April 10, 2019

USUL KEMBALIKAN HAK SABAH SARAWAK


USUL KEMBALIKAN HAK SABAH SARAWAK
(Fikrah Bangi: 190),
BBB:  04 Sha`ban 1440H. = 10 April 2019M. (Rabu).
Sebagai satu usaha dari pihak Kerajaan PH,  Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia mengemukakan usul pindaan Fasal 2, perkara (1) dikatakan akan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu sama dengan  Semenanjung Tanah Melayu, sebagaimana perjanjian Malaysia 1963 (MA 63). Perubahan dikatakan tidak akan merubah konsep Federalisme, tetapi rakyat Sabah dan Sarawak akan lebih menikmati faedah dari perubahan sebagaimana di dalam perjanjian asal (1963).
Sepatutnya Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah tiga wilayah yang sama taraf, tetapi dari segi amalan Sabah dan Sarawak dilihat sebagai setaraf dan seperti negeri-negeri di dalam Semenanjung.. Ini bercanggah dengan perjanjian Asal 1963. Pindaan bertujuan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak yang setaraf dengan Semenanjung.
Usul yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dibahaskan di Parlimen. Bong Mpkhtar ahli Parlimen Kinabatangan berpendapat, tindakan mau mengubah perlembagaan adalah bersifat terburu-buru. Perkara sebegitu penting perlu kepada penelitian, sebaiknya misalnya melalui select committe yang memperhaluskan terlebih dahulu sebelum usul untuk kelulusan dikemukakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim ahli Parlimen Port Dicksom memyifatkan langkah – Usul meminda Perlembagaan sesuatu yang bersejarah yang sebelum ini diabaikan oleh BN,  bertujuan mau meningkatkan peluang bagi rakyat Sabah dan Sarawak menikmati  hak-hak mereka. Demikian juga Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau mau memastikan hak-hak rakyat Sabah terpelihara dan terjaga. Pada dasarnya tidak ada yang menentang apa yang dianggap baik bagi rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi pendekatan hendaklah dilakukan sebaik mungkin.
Turut membahaskan usul pindaan perlembagaan adalah seramai 46 orang - bertambah sebanyak 10 orang dari jumlah yang dihadkan pada awalnya (36).
Keperluan bagi menerima pindaan Perlembagaan ialah dua pertiga sokongan.
Pada akhirnya setelah seharian berbahas, jam 10.00 malam Yang Dipertua Dewan Datuk Mohamed Ariff Md. Yusof menjalankan pengundian belah bahagi.
Keperluan bagi dua pertiga bagi kelulusan ialah 148 daripada 221 kerusi.
Setelah diundi.
Bersetuju  138
Tak setuju  00  
Tak undi     59
Keputusan tidak lulus dan tidak diteruskan bagi bacaan kedua. Sidang tamat jam 19.30 malam.
Daripada keputusan di atas tidak ada yang tidak setuju perkara-perkara yang dapat membawa kebaikan bagi Sabah dan Sarawak, juga Semenanjung, tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan teliti dan perlu kepada komiti yang menghalusi secara mantap sebelum dibawa kepada perbahasan dan persetujuan. Tidak lulus dari segi pengundian tidak menghalang kepada pemerintah menjalankan apa yang termaktub dalam perjanjian asal 1963. Rundingan-rundingan bagi kebaikan dapat diteruskan, misalnya soal royalti, sumbangan Pusat dari segi pembangunan dan sebagainya.
Sebenarnya tidak timbul jika mau dituduh ada pihak yang mau menekan atau menyekat pihak yang lain. Dalam minda rakyat memang menyedari bahawa tahap negeri-negeri dan rakyat adal;ah sama dan berpeluang sama. Cuma perkara-perkara yang kontroversi ditimbulkan oleh orang-orang politik. Jika sudah diketahui apa yang termaktub di dalam perjanjian asal - 1963, maka sepatutnya tiada halangan dari melaksanakannya.
Sekian.                                                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment