April 15, 2019

AKHIRNYA ECRL DITERUSKAN: KEJAYAAN BAGI SEMUA


AKHIRNYA ECRL DITERUSKAN: KEJAYAAN BAGI SEMUA
(Fikrah Bangi: 195),
BBB,  09 Sha`ban 1440H. = 15 April 2019M. (Isnin).
Setelah mengalami ketidaktentuan projek ECRL yang diusahakan pada zaman pemerintahan  Datuk Seri Najib yang dijangka salah satu legasi Najib yang menumpukan banyak perhatian kepada pembangunan jalan perhubungan seperti MRT antara Kajang ke Sungai Buluh, Pan Borneo dan ECRL, akhirnya ECRL diteruskan. Pada asalnya selepas kemenangan PH projek ini (yang lain sudah dan sedang berjalan) mau ditiadakan dengan alasan cost tinggi, tetapi antara lain kerana sindrom untuk menolak apa yang dbuat oleh kerajaan sebelum PH.
Dalam hal inilah kita berpendapat kuasa negara jangan hanya diserahkan kepada orang politik sepenuhnya. Sebahagian daripada mereka hendaklah dipilih dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dari berbagai sektor dan para profesional dalam satu kerajaan yang dikuasai oleh politik. Sebagai contoh kenaikan PH yang menguasai politik Federal telah melantik sebahagian dari kabinet menteri dari kalangan yang tidak berpengalaman dan diragui kelulusan dan kelayakan. Akibatnya setelah sepuluh bulan memerintah masih tidak setabil dan makin kehilangan sokongan rakyat. Tun Daim Zainuddin sejak awal menyedari hal ini dan semalam memberi amaran lagi,
``Beri PH 6 bulan lagi, sebaik sahaja kerajaan dapat laksanakan janji-janji mereka (manifesto), ia akan dapat meyakinkan rakyat, tapi kalau tidak capai juga, rakyat masih diberi peluang, iaitu untuk tukar kerajaan. Itu hak rakyat.`` (Sinar, 15.4.2019: 1).
Ini adalah pendapat profesional dan konsisten dengan pandangan yang bersifat profesional. Daim tidak melihat ECRL sebagai projek BN, sebagaimana Menteri Kewangan dan ekonomi menolak, tetapi Daim membawa soal ECRL berunding dengan kerajaan Cina dan melakukan perubahan dan penyesuaian dan akhirnya ECRL diumum diteruskan. Hasil dari bijaksana rundingan antara berbagai pihak, kemenangan dicapai semua. Projek ECRL diteruskan, jimat RM21.5 bilion, iaitu dengan kos RM44 bilion berbanding dengan kos asal RM65.5 bilion. Antaranya dengan perubahan sebahagian dari jalur yang dilalui dan pengurangan station bagi hentian ECRL.
Dengan keputusan secara profesional ini semua pihak merasa gembira. Rakyat keseluruhan merasa senang hati, kerana kos dapat diturunkan dan dapat mengelak dari penalti bayaran jika projek tidak diteruskan. Yang paling  bergembira dengan projek berkenaan ialah negeri negeri yang dapat menerima nikmat pembangunan infrastruktur perhubungan berkenaan, iaitu Selangor, Negeri Semilan (mula tidak termasuk di dalam jajaran, dengan perubahan jalur  jajaran negeri ini termasuk menerima nikmat projek berkenaan), Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kemudahan komunikasi dan lempahan pembangunan akan lebih dirasai secara khusus ialah tempat-tempat singgahan (station) yang dilalui ECRL, bermula dari;
Kota Bharu, Tol Bali, Kampung Raja, Kuala Terengganu, Pangkalan Berangan, Dungun, Kemasik, Cukai, Cerating, Kuantan Port City, 1 & 2, , Kota SAS, Gambang, Maran, Mentakab, Jelebu/Kuala Kelawang, Bangi/Kajang, Putrajaya dan Pelabuhan Kelang. (BH, 13.4.2019: 1).
Tentulah tempat-tempat berkenaan secara khusus dan negeri-negeri berkenaan akan mengalami lempahan pembangunan. Kawasan-kawasan yang dilalui, khususnya station-station singgahan akan maju dan tanah-tanah akan diteroka dan pemasaran dan aliran barangan akan mudah diedarkan.
Hasil kemajuan yang akan dinikmati tidaklah boleh didakwa sebagai pembangunan yang dilakukan oleh PH, tetapi juga dari hasil kerajaan sebelumnya. Bahkan hasil pembangunan negara untuk rakyat semua.
Sekian.

April 14, 2019

MENINJAU PRK RANTAU


MENINJAU PRK RANTAU
(Fikrah Bangi:  194),
BBB, 08 Sha`ban 1440H. = 14 April 2019M. (Ahad):
Bagi mengalami dan merasai debar dan getar PRK  Rantau, maka pada hari mengundi semalam Penulis bersama saudara Azizi ke Rantau. Kami bertolak dari Bangi jam 9.45 pagi melalui highway  Plus ke Seremban, tetapi oleh kerana jem teruk (ada kemalangan), kami mengambil jalan Nilai ke Labu hingga ke Seremban 2 dan tiba di Sri Sendayan. Di sini melihat lambang-lambang Umno dan PH begitu banyak di kawasan berkenaan yang di dalam pagar ada bangunan besar. Rupanya di situlah tempat perkiraan undi dan pengumuman  akan berlangsung pada malam nanti.
Pada kawasan bangunan berkenaan tiada tempat mengundi, kami mencari tempat pengundian sedang berjalan, sambil itu saudara Azizi berhenti di beberapa tempat dan bertanya mereka yang ada di lokasi tempat mengundi. Saudara Azizi juga sempat meninjau pendapat, tentang calon mana yang menjadi pilihan rakyat. Jawapan yang diterima sama dengan jangkaan banyak pihak, termasuk sebahagian daripada media, bahawa Tok Mat dijangka memenangi PRK Rantau berkenaan. Dilihat kepada postar-postar di jalan dan di lokasi-lokasi penting, nampaknya bendera BN mengatasi bendera-bendera PH.
Dari pemerhatian kami Rantau ini adalah kawasan membangun yang bersambung dengan Seremban Dua, banyak bangunan-bangunan baru yang telah naik dan sedang naik. Pendeknya, selain dari kawasan kampung di pinggiran Rantau dapat disimpulkan bahawa ianya adalah kawasan yang sedang pesat membangun. Ini bererti ianya adalah hasil dari jasa Tok Mat yang menjadi Menteri Besar sejak tiga penggal yang lalu dan bukan dari jasa PH yang baru sepuluh bulan berkuasa. Jadi tepatlah dengan pendapat, bahawa penduduk adalah terhutang budi dan menghormati kepimpinan Tok Mat.
Dalam pencarian kami, kami sampai ke Pusat mengundi yang dikatakan oleh pihak Polis adalah tempat mengundi terbesar. Ada ramai pengundi yang datang dan ramai penyokong dari kedua belah pihak. Tetapi tidaklah sehangat pada pilihanraya yang disaksikan yang lepas, Penyokong berada di luar dengan bendera dan sepanduk calon, tetapi mereka agak sopan dan tidak terjerit atau mengungkapkan sesuatu dengan cara bersemangat. Saudara Azizi dan penulis turun dan meninjau dari dekat, termasuklah saudara Azizi mengambil gambar.
Selepas menyaksikan pusat mengundi di Sekolah Tamil, kami ke Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan yang dikatakan kedua terbesar. Kami melihat tempat ini kurang meriah berbanding dengan Sekolah Tamil. Lantaran itu kami meninjau dari dalam kenderaan sahaja. Selepas itu kami meninjau beberapa lokasi sambil mencari jalan ke luar ke Highway untuk pulang. Dapatlah dikatakan lokasi PRK Rantau tidaklah luas.   Penyokong-penyokong parti tidaklah  di luar kawalan. Mereka beradab dan segalanya berjalan lancar. Kami pulang dan tiba kembali ke Bangi jam 1.00 tengahari.
Pulang selepas solat Isya` dari Masjid Al-Umm keputusan  didapati sebagaimana berikut:
Datuk Sei  Mohamad Hasan  BN  10,397
Dr. Streram PH  5,887
Mohd Nor Yassin Bebas 79
R. Malar  Bebas    83
Majoriti:   4,510
Tahniah kepada Tok Mat yang dapat mencapai undi tinggi dalam kawasan multirasial.
Kemenangan mengukuhkan kedudukan Tok Mat, Umno dan BN, bukan saja di Rantau, tetapi BN sebagai parti terkenal di tanahair dan diharap ianya makin memantapkan BN.
Tugas utama Tok Mat ialah memperkasakan Umno dan BN bersama-sama pasukan yang diamanahkan oleh ahli.
PRK Rantau membuktikan bahawa Unno dan BN bukan parti yang pernah dianggap pihak lawan sebagai parti yang akan mati, tetapi parti yang sedang bangkit menyanggah lawan. Mereka sedang bangkit menyusun barisan.
Sekian.

April 13, 2019

PENAMBAHBAIKAN POLITIK DAN PENTADBIRAN NEGARA


PENAMBAHBAIKAN POLITIK DAN PENTADBIRAN NEGARA
(Fikrah Bangi: 193),
BBB,  07 Sha`ban 1440H. = 13 April 2019M. (Sabtu):
Berikut dari usul mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagaimana dalam Pejanjian Pembentukan Malaysia 1963, walaupun gagal mendapat kelulusan dua pertiga di Parlimen (8 April 2019), tetapi tuntutan menjadikan status semua negeri dan wilayat di Malaysia `SAMA` adalah sesuatu yang wajar. Namun dalam masa berlakunya pertembungan kuasa politik dan Diraja, dan berbagai-bagai masalah politik yang lain, adalah wajar dibincangkan tentang penambahbaikan kaedah politik dan pemerintahan negara dengan mengambil kira perkara-perkara utama berikut:
1)      Meniadakan Dewan Negara. Cukup dengan hanya Dewan Rakyat.
2)      Pengurangan kuasa politik semata-mata yang berhak memerintah.
3)      Mengembalikan sebahagian dari hak dan kuasa negeri, termasuk hak Raja Berperlembagaan.
4)      Pemilihan Perdana Menteri dan Timbalan secara bebas dan terbuka, bukan mewakili satu parti politik tertentu.
5)      Mempertahan dan memperkasakan Perlembagaan Negara yang pada puncaknya Yang Di Pertuan Agung sebagai Raja Berperlembagaan.
Penjelasan:
Perkara pertama adalah jelas. Dapat mengurangkan perbelanjaan dan segera membuat keputusan.
Perkara 2.
Rakyat memilih wakil rakyat hanya 50% ahli Parlimen dan ADUN melalui pilihanraya.. 50% dipilih secara `Tanpa Pilihanraya – Melalui seleksi sidang`. (25% dari kalangan pentadbir yang sedia ada di dalam setiap negeri dan 25% lagi ialah dari kalangan profesional seperti pensyarah, ulama`, ahli koperat, ahli ekonomi, jurutera, pakar undang-undang, Ngo dan berbagai profesional yang lain. Mereka dipilih mewakili berdasarkan negeri. Dengan demikian orang politik tidak diberi kuasa sepenuh. Sebarang peralihan kekuasaan berlaku dengan licin kerana separuh dari pemerintah ditunjuk oleh negeri (Penentuan juga dari Dewan Diraja). Berpolitik tidak terbuka sepanjang masa, tetapi politik berparti hanya aktif pada tahun akhir dari lima tahun. Ini menyelamatkan masa dari tertumpu kepada politik dan mengelak dari konflik perbalahan berterusan.
Fakta tiga, bila dilakukan pengurangan hak politik dan sebahagian kuasa memilih diberi kepada negeri dan Kuasa Diraja, bererti kuasa negeri bertambah.
Fakta 4. Pemilihan Perdana Menteri dan Timbalan hendaklah dilakukan dalam pilihanraya lima tahun sekali itu bebas dari berpihak kepada parti. Ia dipihak berdasarkan profesional, keilmuan dan berkelayakan (berwibawa). Bila Perdana Menteri dan Timbalan yang sedemikian  adalah bebas dan tidak mengikut telunjuk satu parti dan lebih adil kepada semua.
Pemilihan calon yang layak ini adalah dari pandangan negeri, kalangan pentadbir dan profesional yang diperkatakan di atas. Mereka lebih patuh kepada perlembagaan Negara dan bukan dari parti. Kabinet adalah campuran berimbang antara orang politik, pegawai-pegawai Tadbir dan kalangan profesional.
Pemilihan Yang Di Pertuan Agong (Fakta 5) adalah menurut kaedah pemilihan yang ada sekarang dengan  unsur-unsur penambahbaikan jika perlu.
Apa yang dibicarakan ialah berasaskan lima prinsip utama. Perkara-perkara yang lain sebagai penambaikan perlulah dibincang secara lebih detail dan mendalam.
Pendekatan di atas dapat mengurangkan kuasa politik melampau (berubah 100%). Dapat memantapkan pemerintahan dengan pegawai-pegawai berpengalaman, lebih-lebih lagi diperkukuhkan dengan kalangan profesional yang juga dipilih lima tahun sekali atau ditukar jika difikirkan lebih baik. Dengan demikian kuasa negeri dapat ditambah dan mengurangkan kongkongan Federal.
Sekian.

April 12, 2019

PERSEDIAAN RAMADHAN


PERSEDIAAN RAMADHAN
(Fkrah Bangi: 192),
BBB, 06 Sha`ban 1440H. = 12 April 2019M. (Juma`at).
Hingga hari ini kita sudah lalui minggu pertama Sha`ban dan tinggal lagi tiga minggu untuk kita mulai menunaikan puasa Ramadhan yang dijangka jatuh pada 01 Ramadgan 14340H. ialah pada Isnin  06 Mei 2019. Namun negara kita yang sebok dengan politik sepanjang tahun itu, bagai lupa dengan bakal kehadiran Ramadhan.
Bagi persediaan Ramadhan, biasanya masjid dan surau-surau mengadakan pengajaran  dengan guru-guru tertentu di masjid-surau atau menjemput guru luar mengajar berhubung dengan ibadat Ramadhan, kususnya selepas sambutan Isra`-Mi`raj, bukan para jama`ah tidak faham dengan kaedah menunaikan ibadat puasa, kerana ianya dilakukan saban tahun, di samping puasa-puasa sunat, tetapi melalui  pengajaran, amalan ibadat Ramadhan disegarkan kembali dengan pengajian. Dengan pengajian  dan perbincangan akan menambahbaikl lagi amalan ibadat Ramadhan.
Ramadhan adalah dilihat sebagai bulan suci dan kudus, bulan dipertingkatkan ibadat dengan berbagai-bagai pengisian ibadat. Bagi menyambut kehadiran Ramadhan dan pengisian, masjid-surau membuat persediaan rapi  dua tiga bulan sebelum tiba Ramadhan, sambutan Ramadhan menjadi agenda dalam mesyuarat jawatankuasa  masjid surau. Perkara yang dibincangkan, misalnya meningkatkan peristasi solat, khususnya  solat tarawih. Adalah menjadi kebiasaan kini masjid-surau mau solat tarawih dan solat-solat yang lain  dipimpin oleh imam-imam hafisz yang kancar bacaan, dan bertarannum, Juga dengan bilal-bilal. Lantaran itu bagi  persediaan Ramadhan diiklan dibuat kepada kepada para hafisz untuk menjadi imam hafiz tambahan bagi tarawih dan solat-solat yang lain. Juga dibincangkan tentang kumpulan-kumpulan tadarrus dan jangkaan untuk khatam Qur`an.
Perkara yang penting dibincangkan bagi persediaan Ramadhan ialah Peruntukan untuk berbuka dan moreh. Setengah masjid Surau menyediakan juadah berbuka dan diadakan majlis berbuka secara ramai-ramai dengan peruntukan yang berjumlah tiga ratus orang yang datang disediakan juadah berbuka secara percuma untuk misalnya 300 orang bagi setiap  petang berbuka. Ianya adalah masa paling meriah yang dihadiri ramai jama`ah.. Persediaan juga untuk qiyam al-Lail – minggu akhir Ramadhan, setengah menyiadakan sahur bagi yang mendirikan qiyamullail.  Pada bulan Ramadhan juga disediakan bantuan kepada faqir-miskin di sepanjang bulan Rmadhan. Bahkan peruntukan bagi menyanut raya juga disediakan.
Bagi melaksanakan berbagai-bagai kegiatan Ramadhan sebagaimana disebutkan  adalah memerlukan peruntukan yang tinggi, namun pihak jawatankuasa pentadbir masjid dan surau berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang lepas, pada bula Ramadhan para jama`ah dan orang ramai suka menberma bagi segala kegiatan Ramadhan. Mereka menderma misalnya untuk sponsor bagi Imam Ramadhan, untuk berbuka, dan menderma untuk faqir miskin dan anak-anak yatim. Bagi setengah masjid menyediakan peruntukan bagi Ramadhan melebihi dari seratus ribu. Jumlah sebanyak ini disumbang oleh para jama`ah, yang setengahnya sponsor khas untuk elaun iman, penceramah dan pentazkirah,bahkan menyediakan juadah Ramadhan bagi  setiap petang  - seorang menyediakan peruntukan.
Bulan Ramadhan adalah bulan bagi mempertingkatkan ibadat dan masing-masing berlomba-lomba menyediakan peruntukan dan pihak masjid menyediakan program sebaik mungkin. Bulan Ramadhan bulan  jama`ah meningkatkan ibadat dan berbagai-bagai amalan kebajikan.
Sekian.

April 11, 2019

FELDA: IMPLIKASI SALAH TADBIR URUS


FELDA: IMPLIKASI SALAH TADBIR URUS
(Fikrah Bangi: 191),
BBB, 05 Sha`ban 1440H. = 11 April 2019M. (Khamis).
Terima kasih di atas pembentangan Kertas Putih mengenai Felda oleh YB Azmin Menteri Ekonomi yang banyak menyingkap permasalahan yang dihadapi Felda. Salah tadbir urus yang dilakukan oleh pengurus sebelum ini mewariskan masalah yang terpaksa ditanggung oleh pemerintah kini. Felda yamg menumpukan kepada penanaman kelapa sawit menggantikan getah pernah menjadi hasil kedua negara selepas  minyak, kini menjadi beban negara yang perlu diatasi.
Sebelum dari pembentangan kertas putih kita diberitahu. ``Pihak Felda tak hapus hutang peneroka.``. Hutang Felda meningkat kepada RM779 bilion. Peneroka berjumlah  112,635 orang menanggung hutang berkenaan. (BH, 6.12, 2018). Bagi mengurangkan beban hutang antaranya dengan menjual aset Felda di luar dan di dalam negeri seperti di London, Sabah dan Sarawak, tetapi tidak dapat menghapuskan hutang. (UM, 16 Disember 2018: 1).
Kertas Putih memberitahu bahawa pihak Felda menanggung hutang yang tinggi kerana membuat pinjaman dari institusi kewangan dengan faedah antara empat hingga enam peratus dan memindahkan hutang ini kepada peneroka – antaranya tanpa disedari mereka dengan kadar  3.8%. Dengan demikian peneroka yang menganggap bahawa mereka hanya berkait dengan lot bahagian mereka dan darinya mereka bergantung pendapatan, tanpa disedari mereka dikenakan sama tanggungan  hutang akibat dari hutang dilakukan oleh pihak pentadbiran. Pihak peneroka menghadapi tekanan dan akibat dari salah tadbir,  sebahagian dari peneroka – 20,000 orang daripada mereka merampas tanah ladang mereka dan tidak berurus dengan Felda, sebaliknya menjual hasil mereka kepada pihak swasta.  Kelemahan pentadbiran yang sedemikian menyebabkan kerugian bagi Felda.
Akibat dari hutang berkenaan hasil yamg mereka dapat berkurangan, bahkan mereka terpaksa mengikat perut.
Kertas Putih menyebut, bahawa bagi meringankan beban yang dihadapi oleh  peneroka Felda,kerajaan PH yang memerintah kini terpaksa mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagfi mengembalikan Felda di atas landasan yang betul.
Tindakan awal  bahawa pihak kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM6.23  bilion bagi membantu memulihkan Felda dan membantu 112.535 peneroka yang hidup dalam kesempitan
Bagi meringan bebanan dan menghapuskan tindakan tidak wajar dilakukan oleh pentadbir  dulu ialah dengan menghapuskan beban  hutang pinjaman yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan peratus faedah dikenakan terhadap penerola  dihapuskan.
Bagi meringankan peneroka kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan bagi meringankan beban hdup dengan memperuntukkan sebanyak RM 2 bilom.
Kerajaan juga berjanji untuk menyiapkan sebanyak 4,794 unit  rumah dengan peruntukan bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak RM250 juta.
Sementara tindakan jangka pendek dan panjang. Antaranya menyewa tanah Selda kepada pihak tertentu, pembangunan peneroka bagi mendapat hasil baru seperti tanaman sampingan dan sebagainya pegurusan ladang oleh pihak koperasi Felda, penggunaan teknologi terkini,. Mewujudkan infra struktur sosial dan fizikal. Meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan peneroka dan generasi mereka dan sebagainya.
Diharap  perancangan yang diatur dalam Kertas Putih akan memulihkan Felda dan melahirkan masyarakat yang berkualiti d an berdaya ekonomi.
Sekian..

April 10, 2019

USUL KEMBALIKAN HAK SABAH SARAWAK


USUL KEMBALIKAN HAK SABAH SARAWAK
(Fikrah Bangi: 190),
BBB:  04 Sha`ban 1440H. = 10 April 2019M. (Rabu).
Sebagai satu usaha dari pihak Kerajaan PH,  Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia mengemukakan usul pindaan Fasal 2, perkara (1) dikatakan akan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu sama dengan  Semenanjung Tanah Melayu, sebagaimana perjanjian Malaysia 1963 (MA 63). Perubahan dikatakan tidak akan merubah konsep Federalisme, tetapi rakyat Sabah dan Sarawak akan lebih menikmati faedah dari perubahan sebagaimana di dalam perjanjian asal (1963).
Sepatutnya Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah tiga wilayah yang sama taraf, tetapi dari segi amalan Sabah dan Sarawak dilihat sebagai setaraf dan seperti negeri-negeri di dalam Semenanjung.. Ini bercanggah dengan perjanjian Asal 1963. Pindaan bertujuan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak yang setaraf dengan Semenanjung.
Usul yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dibahaskan di Parlimen. Bong Mpkhtar ahli Parlimen Kinabatangan berpendapat, tindakan mau mengubah perlembagaan adalah bersifat terburu-buru. Perkara sebegitu penting perlu kepada penelitian, sebaiknya misalnya melalui select committe yang memperhaluskan terlebih dahulu sebelum usul untuk kelulusan dikemukakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim ahli Parlimen Port Dicksom memyifatkan langkah – Usul meminda Perlembagaan sesuatu yang bersejarah yang sebelum ini diabaikan oleh BN,  bertujuan mau meningkatkan peluang bagi rakyat Sabah dan Sarawak menikmati  hak-hak mereka. Demikian juga Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau mau memastikan hak-hak rakyat Sabah terpelihara dan terjaga. Pada dasarnya tidak ada yang menentang apa yang dianggap baik bagi rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi pendekatan hendaklah dilakukan sebaik mungkin.
Turut membahaskan usul pindaan perlembagaan adalah seramai 46 orang - bertambah sebanyak 10 orang dari jumlah yang dihadkan pada awalnya (36).
Keperluan bagi menerima pindaan Perlembagaan ialah dua pertiga sokongan.
Pada akhirnya setelah seharian berbahas, jam 10.00 malam Yang Dipertua Dewan Datuk Mohamed Ariff Md. Yusof menjalankan pengundian belah bahagi.
Keperluan bagi dua pertiga bagi kelulusan ialah 148 daripada 221 kerusi.
Setelah diundi.
Bersetuju  138
Tak setuju  00  
Tak undi     59
Keputusan tidak lulus dan tidak diteruskan bagi bacaan kedua. Sidang tamat jam 19.30 malam.
Daripada keputusan di atas tidak ada yang tidak setuju perkara-perkara yang dapat membawa kebaikan bagi Sabah dan Sarawak, juga Semenanjung, tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan teliti dan perlu kepada komiti yang menghalusi secara mantap sebelum dibawa kepada perbahasan dan persetujuan. Tidak lulus dari segi pengundian tidak menghalang kepada pemerintah menjalankan apa yang termaktub dalam perjanjian asal 1963. Rundingan-rundingan bagi kebaikan dapat diteruskan, misalnya soal royalti, sumbangan Pusat dari segi pembangunan dan sebagainya.
Sebenarnya tidak timbul jika mau dituduh ada pihak yang mau menekan atau menyekat pihak yang lain. Dalam minda rakyat memang menyedari bahawa tahap negeri-negeri dan rakyat adal;ah sama dan berpeluang sama. Cuma perkara-perkara yang kontroversi ditimbulkan oleh orang-orang politik. Jika sudah diketahui apa yang termaktub di dalam perjanjian asal - 1963, maka sepatutnya tiada halangan dari melaksanakannya.
Sekian.                                                                                                                                                  

April 9, 2019

ISU TABUNG HAJI HANGAT - PERLU PENJELASAN


ISU TABUNG HAJI HANGAT: PERLU PENJELASAN
(Fikrah Bangi: 189),
BBB, 03 Sha`ban 1440H. = 09 April 2019M. (Selasa).
Tabung Haji yang ditubuhkan sejak 1963 dari cetusan idea Prof. Diraja Ungku Aziz itu selama ini  dapat dikatakan berkembang dengan baik. Urusan menunaikan haji sebelum itu diuruskan oleh syeikh-syeikh, menjadi lebih tersusun dan para jamaah haji dapat menunaikan haji dengan selesa. Aset Tabung Haji berkembang dan kini berjumlah RM76.5 bilion dengan 9 juta pendeposit.
Inilah satu institusi kewangan umat Islam terbaik yang tersusun dengan mempunyai aset begitu besar. Tentulah perkembangan begitu baik diuruskan oleh pakar-pakar dalam urusan kewangan Islam yang bekerja dengan ikhlas, sesuai dengan keikhlasan para jamaah haji yang menyimpan wang dalam Tabung Haji dengan tujuan murni dan ikhlas kerana mau menunaikan rukun Islam kelima. `menunaikan Haji.`
Isu mengenai Tabung Haji timbul, sama ada secara kebetulan atau sebaliknya selepas kerajaan PH mengambil alih pemerintahan negara. Perkara-perkara yang tidak menyenangkan berhubung dengan Tabung Haji ditimbulkan satu persatu. Misalnya:
1)      Pihak Tabung Haji membuat laporan Polis mengenai kemungkinan penyelewengan berlaku dalam urusan Tabung Haji. (Bh. 1.12.2018: 1).
2)      Tabung Haji salah beri Hibah (Sinar, 11.12.2018: 1).
3)      Tabung Haji pindah aset RM19.9 bilion (BH, 12.12.2018).
4)      Aziz jawab Mujahid (Sinar 12.12.2018: 1).
5)      Kesal RM19.9 bilion diurus bukan Islam (UM, 28.3.2019: 11).
6)      Hibah terendah dalam sejarah sekadar 1.25 peratus. Iaitu sebanyak hanya RM913 juta.                                                                          
(Sinar, 6 April 2019: 1).
7)      Keuntungan Tabung Haji ialah sebanyak RM20.14 bilion. (Sinar, 8 April 2019:4).
Dilihat kepada  rentetan maklumat di atas, bahawa terdapat tuduhan penyelewengan di dalam Tabung Haji sehingga dibuat laporan Polis.
Mengapa ditimbulkan soal dividen yang kemudian dikenali pula dengan hibah dikatakan salah beri dan kemudian terus diberi oleh Tabung Haji dengan kadar yang rendah. Ada kerugian ?
Apakah yang menyebabkan dipindah aset sebanyak RM19.9 bilion. Betulkan dia diurus bukan Islam ?
Faham kita bahawa Tabung Haji mengalami kerugian, tetapi kenyataan terakhir di atas (no. 7) bahawa Tabung Haji tetap untung. Apakah perkara pokok dan penting yang menjadi isu.
a)       Tabung Haji rugi ?
b)      Tabung Haji salah tadbir urus ?
c)       Pemindahan aset tidak betul ?
d)      Tabung Haji perlu dikendali oleh pentadbir baru ?
e)      Semata-mata ribut politik mau tunjukkan kesalahan pentadbir lama ?
Begitu keliru dan bercelaru ! Lantaran itu bagi memberi kenyataan yang benar dan tidak bercelaru, Seruan oleh Dr. Ashraf Wajdi supaya tubuh RCI (Badan Penyiasat Diraja) adalah wajar ( Sinar, 9 April 2019: 4) bagi membersihkan Tabung Haji dan mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap Tabung Haji.
Kemurnian Tabung Haji hendaklah dipertahgankan. Ianya hendaklah dikendalikan oleh pakar-pakar yang juga berkhidmat dengan jujur dan ikhlas. Politik jangan campur tangan  bertujuan berkepentingan.
Sekian.