


DAH TAHU CAMANE NAK BUAT BANER?
Seramai 50 peserta telah mengikuti Bengkel Multimedia ke-2 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi. Bengkel telah diadakan di Bilik Cempaka, Kompleks PKNS Bangi. Ianya telah dirasmikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.
“Pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan bagi memenuhi hasrat menjadikan Bangi sebagai Bandar ilmu dan bengkel ini adalah sebahagian darinya.”
Tambahnya lagi,” Peluang menguasai IT harus diambil agar kita tidak ketinggalan berbanding orang lain. Sehingga ada yang mengatakan siapa yang menguasai IT mereka akan menguasai dunia.”
Peserta didedahkan kepada aplikasi asas Photoshop untuk tujuan membuat poster, kain rentang, laman web dan kulit buku. Bengkel dikendalikan oleh En. Zainal dari unit IT Pas Pusat dan En. Amir , seorang pengusaha percetakan.
Hj. Mohd Sabu mendedahkan bahawa majoriti kaum Cina sebenarnya amat membenci amalan rasuah. Mereka amat sensitif serta begitu memusuhi mereka yang mengamalkan perbuatan itu. Berbanding orang Melayu yang tidak begitu menghiraukan perbuatan itu.
“Seharusnya sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Islam kita seharusnya memandang jijik amalan itu serta memusuhi mereka yang memberi dan menerima rasuah.’’ Katanya semasa berkongsi pentas ceramah bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dr. Shafie Abu Bakar, Dr. Muhd Nur Manuty dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Beliau mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan skandal PKZ, bumbung stadium di Terengganu runtoh dan propaganda UMNO terhadap kerajaan perpaduan.
Disebalik kesediaan pemimpin UMNO menerima baik pandangan kerajaan perpaduan yang diwar-warkan, Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap merasa curiga akan keikhlasan mereka. Kerajaan persekutuan masih melakukan berbagai diskriminasi terhadap kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat. Beliau seterusnya mencabar pimpinan BN yang kononnya tidak suka pembaziran mengadakan pilihanraya agar memberikan kerusi Manik Urai kekal kepada PAS . Hujahnya, seharusnya perdana menteri memberikan tumpuan kepada menangani masalah ekonomi yang terjejas dan membuktikan keikhlasan terhadap cadangan kerajaan perpaduan.
Walaupun S15(Kompleks Sukan MPKj BBB) baharu sahaja menerima kunjungan DS Nizar untuk berceramah(6 Jun) namun sambutan pengunjung tidak menghampakan malah bertambah.
SOALAN-SOALAN LAZIM
HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini?
A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut:
(i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam
(ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor, iaitu: www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT)
(iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing;
(iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.
Flat Bukit Mutiara dihuni oleh mereka yang berpendapatan rendah, sementara apartment Bukit Mutiara dihuni oleh mereka yang lebih kemampuan. Duduk sebelah menyebelahi. Ribut yang membadai menerbangkan atap rumah tidak mengenal status mangsa. Semua terpikul sama. 13 yunit dikediaman flat dan 8 yunit diapartment dikenal pasti untuk diberikan bantuan.
"Bantuan yang dihulurkan ini tidak dapat memenuhi keseluruhan kerugian yang dialami. Namun pihak kami akan berusaha mengangkat permasalahan ini kepada pihak yang sewajarnya. MPKj umpamanya mempunyai peruntukan untuk tabung bencana. Demikian juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apa yang perlu ada pada setiap diri kita ialah sifat saling mambantu antara satu sama lain. Kita memerlukan satu organisasi yang dapat mewakili setiap permasalahan yang dihadapi." Ucapan ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar semasa menyampaikankan bantuan.
Beliau menyarankan agar setiap komuniti menubuhkan persatuan dengan keterlibatan aktif pada setiap ahli.
Tambahnya lagi, "Dengan adanya persatuan maka suara kita akan lebih jelas didengar. Peruntukkan yang sedia ada lebih senang diperturunkan."
(Peingatkanlah, sesungguhnya peringatan
memanfaatkan orang-orang beriman – Al-Zariyat: 55)
Mengiringi solat dan doa
Subuh di surau tua itu
Kita lazimi dengan tazkirah
Seorang daripada kita ke depan
Bersimpuh bertawarruk
Mencapai kitab pilihan
Di atas rehal membuka lembaran
Kita pun menghampiri diri
Bersama di dalam halaqah
Khusyuk tunduk penuh perhatian
Selepas basmalah, hamdalah, salawat
Berhamburan firman dan sabda
Tafsiran dan huraian makna
Kita yang tunduk khusyuk
Menyambut mesra mutiara kata
Mengalir lembut dipermukaan hati
Resap menyejuk jiwa dan minda.
Tazkirah adalah mauizah
Tentang kebenaran dan kebatilan
Menyerlah yang baik
Mencegah yang dilarang
Memupuk peribadi murni
Memupus buruk dan keji
Mempasti hukum hakam
Antara halal dan haram
Antara dosa dan pahala
Antara syurga dan neraka
Betapa diri dan ammarah
Berharian dengan dosa terdedah
Amat mudah tergelincir dari paksi
Ke parit longkang keji
Liku-liku berduri.
Di subuh hari bertazkirah
Embun pagi membasah
Dedaun hati dan minda
Makanan rohani pagi
mendahului makanan jasmani
adalah bekal panduan
sebelum kita berpisah
dalam suasana barakah
berjabat tangan bersalam-salaman
turun menuju arah haluan
Meniti hidup seharian.
Shafie Abu Bakar
Surau Al-Umm
Bandar Baru Bangi.
02 J.Akhir 1430
27 Mei 2009.