April 1, 2019

RANTAU: UJI PENGARUH ANWAR DAN TOK MAT


RANTAU:  UJI PENGARUH ANWAR DAN TOK MAT
(Fikrah Bangi:  181),
BBB, 25 Rejab 1440H. = 01 April 2019M. (Isnin).
Sebagai Presiden PKR, dan diberi kepercayaan bertanding di Parlimen PD sebagai calon PKR dan menang besar di sana pada 14.10.2018 dan kini yang bertanding di DUN Rantau – Dr. Streram adalah dari PKR, maka perhatian diberi terhadap Anwar sejauhmanakah pengaruhnya bagi memenangi kerusi DUN Rantau. Anwar diberi mandat di PD dengan harapan beliau dapat mengisi jawatan Perdana Menteri yang disebut-sebut bakal diserah kepadanya, tetapi hingga kini tidak menjadi realiti. Sebagai ahli Parlimen PD tidaklah kita melihat apakah  peranan beliau di dalam memajukan PD, bahkan sebagai ahli Parlimen tidaklah kita melihat apakah gagasan dan perubahan yang dapat dibawa di Parlimen. Beliau akan dinilai di PRK Rantau.
Bagi Tok Mat, sebagai Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden, adalah dilihat ini adalah peluang bagi beliau menonjolkan kekuatan Umno bersama dengan komponan BN terutama MCA dan MIC di Rantau. Jika di Semenyih Umno menunjukkan kekuatan Melayu bersama Pas, di Rantau, walaupun kerjasama dengan Pas berterusan, tetapi sebagai Dun yang mempunyai pengundi multirasial yang terdiri dari Melayu, India dan Cina, maka ia adalah ujian sebenar di antara pengaruh PKR dari PH yang mau merebut kerusi Rantau dan antara Umno yang mempertahankan kerusi Rantau. PKR mempunyai kekuatan, kerana ia adalah dari parti kerajaan yang memerintah sekarang. Sebagai parti pemerintah calon dari parti ini Dr. Streram mendapat publisiti lebih terutama di dalam media letronik berbanding dengan Tok Mat adalah dari parti pembangkang.
Walau bagaimana parti PKR dari PH yang baru memerintah sepuluh bulan tidak dapat mendakwa bahawa pembangunan yang berlaku di Rantau secara khusus dan Negeri Sembilanm secara umum adalah dari jasanya, kerana sebelum dari itu Tok Mat selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan Adun Rantau sejak tiga penggal yang lepas adalah benar-benar orang yang bertanggungjawab memajukan Negeri Sembilan dan Rantau. Apa yang disebut oleh calon PKR di Rantau adalah perkara-perkara yang dicadangkan untuk diambil tindakan jika dipilih pada PRK Rantau.
Tok Mat mempunyai aura yang kuat di Rantau, imejnya meningkat sejak diberi tugas sebagai Timbalan Presiden Umno dan berjaya membawa kemenangan bagi Umno di Cameron Highlands dan Semenyih.. Dengan momentum ini beliau berusaha bagi mencapat kemenangan Umno dan  dapat memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Umno dan BN..
Adalah dilihat, bahawa di samping meneruskan kerjasama dengan Pas, inilah peluang bagi Tok Mat dan Umno memulih dan memperkukuhkan BN. Pada piulihanraya ini adalah diharapkan MCA dan MIC yang masing-masing mempunyai  pengaruh di kalangan orang Cina dan India dapat menarik pengundi-pengundi Cina dan India dapat menyokong Tok Mat yang juga berert menyokong BN. Adalah diharapkan jika pada PRK Semenyih Umno dengan kerjasama dengan Pas dapat menunjukkan kekuatan Melayu bila bersatu, maka pada PRK Rantau ini Umno bersama MCA dan MIC benar-benar dapat menunujukkan kekuatan BN.
Sebenarnya mulai dari sekarang Umno seharusnya telah berbincang dengan MCA dan MIC setelah kedua-dua parti itu tidak jadi keluar dari BN. Umno dan parti-parti komponan yang lain seharusnya  telah berbincang mengenai Gagasan BN, dan kalau boleh diikut serta oleh Pas bagi kerjasama bagi menghadapi PH, bukan saja di Rantau, bahkan pada masa hadapan secara keseluruhan. Masalah-masalah yang lalu yang tidak disetujui rakyat haruslah dibaiki. Apa yang tidak dingini rakyat yang dalam masa sepuluh bulan terjadi `Arus Balik` tidak menyokong PH hendaklah diambil iktibar dan dijauhi
Umno bersama komponan dan kerjasama dengan Pas perlu berbincang bagi mengambil pendekatan, merangka gagasan , prinsip-prinsip yang segar dan menarik yang dapat menarik sokongan rakyat pada pemilihan-pemilihan yang akan datang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment