April 4, 2019

ALU-ALUKAN PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH FELDA


ALU-ALUKAN PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH FELDA
(Fikrah Bangi: 184),
BBB,  28 Rejab 1440H. = 04 April 2019M. (Khamis).
 Cadangan untuk membentangkan kertas putih mengenai Felda pada 10 April 2019 dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang amat dialu-alukan. Kertas ini pernah ditangguhkan dari sidang yang lalu atas nasihat Jabatan Peguam Negara,  kerana mungkin memerlukan maklumat yang lebih terperinci dan pembentangan yang lebih rapi.
Rakyat, lebih-lebih mereka yang terlibat dan ada hubungan dengan Felda mau tahu, apakah masalah yang dihadapi  sebenarnya oleh Felda. Felda pernah disifatkan sebagai perladangan terbesar pernah dibuka di dunia  dan dikendalikan dengan teratur. Mereka yang terlibat dengan Felda, lebih-lebih lagi peneroka merasa bangga, bahawa warga Felda dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Felda adalah perancangan yang dicetus oleh Tun Razak, bagi membela nasib rakyat miskin bermula dari Rancangan Lembah Belot di Pahang pada tahun 1960an dan berkembang ke seluruh negera dan disertai semua kaum, tetapi banyak daripada mereka orang Melayu. Pembukaan tanah ladang yang kemudiannya berkembang luas ke seluruh negera dilihat bukan saja sumber ekonomi kepada peneroka, tetapi sumber utama ekonomi negera dengan pengeluaran kelapa sawit, sebelum munculnya hasil petroleum mengambil tempat.
Namun zaman kemakmuran yang dinikmati peneroka dan juga negara menghadapi masalah sesudah sekian lama Felda diurus dan berjalan dengan baik. Peneroka yang mendapat pulangan yang baik, tiba-tiba menjadi terbalik.
Felda dikatakan berhutang sebanyak RM779 bilion !  (BH, 6.12.2018: 1).
Manakala peneroka yang seramai 112,635  orang berhutang dengan Felda sebanyak RM5 bikion dan Felda tidak akan menghapuskan hutang ini (BH, 10.12,2018: 12).
Alangkan banyak hutang Felda dan alangkan terbebannya peneroka yang memberi hasil kepada Feldan dan negara terbeban demikian rupa. Gerangan apakah terjadi sedemikian. ?
Kini taraf hidup peneroka meosot dan begitu menderita. Mereka  berstatus miskin dan terpaksa ikat perut. Habuan yang dinikmati selama ini jauh berkurangan dan sebenarnya hilang jika dikira dengan hutang yang ditanggung.
Bagi meringankan beban mereka kerajaan bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM577 juta bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh peneroka Felda. Jumlah ini adalah tidak cukup. Ianya sebagai memenuhi tuntutan sara hidup harian peneroka yang di dalam keadaan kesempitan. Walau bagaimana Felda tak dapat dipulihkan dan dianggap semakin tenat.
Menyedari tentang masalah yang dihadapi Felda Tan Sri Dr. Yusof Noor yang pernah menjadi Pengerusi Felda menyeru pihak kerajaan agar menyelamatkan Felda dengan  memberi peruntukan sebanyak RM7 bilion agar Felda dapat kembali beroperasi. Namun cadangan ini tidak mendapat respond dari pihak pemerintah.
Berang dengan kesempitan peneroka Felda NGO-NGO dalam Permuafakatan di Feldan yang diketuai oleh  Datuk Mazlan Alimin yang juga selaku Pengerusi Lembaga Peladang Malaysia mendesak kerajaan PH yang berjanji menyelesaikan masalah Felda agar bertindakdan menunaikan janji.
Kita kira pembentangan kertas putih mengenai Felda nanti akan mendedahkan penyelewengan di dalam Felda dan tindakan akan diambil, bahkan sedang diambil. Tetapi yang lebih utama dari mengenal pasti penyelewengan dan tindakan diambil terhadap penyeleweng, ialah bagaimanakan plan tindakan yang diambil bagi menyelamat dan memulihkakan Felda.
Sekian.

No comments:

Post a Comment