June 12, 2009

SMK JALAN BUKIT TERBAKAR



Jalan Bukit, Kajang 18 Jamadil Akhir : 12 Jun 2009 – Satu blok daripada bangunan Sekolah Menengah Jalan Bukit musnah sama sekali dijilat api. Menurut Penolong Kanan Pengetua Sekolah, Puan Saleha, beliau percaya kejadian ini adalah berpunca dari perbuatan khianat kerana pada malam 9 Jun 2009 pengawal sekolah diikat dan bilik pengetua sekolah tersebut digeledah.

Pada awal pagi tadi( 12 Jun 2009 ) sekitar pukul 4, sekali lagi kawasan sekolah di ceroboh oleh 4 orang samseng dan kedua-dua pengawal keselamatan telah diugut dengan senjata. Kedua-dua mereka ketakutan dan telah pergi ke balai polis untuk membuat aduan. Sebaik sahaja pulang dari membuat aduan, mereka mendapati bangunan pentadbiran sekolah tersebut sedang marak dijilat api.

Menurut Encik Mazlan Penyelaras Bomba Zon Ampang, Kajang dan Bangi, pihak bomba tiba sekitar jam 5.35 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut. ADUN Bangi yang tiba jam 7.00 pagi mendapati usaha memadamkan sisa kebakaran masih dijalankan. Turut berada ditempat kejadian ialah Encik Zainol Pegawai Polis Daerah Kajang, Ustaz Shafie Ngah Ahli Majlis MPKj, Puan Gunara Ketua PIBG SMJB dan beberapa orang guru sekolah tersebut.

Kebakaran tersebut telah memusnahkan bilik-bilik dokumen penting, bilik-bilik guru dan bilik kegiatan seni.


8 comments:

  1. ya ampun.siapa la punye kjer neh.!
    xpe.balasan akhirat ade.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kepada yang berkenaan, perbuatan membalas dendam,menghilangkan rasa tidak puas hati dan geram dengan cara membakar sekolah mungkin dapat membawa kepuasan sementara. Sila fikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Apa yang kita buat mesti ada balasannya. Anda bakar sekolah hari ini, mungkin anda akan kehilangan sesuatu dalam bentuk yang lain. Belum tentu harta benda....mungkin nyawa orang yang disayangi.FIKIR sebelum BERTINDAK.
    TERIMA KASIH kerana membakar bilik guru yang buruk,dengan tingkap yang rosak dan perabot yang buruk. Jika difikir secara POSITF, guru-guru SMKJB yang disayangi akan mendapat bilik guru yang lebih kondusif. TERIMA KASIH sekali lagi. Selamat tinggal bilik guru 60an.

    ReplyDelete
  4. bilik guru yang buruk, tingkap yang rosak dan perabot yang buruk bukan suatu alasan kenapa kita harus merelakan perbuataan khianat tersebut!

    perkataan terima kasih adalah satu penghinaan kepada bekas guru, guru, bekas pelajar dan pelajar smk jalan bukit sendiri. biar sekolah kami buruk, kami tetap sayang sekolah kami!

    adanya bilik guru tahun 60an itulah yang menjadikan smk jalan bukit seperti sekarang. jangan hanya sebab ianya lama, kita merelakan perbuatan khianat ini.

    SILA BERFIKIR SEBELUM BERKATA!

    ReplyDelete
  5. GEMBIRANYA AKU...FAIL DISIPLIN AKU SEMUA HABIS TERBAKAR....TU LAH LAIN KALI JANGAN BUAT SAKIT HATI PELAJAR......PADAN MUKA KO ~ALIAS~ ~ZAKI~

    ReplyDelete
  6. PADAN MUKA KO ZAKI~ALIAS....BUAT SIAL DNGAN PELAJAR LAGI...SILAP HARI BULAN KORANG YANG KENA BAKAR....

    ReplyDelete
  7. sedih..sedih tengok class dah jadi rentung...

    ReplyDelete
  8. memang sedih... sape lah punye kerje... semoga Allah ampunkan dosa org tu... saya sebagai cikgu memang terkejut tengok keadaan bilik guru hari tu...

    ReplyDelete