March 23, 2020

PERANG TERHADAP COVID-19


PERANG TERHADAP COVID-19

Setelah ancaman  berterusan  lebih tiga bulan
Dan musuh berada di mana-mana
Dari Asia ke Eropah dan seluruh dunia
Melibatkan 188  negara
Kini  318,057  positif Covid-19
Dengan jumlah  yang pulih 95,892
Dan  kematian 13,597
Dan Malaysia tak terkecuali
Dengan 1,306  positif dan  `10 kematian
Dunia dan Malaysia isytihar perang
Semalam ditambahkan ketumbukan
50 ribu dari kalangan tentera
Memperkukuhkan barisan.

Menentang  terdiri dari Agong
Perdana Menteri, Menteri Pertahanan; Ketua Polis Negara
Kementerian Kesihatan, Doktor,  Jururawat,
Dan berbagai  pihak di barisan  hadapan
Dengan rakyat menyokong kuat
Patuh pada arahan  pengasingan
Berjarak satu meter berjauhan
Diminta berada di kediaman
Utamakan kebersihan
Agar rangkaian  Covid-19 diputuskan.

Mengatasi ancaman Covid-19 amat diperlukan
Solidariti penduduk dunia ditagihkan
Inilah rumah kita bersama
Perlukan keselamatan dan keamanan
Bagi penerusan generasi mendatang.

(Fikrah Bangi: 514),
BBB:   28 Rejab 1441H. = 23 Mac 2020M. (Isnin).

1 comment:

  1. FILE POLICE REPORT FOR MOSQUE AND SURAU STILL USE LOUD SPEAKER TO CALL AZAN.....BUKTIKAN AWAK LEBIH TAKUTKAN ALLAH LEBIH DARI COVID-19...KALAU TIDAK NERAKA AKAN TUNGGU AWAK....SEMUA HAND SANITIZER ADA 70% ALCOHOL...HARAP SEDAR INI HARAM...JADI JANGAN GUNA....TUNGGU FATWAH DARI SULTAN PENDERKAR ISLAM BAGI OK!

    ReplyDelete