Hj. Mohd Sabu mendedahkan bahawa majoriti kaum Cina sebenarnya amat membenci amalan rasuah. Mereka amat sensitif serta begitu memusuhi mereka yang mengamalkan perbuatan itu. Berbanding orang Melayu yang tidak begitu menghiraukan perbuatan itu.
“Seharusnya sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Islam kita seharusnya memandang jijik amalan itu serta memusuhi mereka yang memberi dan menerima rasuah.’’ Katanya semasa berkongsi pentas ceramah bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dr. Shafie Abu Bakar, Dr. Muhd Nur Manuty dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Beliau mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan skandal PKZ, bumbung stadium di Terengganu runtoh dan propaganda UMNO terhadap kerajaan perpaduan.
Disebalik kesediaan pemimpin UMNO menerima baik pandangan kerajaan perpaduan yang diwar-warkan, Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap merasa curiga akan keikhlasan mereka. Kerajaan persekutuan masih melakukan berbagai diskriminasi terhadap kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat. Beliau seterusnya mencabar pimpinan BN yang kononnya tidak suka pembaziran mengadakan pilihanraya agar memberikan kerusi Manik Urai kekal kepada PAS . Hujahnya, seharusnya perdana menteri memberikan tumpuan kepada menangani masalah ekonomi yang terjejas dan membuktikan keikhlasan terhadap cadangan kerajaan perpaduan.
Walaupun S15(Kompleks Sukan MPKj BBB) baharu sahaja menerima kunjungan DS Nizar untuk berceramah(6 Jun) namun sambutan pengunjung tidak menghampakan malah bertambah.
No comments:
Post a Comment