April 21, 2019

LEBIH BAIK PENERUSAN DARI PEMUTUSAN : JANGAN MALU !


LEBIH BAIK PENERUSAN DARI PEMUTUSAN: JANGAN MALU !
(Fikrah Bangi: 201),
BBB,  17 Sha`ban 1440H. = 21 April 2019M. (Ahad):
Kita bergembira melihat Projek Bandar Malaysia yang terganggu pembinaannya, diteruskan pembinaannya sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam.  Menurut Sinar hari ini PH tidak perlu malu meneruskan projek yang dibangun oleh BN sebelumnya (Sinar, 21.4.2019: 6). Sebenarnya sikap gentleman sepatutnya ditunjukkan sejak dari ambilalih pemerintahan dari BN. Seharusnya ungkapan adalah ``PH akan meneruskan segala projek yang dilakukan oleh BN dan menambahbaik apa yang perlu.`` Masalahnya pada peringkat permulaam pengambilalihan pemerintahan bahawa PH mau adakan perubahan drastik, sesuai dengan `Zaman Baru dan Malaysia Baru !`  Usaha menghitamkan segala apa yang dilakukan sebelumnya dilakukan. Maka terdengarlah pada peringkat permulaan. Tiada konsep Ketuanan Melayu,  Disyorkan JAKIM dihapuskan ! MARA dimultirasialkan, UITM untuk saemua kaum, demikian FELDA dan berbagai-bagai pendapat yang diutarakan. Maka dengan spontan mendapat reaksi penentangan, terutama dari orang Melayu. Sindrom ini menakutkan mereka hingga kini.
Namun selepas realiti tersingkap, tidak mungkin apa yang dilakukan untuk diputuskan kelangsungannya. Sedikit demi sedikit kewarasan dan kesedaran timbul dan pada hakikatnya banyak apa yang dilakukan sebelumnya terpaksa diteruskan. Sudah tentulah kerana ada kebaikannya. Tanah Lapangan Terbang Lama di Sungai Besi itu pernah dituduh pada zaman kerajaan BN sebagai dijual kepada Kerajaan Cina ! Hari ini ditukar bagi menarik sokongan Melayu, bahawa ia akan dijadikan Bandar Melayu Moden ! (BH, 21.4.2019: 1). Benarkah ? Alangkah bagusnya jika benar-benar menjadi realiti. Kita tunggu untuk penyaksian.
Sebenarnya PH tidak perlu  malu sebagaimana kata Sinar hari ini untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh BN dahulu. PH sebenarnya telah meneruskan Pan Borneo Highway Projek terbesar BN yang menjadi kebanggaan BN, rakyat Sabah dan Sarawak dan projek ini sedang berjalan. PH juga meneruskan Projek ECRL yang dirangka oleh BN dan kerana kebaikannya terpaksa diteruskan dengan pengubahbaikan untuk mengurangkan kos. Pokoknya ia adalah projek BN.
PH menggunakan isu GST bagi menjatuhkan BN dan berjanji menghapuskan GST, tetapi pola dan konsep cukai seperti dilakukan oleh BN itu tidak dapat dihapuskan, jika tidak negara tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi ! Cukai itu sebenarnya ditiru dengan perubahan nama SST. Khabarnya mekanisme sama, dan dikatakan beban yang ditanggung pengguna tidak begitu sangat berbeza. Tapi persoalan SST ini sengaja tidak dibicarakan secara telus untuk diketahui rakyat hakikat sebenarnya. Begitu juga janji PH mau hapuskan Tol !, tapi dari segi rasionalnya tidak dapat dihapuskan seluruhnya. Lantaran itu PH bermain dengan rhetorik dari segi penghapusan yang dijanjikan di dalam manifesto PH. Tol terpaksa diteruskan sebagaimana dilakukan oleh BN, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat atau sebelum pilihanraya ke 15 !
Sebenarnya tugas pemerintah yang mengambil alih pemerintahan perlu meneruskan apa yang baik sebagaiomana yang tersebut di atas dan memperbaiki apa yang tidak baik. Secara jujur ia sepatutnya tidak menghitamkan apa yang tidak hitam. Misalnya persoalan mengenai kerugian Tabung Haji dipersoalkan. Apakah benar apa yang diperkatakan atau ada sindrom menghitamkan apa yang lepas. Masyarakat ingin mengetahui hakikat sebenarnya – Rujuk, ``Betulkah Tabung Haji semakin teruk ? (MM, 21.4.2019: 7).
Jika sebenarnya sesuatu institusi itu bermasalah seperti FELDA, kewajipan bagi kerajaan baru hendaklah memperbaikinya dan tidak semata-mata mengecam. Kita memuji PH mengembalikan pinjaman sara hidup peneroka FELDA sebanyak RM1,500 sebulan sebagaimana pada zaman kerajaan BN. (Sinar, 21.4.2019: 1).
Jika kebanyakan projek adalah meneruskan projek BN, apakah projek utama yang mau dilakukan oleh PH. Apakah makna Kerajaan Baru, Zaman Baru dan Malaysia Baru ?
Sekian

No comments:

Post a Comment