April 9, 2019

ISU TABUNG HAJI HANGAT - PERLU PENJELASAN


ISU TABUNG HAJI HANGAT: PERLU PENJELASAN
(Fikrah Bangi: 189),
BBB, 03 Sha`ban 1440H. = 09 April 2019M. (Selasa).
Tabung Haji yang ditubuhkan sejak 1963 dari cetusan idea Prof. Diraja Ungku Aziz itu selama ini  dapat dikatakan berkembang dengan baik. Urusan menunaikan haji sebelum itu diuruskan oleh syeikh-syeikh, menjadi lebih tersusun dan para jamaah haji dapat menunaikan haji dengan selesa. Aset Tabung Haji berkembang dan kini berjumlah RM76.5 bilion dengan 9 juta pendeposit.
Inilah satu institusi kewangan umat Islam terbaik yang tersusun dengan mempunyai aset begitu besar. Tentulah perkembangan begitu baik diuruskan oleh pakar-pakar dalam urusan kewangan Islam yang bekerja dengan ikhlas, sesuai dengan keikhlasan para jamaah haji yang menyimpan wang dalam Tabung Haji dengan tujuan murni dan ikhlas kerana mau menunaikan rukun Islam kelima. `menunaikan Haji.`
Isu mengenai Tabung Haji timbul, sama ada secara kebetulan atau sebaliknya selepas kerajaan PH mengambil alih pemerintahan negara. Perkara-perkara yang tidak menyenangkan berhubung dengan Tabung Haji ditimbulkan satu persatu. Misalnya:
1)      Pihak Tabung Haji membuat laporan Polis mengenai kemungkinan penyelewengan berlaku dalam urusan Tabung Haji. (Bh. 1.12.2018: 1).
2)      Tabung Haji salah beri Hibah (Sinar, 11.12.2018: 1).
3)      Tabung Haji pindah aset RM19.9 bilion (BH, 12.12.2018).
4)      Aziz jawab Mujahid (Sinar 12.12.2018: 1).
5)      Kesal RM19.9 bilion diurus bukan Islam (UM, 28.3.2019: 11).
6)      Hibah terendah dalam sejarah sekadar 1.25 peratus. Iaitu sebanyak hanya RM913 juta.                                                                          
(Sinar, 6 April 2019: 1).
7)      Keuntungan Tabung Haji ialah sebanyak RM20.14 bilion. (Sinar, 8 April 2019:4).
Dilihat kepada  rentetan maklumat di atas, bahawa terdapat tuduhan penyelewengan di dalam Tabung Haji sehingga dibuat laporan Polis.
Mengapa ditimbulkan soal dividen yang kemudian dikenali pula dengan hibah dikatakan salah beri dan kemudian terus diberi oleh Tabung Haji dengan kadar yang rendah. Ada kerugian ?
Apakah yang menyebabkan dipindah aset sebanyak RM19.9 bilion. Betulkan dia diurus bukan Islam ?
Faham kita bahawa Tabung Haji mengalami kerugian, tetapi kenyataan terakhir di atas (no. 7) bahawa Tabung Haji tetap untung. Apakah perkara pokok dan penting yang menjadi isu.
a)       Tabung Haji rugi ?
b)      Tabung Haji salah tadbir urus ?
c)       Pemindahan aset tidak betul ?
d)      Tabung Haji perlu dikendali oleh pentadbir baru ?
e)      Semata-mata ribut politik mau tunjukkan kesalahan pentadbir lama ?
Begitu keliru dan bercelaru ! Lantaran itu bagi memberi kenyataan yang benar dan tidak bercelaru, Seruan oleh Dr. Ashraf Wajdi supaya tubuh RCI (Badan Penyiasat Diraja) adalah wajar ( Sinar, 9 April 2019: 4) bagi membersihkan Tabung Haji dan mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap Tabung Haji.
Kemurnian Tabung Haji hendaklah dipertahgankan. Ianya hendaklah dikendalikan oleh pakar-pakar yang juga berkhidmat dengan jujur dan ikhlas. Politik jangan campur tangan  bertujuan berkepentingan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment