April 11, 2019

FELDA: IMPLIKASI SALAH TADBIR URUS


FELDA: IMPLIKASI SALAH TADBIR URUS
(Fikrah Bangi: 191),
BBB, 05 Sha`ban 1440H. = 11 April 2019M. (Khamis).
Terima kasih di atas pembentangan Kertas Putih mengenai Felda oleh YB Azmin Menteri Ekonomi yang banyak menyingkap permasalahan yang dihadapi Felda. Salah tadbir urus yang dilakukan oleh pengurus sebelum ini mewariskan masalah yang terpaksa ditanggung oleh pemerintah kini. Felda yamg menumpukan kepada penanaman kelapa sawit menggantikan getah pernah menjadi hasil kedua negara selepas  minyak, kini menjadi beban negara yang perlu diatasi.
Sebelum dari pembentangan kertas putih kita diberitahu. ``Pihak Felda tak hapus hutang peneroka.``. Hutang Felda meningkat kepada RM779 bilion. Peneroka berjumlah  112,635 orang menanggung hutang berkenaan. (BH, 6.12, 2018). Bagi mengurangkan beban hutang antaranya dengan menjual aset Felda di luar dan di dalam negeri seperti di London, Sabah dan Sarawak, tetapi tidak dapat menghapuskan hutang. (UM, 16 Disember 2018: 1).
Kertas Putih memberitahu bahawa pihak Felda menanggung hutang yang tinggi kerana membuat pinjaman dari institusi kewangan dengan faedah antara empat hingga enam peratus dan memindahkan hutang ini kepada peneroka – antaranya tanpa disedari mereka dengan kadar  3.8%. Dengan demikian peneroka yang menganggap bahawa mereka hanya berkait dengan lot bahagian mereka dan darinya mereka bergantung pendapatan, tanpa disedari mereka dikenakan sama tanggungan  hutang akibat dari hutang dilakukan oleh pihak pentadbiran. Pihak peneroka menghadapi tekanan dan akibat dari salah tadbir,  sebahagian dari peneroka – 20,000 orang daripada mereka merampas tanah ladang mereka dan tidak berurus dengan Felda, sebaliknya menjual hasil mereka kepada pihak swasta.  Kelemahan pentadbiran yang sedemikian menyebabkan kerugian bagi Felda.
Akibat dari hutang berkenaan hasil yamg mereka dapat berkurangan, bahkan mereka terpaksa mengikat perut.
Kertas Putih menyebut, bahawa bagi meringankan beban yang dihadapi oleh  peneroka Felda,kerajaan PH yang memerintah kini terpaksa mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagfi mengembalikan Felda di atas landasan yang betul.
Tindakan awal  bahawa pihak kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM6.23  bilion bagi membantu memulihkan Felda dan membantu 112.535 peneroka yang hidup dalam kesempitan
Bagi meringan bebanan dan menghapuskan tindakan tidak wajar dilakukan oleh pentadbir  dulu ialah dengan menghapuskan beban  hutang pinjaman yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan peratus faedah dikenakan terhadap penerola  dihapuskan.
Bagi meringankan peneroka kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan bagi meringankan beban hdup dengan memperuntukkan sebanyak RM 2 bilom.
Kerajaan juga berjanji untuk menyiapkan sebanyak 4,794 unit  rumah dengan peruntukan bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak RM250 juta.
Sementara tindakan jangka pendek dan panjang. Antaranya menyewa tanah Selda kepada pihak tertentu, pembangunan peneroka bagi mendapat hasil baru seperti tanaman sampingan dan sebagainya pegurusan ladang oleh pihak koperasi Felda, penggunaan teknologi terkini,. Mewujudkan infra struktur sosial dan fizikal. Meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan peneroka dan generasi mereka dan sebagainya.
Diharap  perancangan yang diatur dalam Kertas Putih akan memulihkan Felda dan melahirkan masyarakat yang berkualiti d an berdaya ekonomi.
Sekian..

No comments:

Post a Comment