April 7, 2019

APAKAH ITU STATUT ROM ? MENGAPA DIBINCANGKAN ?


APA ITU STATUT ROM ? MENGAPA DIBINCANGKAN ?
(Fikrah Bangi: 187).
BBB, 01 Sha`ban 1440H. = 07 April 2019M. (Ahad).
Selepas hangat dibicarakan isu ICERD, kini dimunculkan pula isu Statut Rom. Apa itu Statut Rom ?  Ia adalah peruntukan yang boleh menghukum siapa-siapa yang melakukan jenayah perang dan pembunuhan. Sebagaimana implikasi ICERD terhadap perundangan negara dan juga agama, sebagai contoh,  bercanggah dengan undang-undang  Sharia`at yang diamalkan di negara ini dan juga tidak memberi perlindungan terhadap kedaulatan raja-raja di negara ini, lagi pula meletakkan undang-undang negara di bawah kawalan luar, maka rakyat negara ini secara majoriti menolaknya.
Menurut Tun Mahathir, ``
``The Goverment has been forced to retracted it.``
Menurutnya ``90% menteri kabinet sokong menerimanya. Orang ramai dikelirukan dengan persoalan, menggambarkan persoalan sesuatu dengan gambaran buruk.`      (Star, 6 April 2019: 1).
Berita Harian melaporkan bahawa, ``Ada cubaan mengheret raja-raja menentang kerajaan, yang menyebabkan pihak kerajaan menarik balik `Ratifikasi Statut Rom` - Mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) digugurkan, kerana ada pihak yang menjadikannya isu politik untuk memberi gambaran buruk terhadap Kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk dikatakan mengheret raja-raja menentang kerajaan. (BH, 6.4.2019: 1).
Kita berpendapat penolakan adalah berdasarkan pengalaman pahit yang telah berlaku, iaitu `Krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1993, iuaitu hilangnya imuniti Raja-Raja Melayu. Krisis melibatkan kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir pada masa itu dengan raja-raja Melayu melibatkan perlembagaan perkara-perkara 32, 38,, 42, 63, 72 dan 181. Dengan perubahan yang berlaku selepas 1993 menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu. Selepas dipinda, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Raja-Raja Melayu yang melakukan kesalahan melalui Mahkamah Khas. (UM, 6.4.2019: 13).
Pengajaran dari krisis Perlembagaan 1993 itu mengajar terutama Raja-Raja dan rakyat  agar perkara yang sama tidak berulang yang mengikat perundangan negara di bawah kuasa luar.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Shari`ah dan Undang-Undang, USIM Dr. Fareed Mohd Hassan,,
``Jika diterima Statut Rom memberi implikasi terhadap undang-undang dan Perlembagaan  Persekutuan. Pertembungan yang menggoyahkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. (UM, 6.4.19L 1).
Di samping penolakan dari rakyat banyak, Lim Kit Siang Penasihat DAP melahirkan kekecewaan terhadap Malaysia yang menarik diri  daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan dilihat sebagai langkah regresif. (MM, 7.4.2019: 9).
Sementara itu menurut seorang Senator (Yusman Yusof) yang membicarakan soal Statut Rom melalui saluran 501 TV Awani pada 6.4.2019 semalam bahawa persoalan Statut Rom bukan baru,, ianya telah dibicarakan seawal 1990 dan telah dibuat keputusan menolaknya pada zaman Kerajaan BN sejak 2011. Beliau menyoal mengapa  perkara yang telah diputuskan ini dibawa kembali ?
Apakah ini mencerminkan perubahan yang mau dibawa oleh Kerajaan PH dalam rangka Zaman dan Malaysia barunya ?  Adakah ini juga ada kaitan dengan PRK Sandakan yang akan berlangsung pada Mei depan ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment