Pejabat ADUN: 28 J.Akhir = 22 Jun: ADUN Bangi merasa kecewa apabila mendapati adanya surat jemputan dari JAIS bagi Sambutan Hari Guru pada 20 Jun 2009 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Konvensyen KUIS yang dirasmikan YAB Dato` Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim. Kecewanya ADUN oleh kerana surat berkenaan tiba pada hari yang sama, tetapi lewat dari segi masanya dan tidak berkesempatan menghadirinya. Sebagai tuan rumah adalah tidak manis ADUN tidak menghadirinya. Kelewatan menghantar surat ini sudah menjadi perkara biasa. Umpamanya sudah dua kali kuliah bulanan pada Khamis malam Jumaat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, kedua-dua surat jemputan yang dihantar tiba lewat dari tarikh dan masa. Kelewatan surat-surat biasa tidaklah sangat mengecewakan. Nampaknya surat-surat yang dihantar lewat dari 4 hingga 5 hari tidak menjamin sampai sebelum dari masa jemputan. Dari Shah Alam ke Bangi nampaknya lebih lewat dari surat-surat dari Pantai Timur dan sebagainya.
Berhubung dengan kelewatan ini ADUN pernah membuat sidang akhbar pada 14 September 2002 (sebagai ADUN Kajang pada masa itu). Apakah perkhidmatan Pos pada takuk lama dan tidak ada peningkatan prestasi dari segi khidmatan yang dapat diberi ?
ADUN Bangi
28 J. Akhir 1430
22 April 2009.

No comments:
Post a Comment