June 8, 2009

Muktamar Pas: Satu Sorotan




Shah Alam, 13 Jamadilakhir 1430 / 7 Jun 2009: Muktamar Pas kali ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam dari 5 Jun hingga 7 Jun didominasi beberapa isu penting yang mencorak pola politik semasa Pas dan dijangka menjadi isu hangat untuk terus diperbincangkan.

Isu ulama patut menguasai pimpinan Pas dan isu kerajaan perpaduan adalah dua isu besar mendepani pendukung PAS. Isu ini dibawa ke dalam perbahasan muktamar. Ia turut dieksploitasi media arus perdana.


Isu ulama turut dikaitkan dengan golongan profesional yang wujud di dalam Pas. Golongan ini diakui berperanan, tetapi lebih dilihat sebagai pelengkap.


Sementara itu, isu kerajaan perpaduan dikaitkan dengan presiden dan timbalan presiden. Oleh kerana YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertanding mempertahankan kerusi timbalan presiden, beliau dilihat sebagai pendukung dan proksi bagi kerajaan perpaduan.


Malah beliau dituduh sebagai rapat dengan Umno, manakala pihak yang menentang kerajaan perpaduan disokong oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pendokong utamanya, YB Dato' Paduka Husam Musa.


Penentang kerajaan perpaduan dilabelkan sebagai golongan 'Erdogen'. Isu ini turut dibahas oleh perwakilan di dalam muktamar. Di dalam perbahasan, ramai perwakilan menentang idea kerajaan perpaduan, tetapi keputusan pengundian jawatan tertinggi parti nampaknya tidak menyebelahi pihak penentang.


Sokongan terhadap pimpinan Pas seharusnya dipimpin oleh golongan ulama ditambah dengan faktor wala`, mendominasi keputusan yang dilambangkan oleh kemenangan YB Ustaz Nasharuddin dengan majoriti besar dan diperkukuh dengan sejumlah kemenangan AJK Pusat dari kalangan ulama, manakala kekalahan Dato` Paduka Husam memberi kesan kepada pendukung-pendukungnya, khususnya dari Kelantan yang dilihat tidak mencapai kemenangan, kecuali Dato` Kamaruddin Jaafar.


Ada beberapa implikasi berkait dengan keputusan ini. Pihak Umno, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri menyambut baik terhadap cadangan kerajaan perpaduan dan akan membawa cadangan ini kepada perbincangan peringkat tinggi parti.


Namun di pihak kerajaan Pakatan Rakytat, idea kerajaan perpaduan dianggap tidak pernah dibawa ke peringkat pemimpin tertinggi pakatan itu. Kecuali sekali Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberi penjelasan mengenai kerajaan perpaduan, idea itu tidak pernah dibincang secara khusus di dalam mana-mana mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.


Pas memang sentiasa terbuka kepada perbincangan dengan pelbagai pihak. Tetapi dalam senario politik semasa, apakah keperluan yang terlalu mendesak untuk Pas mengadakan kerajaan perpaduan dengan Umno tanpa mengambil kira pelbagai natijah buruk kepada kesinambungan perjuangan parti Islam ini sendiri?


Sebenarnya, banyak pihak menolak idea ini. Antaranya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cadangan kerajaan pakatan. Idea kerajaan perpaduan ini juga memberi kesan terhadap sokongan pelbagai kaum terhadap Pakatan Rakyat. Ini adalah cabaran yang dihadapi Pas dan Pakatan Rakyat.


Kekeliruan mengenainya akan merugikan semua pihak. Justeru, penerangan dan keyakinan perlu diberi dan tindakan konkrit perlu diambil terlebih dahulu. Apakah kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah kerjasama antara PAS-UMNO sebagaimana yang diekploitasi oleh media perdana atau kerjasama Pakatan Rakyat-BN sebagaimana KSN dari Republikan dalam kabinet Obama(Demokrat)?



1 comment:

  1. mengarut! karut lagi mengarut! pas sekarang dah mengarut! PAs terengganu lagi mengarut!! pas selangor gila kuasa!! belum lagi dapat kuasa mutlak dah jadi mcmni,kita tengok kelantan, dah hampir 2othn TGNA pimpin kelantan, alhamdulillah takda apa masalah, dia tegas dan teguh pendirian walaupun ditindas oleh kerajaan persekutuan tp hadi, harun din, nasha, stopa ali ni sume gila kuasa!! karut!! patutla kalu org2 DAP & PKR panggil org pas kopiah putih ni munafik!? munafik ke? keras sgt kot! pe la agaknyer yg sesuai....

    ReplyDelete