April 12, 2019

PERSEDIAAN RAMADHAN


PERSEDIAAN RAMADHAN
(Fkrah Bangi: 192),
BBB, 06 Sha`ban 1440H. = 12 April 2019M. (Juma`at).
Hingga hari ini kita sudah lalui minggu pertama Sha`ban dan tinggal lagi tiga minggu untuk kita mulai menunaikan puasa Ramadhan yang dijangka jatuh pada 01 Ramadgan 14340H. ialah pada Isnin  06 Mei 2019. Namun negara kita yang sebok dengan politik sepanjang tahun itu, bagai lupa dengan bakal kehadiran Ramadhan.
Bagi persediaan Ramadhan, biasanya masjid dan surau-surau mengadakan pengajaran  dengan guru-guru tertentu di masjid-surau atau menjemput guru luar mengajar berhubung dengan ibadat Ramadhan, kususnya selepas sambutan Isra`-Mi`raj, bukan para jama`ah tidak faham dengan kaedah menunaikan ibadat puasa, kerana ianya dilakukan saban tahun, di samping puasa-puasa sunat, tetapi melalui  pengajaran, amalan ibadat Ramadhan disegarkan kembali dengan pengajian. Dengan pengajian  dan perbincangan akan menambahbaikl lagi amalan ibadat Ramadhan.
Ramadhan adalah dilihat sebagai bulan suci dan kudus, bulan dipertingkatkan ibadat dengan berbagai-bagai pengisian ibadat. Bagi menyambut kehadiran Ramadhan dan pengisian, masjid-surau membuat persediaan rapi  dua tiga bulan sebelum tiba Ramadhan, sambutan Ramadhan menjadi agenda dalam mesyuarat jawatankuasa  masjid surau. Perkara yang dibincangkan, misalnya meningkatkan peristasi solat, khususnya  solat tarawih. Adalah menjadi kebiasaan kini masjid-surau mau solat tarawih dan solat-solat yang lain  dipimpin oleh imam-imam hafisz yang kancar bacaan, dan bertarannum, Juga dengan bilal-bilal. Lantaran itu bagi  persediaan Ramadhan diiklan dibuat kepada kepada para hafisz untuk menjadi imam hafiz tambahan bagi tarawih dan solat-solat yang lain. Juga dibincangkan tentang kumpulan-kumpulan tadarrus dan jangkaan untuk khatam Qur`an.
Perkara yang penting dibincangkan bagi persediaan Ramadhan ialah Peruntukan untuk berbuka dan moreh. Setengah masjid Surau menyediakan juadah berbuka dan diadakan majlis berbuka secara ramai-ramai dengan peruntukan yang berjumlah tiga ratus orang yang datang disediakan juadah berbuka secara percuma untuk misalnya 300 orang bagi setiap  petang berbuka. Ianya adalah masa paling meriah yang dihadiri ramai jama`ah.. Persediaan juga untuk qiyam al-Lail – minggu akhir Ramadhan, setengah menyiadakan sahur bagi yang mendirikan qiyamullail.  Pada bulan Ramadhan juga disediakan bantuan kepada faqir-miskin di sepanjang bulan Rmadhan. Bahkan peruntukan bagi menyanut raya juga disediakan.
Bagi melaksanakan berbagai-bagai kegiatan Ramadhan sebagaimana disebutkan  adalah memerlukan peruntukan yang tinggi, namun pihak jawatankuasa pentadbir masjid dan surau berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang lepas, pada bula Ramadhan para jama`ah dan orang ramai suka menberma bagi segala kegiatan Ramadhan. Mereka menderma misalnya untuk sponsor bagi Imam Ramadhan, untuk berbuka, dan menderma untuk faqir miskin dan anak-anak yatim. Bagi setengah masjid menyediakan peruntukan bagi Ramadhan melebihi dari seratus ribu. Jumlah sebanyak ini disumbang oleh para jama`ah, yang setengahnya sponsor khas untuk elaun iman, penceramah dan pentazkirah,bahkan menyediakan juadah Ramadhan bagi  setiap petang  - seorang menyediakan peruntukan.
Bulan Ramadhan adalah bulan bagi mempertingkatkan ibadat dan masing-masing berlomba-lomba menyediakan peruntukan dan pihak masjid menyediakan program sebaik mungkin. Bulan Ramadhan bulan  jama`ah meningkatkan ibadat dan berbagai-bagai amalan kebajikan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment