April 25, 2019

MESYUARAT MEKANISME PENTING BAGI PEMIMPIN


MESYUARAT MEKANISME PENTING BAGI PEMIMPIN
(Fikrah Bangi: 205),
BBB:  19 Sha`ban 1440H. = 25 April 2019M. (Khamis).
Seorang pemimpin unggul adalah seorang yang bijaksana dan seharusnya berilmu dan terkedepan dari segi pemikiran dan kebolehan bertindak. Pemimpim seperti ini dilihat menonjol di dalam masayarakat di mana dia berada, maka dengan keilmuan dan kebolehannya diterima dan kehedapankan oleh masyarakat. Tetapi pemimpin berkebolehan ada kalanyta terpendam. Ianya tertonjol oleh kerana isu-isu tertentu yang dengan keilmuan dan kebijaksanaannya ia dapat menyelesaikan permasalahan, maka ianya ditonjol dan dikedepankan oleh masyarakat.
Darihal kepimpinan, walau berilmu dan berkeolehan, khususnya dari segi pemerintahan, maka ianya tidak dapat dilakukan secara individu. Apa lagi sebagus mana seseorang itu, tidak sunyi dari kekhilapan. Memerintah memerlulan kumpulan, kerja berpasukan. Di dalam politik kerja berpasukan ini dikenali dengan parti. Parti perlu ada kepimpinan dan perlu ada jawatankuasa bagi peringkat tertinggi membawalah kepada cawangan-cawangan. Pemimpin tertinggi sebagaimana telah dibincangkan perlu berwibawa (unggul) berilmu dan berkemampuan memimpin dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam kepimpinan yang dilihat sebagai bermutu sesuai sebagai pemimpin. Sebagaimana disebut pemimpin tidak sunyi dari kesilapan. Kepentingan kelompok adalah:
·         Membantu kepimpinan melaksanakan  tugas
·         Memberi pandangan mengenai perkara-perkara yang dipimpin.
·         Meringankan beban kepimpinan yang ditanggung.
·         Membuat keputusan secara kolektif
·         Menasihat dan memperbaiki kekhilapan, sebaiknya sebelum dilakukan.
Antara mekanisme penting di dalam kepimpinan,bagi menjaga wibawa pemimpin yang jika membuat keputusan dan bertindak tidak dilihat sebagai silap ialah  melalui `Mesyuarat. Di dalam organisasi, baik dari peringkat jawatankuasa kecil, membawa kepada peringkat daerah, negeri dan pusat ada mekanisme bagi mendapat keputusan ialah melalui mesyuarat.
Di dalam Islam konsep mesyuarat amat ditekankan. Firman Alla bermaksud:
`` Segala perkara di kalangan mereka adalah diputuskan melalui mesyuaray (Shura: 38).
 Dan ayat bermaksud: ``Hendaklah dilakukan mesyuarat di kalangan mereka bagi mengambil keputusan berhubung dengan sesuatu perkara.  (Ali Imran: 159).
Pentingnya mesyuarat sehingga ia diadakan di dalam berbagai organisasi dari peringkat cawangan, kawasan, negeri, bahkan hingga ke pusat, bahkanParlimen bagi mengambil keputusan secara tepat. Pemimpin seharusnya teliti di dalam percakapan apa lagi berhubung dengan polisi, ia tidak diucapkan, melainkan berdasarkan apa yang diputus. Pemimpin juga tidak mengeluarkan pendapat yang dilihat tidak betul dan tidak wajar, kerana ianya jika tidak betul akan dipersoallkan.
Sebagai contoh yang baik pada pagi ini (25.4.2019) keluar berita pada muka hadapan Utusan Malaysia,  Datuk Saifuddin Abdullah yang menyifatkan empat ahli akademik yang membentangkan hasil kajian mereka kepada Raja-Raja Melayu sebagai `Profesor Kangkong` sebagai cakap-cakap yang tidak teliti dari seorang pemimpin yang menimbulkan kemarahan kalangan ahli akdemik dan juga rakyat jelata. Sikap ini mencerminkan keangkohan seorang yang baru berkuasa. Ungkapan tidak teliti ini tentulah bukan diambil dari keputusan mesyuarat. Ianya dapat diibaratkan kata pepatah,
`Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.``
Sekian.

No comments:

Post a Comment