April 29, 2019

ISU, KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN


ISU, KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN
(Fikrah Bangi 209),
BBB, 23 Sha`ban 1440H. = 29 April 2019M. (Isnin).
Mesyuarat adalah mekanisme penyatuan idea dan pendapat yang boleh membawa kepada tindakan seperti menubuhkan persatuan penduduk, menubuhkan khaiirat kematian, menubuhkan koperasi, mendirikan masjid dan sebagainya. Melalui mesyuarat dirumuskan pendapat untuk dijadiikan tindakan bagi mencapai apa yang dihasratkan. Sesuatu keputusan apa lagi yang memerlukan masa perlaksanaan  yang berterusan memerlukan tenaga kerja.  Sebab itu sebagai salah satu agenda ialah penubuhan jawatankuasa bagi melaksanakan resolusi.  Jawatankuasa  terdiri dari pengerusi  timbalan pengerusi setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan sejumlah jawatankuasa.. Melalui jawatankuasa ini mesyuarat akan terus diadakan biasanya bersifat bulanan. Dalam masa tersebut kerja-kerja dijalankan. Misalnya mendaftarkan penubuhan. Kegiatan-kegiatan diadakan  yang bersesuaian dengan persaatuan penduduk misalnya menjalankan kegiatan gotong royong pembersihan kawasan, mengadakan sambutan-sambutan seperti hari-hariraya, memohon dari pihak berkuasa misalnya mendirikan sekolah jika sekolah belum ada, meminta diadakan balai polis bagi menjamin keselamatan kawasan dan sebagainya. Melalui persatuan misalnya menuintut dari pihak berkuasa menyediakan tapak perkuburan, mewujudkan unit khairat kematian, Bagi mengukuhkan ekonomi penduduk, persatuan penduduk melalui mesyuarat mencadangkan agar ditubuhkan koperasi penduduk, maka mesyuarat khas diadakan bagi melantik jawatankuasa koperasi yang kemudian berusaha mendaftarkan koperasi berkenaan dengan pendaftar pertubuhan yang melayakkannya bergerak. Di samping itu kerja mendaftar ahli-ahli dilakukan Kemudian saham-saham keahlian dilancarkan. Dari kegiatan berkenaan modal dapat dihimpunkan. Ianya menjadi modal kepada koperasi yang menjalankan kegiatan seperti membeli aset-aset bagi koperasi seperti  membeli rumah-rumah kedai bagi disewakan. Di samping mendapat modal dari ahli, koperasi misalnya menyediakan kemudaha pinjaman bagi ahli-ahli dan sebagainya. Melalui koperasi penduduk dapat memiliki harta setempat yang jika tidak melalui koperasi penduduk secara individu tidak  dapat memiliki harta setempat.
Dalam sesuatu kawasan baru yang penduduknya bertambah, tentu memikirkan bahawa kariah tidak sempurna tanpa ada masjid. Penduduk merasa tidak sempurna bila mau mendirikan solat Juma`at terpaksa pergi menumpang solat di tempat-tempat yang lain, di luar dari kawasan kariah. Keperluan kepada masjid seharusnya ada di dalam perancangan pihak yang membuka kawasan penempatan atau paling tidak ialah menyediakan tapak bagi masjid.
Pada kebiasaannya penduduk bagi suatu kawasan perumahan sebelum ada masjid beruaha mendirikan surau di kawasan-kawasan masing-masing hingga di dalam sesuatu kawasan itu terdapat surau-surau. Tetapi wujudnya surau-surau tidak dapat  didirikan solat Juma`at. Jika pada peringkat permulaan masjid tidak dapat didirikan dengan segera, kerana terpaksa melalui berbagai procedure bagi membolehkan sesebuah masjid didirikan, maka salah satu cara ialah dengan memohon dari pihak berkuasa keizinan bagi menaikkan taraf surau yang agak besar bagi mendirikan Juma`at, kaedah ini banyak digunakan misalnya di Bandar Baru Bangi. Daripada sini penduduk berusaha bagi mendapatkan masjid. Masjid sama ada didirikan oleh pihak berkuasa dengan peruntukan kerajaan. Bila masjid diadakan, kadang-kadang tidak dapat menampung jumlah penduduk yang bertambah. Lantaran itu surau, bahkan lebih dari satu surau mendapat keizinan mendirikan Juma`at.
Dalam pada itu jika  difikirkan perlu didirikan lebih dari satu masjid dan ada tapak yang disediakan, maka jika kerajaan tidakl dapat mendirikan masjid, kerana sudah didirikan, maka penduduk melalui permesyuaratan surau-surau berusaha mendirikan masjid. Jawatankuasa perlu ditubuhkan. Urusan keizinan dari pihak berkuasa dilakukan, termasuk keizinan memungut derma. Kaedah ini memakan masa yang lama, tetapi melalui permuafakatan dan bermesyuarat secara berterusan dilakukan- antaranya hampir seratus kali mesyuarat, maka akhirnya berkat melalui permuafakatan dan permesyuaratan akhirnya masjid sempurna digunakan.
Mekanisme mesyuarat dan permuafakatan merealisasikan sesuatu tujuan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment