahaga
Lantas sunnah itu diikuti
Mengerat kuku kanan dan kiri
Mengandan misai dan janggut
Agar kelihatan terurus diri
Sunnah utama ialah mandi
Bersih diri setelah setengah hari
Agar segar berjama`ah nanti.

Tapi Juma`at ini
Covid-19 masih menyibar wabak
Menuntut menjarak  diri
Dan ditegah berinteraksi
Agar wabak terhenti sendiri
Meski  walaupun sekali Juma`at  ditinggalkan
Lebih dari banyak perkiraan
Walaupun dengan zohor diganti,

Pengalaman ini amat memedihkan hati
Lantas  persis kebiasaan ke solat Juma`at
Jubah putih tersangkut dalam almari
Kupakai bersama kupiah dan berserban di bahu
Setelah mencalit sedikit wangian
Bertolak ke masjid dengan  kancil tua
Persis ke Juma`at seperti biasa.

Namun berdepan realiti
Pagar  masjid tertutup rapat
Kenderaan tinggal di luaran
Ke dalam melalui jendela tepian.

Di dalam  ruang utama  terbentang
Yang hadir cumi imam, nazir dua bilali dan siak
Sedang meja pengajaran dan rehal pengajian
Tidak disimpan – jama`ah beberapa orang
Bersolat sunat, berwirid dan tilawah Al-Qir`an
Sambil menunggu waktu untuk azan.

Kumandang azan persis Juma`at
Tapi  tiada Bilal mengingatkan
Tiada saf-saf  berjejaran
Tiada bising pelajar di belakang
Mimbar sepi dari khutbah
Mihrab kosong  dari  sejadah
Dan iqanah Bilal bagi zohor gantian
[mam bertugas  ke depan
Menunaikan Zohor gantian
Dengan beberapa makmum di belakang.

Berikut dari solat Zohor
Imam mengepalai solat hajat
Mohon  Allah melindungi dari bala dan wabak
Khususnya dari Covid-19 mengancam
Agar diputus rantaian
Covid-19 terhapus, kembali tenteram
Juma`at kembali dapat didirikan
Sesungguhnya sekali Juma`at ditinggalkan
Lebih dari banyak perkiraan.

Fikrah Bangi: 519
BBB:  02 Sya`ban 1441H. = 27 Mac 2020M. (Juma`at).

No comments:

Post a Comment