April 5, 2019

PENCERAHAN ISU UEC OLEH TUN M


PENCERAHAN ISU UEC OLEH TUN M
(Fikrah Bangi: 185),
BBB: 29 Rejab 1440H. = 05 April 2019M. (Juma`at).
Jawapan Tun Mahathir terhadap pertanyaan tentang pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) hanya ditentukan oleh Kabinet,  dan bukan sebagaimana diamalkan selama ini oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB). Jawapan ini mencerahkan kedudukan persoalan. Apa yang diamalkan selama ini sebagaimana dilakukan oleh (LBQB) adalah baik, terutama bagi menjagi mutu dan kualiti perundangan termasuklah mutu UEC   bagi memasuki peperiksaan bagi Sijil Am Guaman (CLP), namun dari satu segi, ianya menjadi sekatan bagi setengah institusi yang menawarkan bidang perundangan,  seperti tidak mendapat pengiktirafan dan ini menghalang pelajar-pelajar dari peluang memasuki peperiksaan UEC berkenaan. Keadaan yang sama sebenarnya berlaku pada profesion arkiteks, engineering dan sebagainya. Ini membantutkan perkembantutkan peluang dan perkembangan bidang berkenaan. Sebab itu sebaik-baiknya penilaian dan pengiktirafan hendaklah dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan profesion seperti undang-undang, arkiteks, engineering dan sebagainya memberi kerjasama terhadap institusi kerajaan yang menjalankan penilaian.
Harapan kita konsep Penilaian oleh Kabinet, bukan setakat diluluskan melalui mesyuarat oleh ahli kabinet, tetapi melalui institusi berwibawa kerajaan yang mengangkatkan keputusan kepada Kabinet. Bermaksud ianya melalui mekanisme yang berwibawa dan teratur.
Penulis berpengalaman lebih satu dekad menjadi Ahli Lembaga Peperiksaan STPM sejak awal 1990 hingga akhir 1990an dan pernah menjadi Ketua bagi Kertas Bahasa dan Sastera Melayu bagi STPM, tetapi menarik diri bila jadi ahli politik . Ketua Lembaga Peperiksaan  pada masa Penulis ialah Tuan Haji Isa dan berikutnya Tuan Haji Turmizi. Penulis berpendapat Lembaga Peperiksaan Malaysia perlu diperluaskan peranannya, tidak sahaja menjaga dari segi peperiksaan SPM dan STPM, tetap dimasukkan ke bawahnya peperiksaan bidang-bidang profesional seperti peperiksaan  UEC bagi undang-undang, peperiksaan bagi kelayakan bidang profesional bagi Arkiteks, Engineering dan sebagainya. Untuk mengiktiraf perlu ada mekanismenya.
Dengan bidang perundangan, arkiteks dan lain-lain ianya menjadi didang-bidang di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tiap-tiap bidang ada pegawai-pegawai berkelayakan. Mereka dikehendaki misalnya:
1)       Mewujudkan kurikulum bagi bidang undang-undang, arkiteks dan lain-lain. Tentulah dengan kerjasa bidang-bidang profesional dan fakulti-fakulti unoversiti yang ada bidang berkenaan.
2)      Menyusun buku teks yang dapat dijadikan rujukan utama.
3)      Mensenaraikan buku-buku tambahan yang dapat dijadikan rujukan.
4)      Mewujudkan pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah bagi menyampaikan kaedah pengajaran.
5)      Melantik penggubal-penggubal soalan-soalan peperiksaan
6)      Ada bank soalan sebagai bahan rahsia dan dikendalikan secara amanah.
7)      Melatih kumpulan pemeriksa yang berkelayakan dan menerima latihan.
8)      Ada penyelarasan dalam kumpulan pemeriksa dan seterusnya pada peringkat akhir.
9)      Penilaian dan perbandingan dengan kualiti pemeriksaan dan keputusan yang lepas. Graf naik dan menurun.
10)   Pengumuman oleh Menteri Pendidikan atau Pengarah Lembaga peperiksaan.
Adalah diharap dengan kaedah di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia, ianya berjalan dengan teratur dan profesional dan tidak  timbul sekatan terhadap satu pihak oleh kerana penilaian dan tidak iktiraf yang dipersoalkkan. Dengan peperiksaan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Negara, ianya meyakinkan semua pihak dan penilaian tidak diragukan.
Jadi jika pihak Kabinet mau menerima dan mengiktiraf UEC ianya hendaklah melalui mekanisme teratur yang salurannya ialah Kementerian Pendidikan yang di bawahnya ialah Lembaga PeperiksaanMalaysia yang perlu diperluas dan dipertingkatkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment