April 23, 2019

MENCARI UNGGUL PEMIMPIN


MENCARI  UNGGUL PEMIMPIN
(Fikrah Bangi: 203),
BBB, 17 Sha`ban 1440H. = 23 April 2019M. (Selasa).
Pergolakan politik baik di negeri Johor yang membawa kepada pertukaran Menteri Besarnya, maupun di Perak yang ada usaha membawa kepada perubahan tapi tak jadi (Star, 23.4.2019L 1), maupun pergolakan pada peringkat parti pada hakikatnya adalah proses mencari yang terlebih baik dari segi kepimpinan. Ia bergantung pada potensi pimpinan yang ada pada seseorang yang dapat menarik kepercayaan yang lain ke arah menyokongnya.
Seorang pemimpin dia seharusnya dia sekurang-kurangnya sedikit terkedepan dari yang dipimpinnya, tanpa penonjolan kebolehan, maka ia tidak berpotensi untuk menjadi pemimpin. Terkedepan ini bergantung kepada banyak segi yang kombinasi darinya menyerlahkan kebolehan dan kepimpinan.  Faktor yang dominan di dalam kepimpinan yang diterima umum ialah `Berilmu`. Dengan berilmu banyak permasalahan dapat diselesaikan. Dengan berilmu menunjukkan kematangan di dalam sesuatu keputusan dan tindakan yang diambil. Kepimpinan tidak saja bergantung pada ilmu semata-mata, tetapi pemimpin hendaklah seorang  yang inovatif dan kreatif. Dia dapat mencetuskan sesuatu yang baru, segar dan menarik minat yang lain terhadap idea inovatif dan kreatifnya.. Dengan ilmu, inovasi dan kreativiti yang berterusan menonjolkan kepimpinan seseorang pemimpin dan dia tidak mampu dicabar oleh yang lain tentang kemampuan pimpinannya.
Sebaliknya jika seseorang itu dilantik bukan didasarkan pada keilmuan – tersilap, dan tidak ada daya inovasi dan kreativiti, maka dia dilihat bukan berkelayakan sebagai pemimpin dan jika dia sering terserlah dengan kelemahan, maka akan timbul ketidakpuasan di dalam kelompok yang dipimpin, Dalam masa yang sama dilihat ada atau ramai lagi yang lebih berkelayakan darinya, maka lambat laun akan timbul tidakpuas hati dan dia akan  dikesampingkan atau disingkir. Sesungguhnya situasi seperti ini berlaku di dalam kelompok pimpinan. Ini kita lihat berlaku di dalam kelompok pimpinan negeri, bahkan di dalam parti.
Cuma di dalam pimpinan di dalam parti ada mekanisme yang membenar untuk disaring secara teratur Di dalam kelompok bagi kepimpinan parti biasanya ada lebih dari seorang, bahkan ada beberapa orang yang dilihat berpotensi menjadi pemimpin. Maka antara yang layak dan kurang layak bukan diangkat atau disingker begitu sahaja. Ia adalah melalui mekanisme pemilihan yang dinamakan kaedah secara demokrasi. Kelompok mencalonkan yang dianggap paling layak dan kelompok yang lain mencalonkan yang lain yang bagi mereka melihat yang dicalonkan itu paling layak. Maka berlakulah proses pencalonan, kempen dan pertandingan dari peringkat ke peringkat bagi mengumpul jumlah sokongan tertinggi yang dimuktamadkan sebagai pilihan terbaik. Ini misalnya dapat dilihat kepada proses pimpinan PKR pada akhir 2018 ke awal 2019 yang lepas yang mnemilih kepimpinan parti itu yang ada kini.
Walau bagaimana kemenangan yang diberi ahli tidak mutlak. Pemimpin sebenarnya berterusan mau dilihat yang dipimpin  terus menunjukkan kewibawaan di dalam kepimpinan, bersifat inovatif dan kreatif. Sebarang kemunduran dan kelemahan yang terserlah, maka ianya akan dinilai kembali di dalam prosese pemilihan pimpinan yang akan dilakukan dari  masa ke masa.  Ini adalah dinamika dari segi kepimpinan.
Proses kepimpinan ini terus dinilai. Akibat dari penilaian yang sedemikian kita menyaksikan ada pemimpin yang dilantik terpaksa diturunkan kerana tidak berkelayakan, semnentara yang lain dalam proses penilaian dan ada gugatan dari penilaian ini yang menungkin saeseorang pemimpin kekal atau disingkirkan.
Wibawa kepimpinan terus menjadi pilihan. Hanya yang layak menjadi pemimpin.
Sekian.

No comments:

Post a Comment