June 9, 2009

DS NIZAR DI BANGI




Bandar Baru Bangi 13 J. Akhir 1430 = 6 Jun 2009 Panitia Induk Muktamar ke 55 telah mengatur, bahawa pada malam-malam muktamar berlangsung ceramah-ceramah pada waktu malam diadakan di Stadium Melawati dan beberapa tempat sekitar kawasan berdekatan. Kesempatan ini telah diambil ADUN Bangi yang menjadi ahli Panitia Induk menempah tarikh Ceramah Perdana di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada 6 Jun 2009 (Sabtu).

Tokoh yang ditempah ialah YAB Datuk Seri Nizar Mohammad Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena.

Datuk Seri Nizar sebagai ikon semasa berjaya menarik lebih kurang lima ribu pendengar membanjiri padang Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Walaupun Datuk Mahfuz berhalangan dan tidak dapat datang, tetapi dengan tindakan segera, tempatnya dapat diganti dengan dua orang lagi penceramah yang tidak kurang hebatnya. Mereka ialah Sdr. Azman Safawi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan YB Saudara Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong.

Sdr. Nizar dengan bersemangat memperincikan episod-episod peristiwa rampasan kuasa di Dewan Undangan negeri Perak dan kronologi perompakan pemerintahan negeri Perak oleh BN, termasuk kes-kes yang berkait dengan mahkamah. Beliau berpesan, ``UMNO-BN adalah samseng, jangan ada usaha mendekati mereka.``, manakala YB Gobind Singh menekankan peristiwa bagaimana beliau digantung dari parlimen selama setahun. Beliau sedang mengambil tindakan undang-undang ke mahkamah terhadap YDP Parlimen. Jika Speaker Perak (Sivakumar dari PR) diberi ruang diatasi kuasa eksekutif dan legeslatif, mengapa tidak baginya ?

Saudara Azman mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN dari Islam Hadhari kepada pembinaan masjid-masjid kristal di Pulau Wan Man di Kuala Terengganu hinggalah kepada penyelewengan Stadium Sukan di Kuala Terengganu yang runtuh tak sampai setahun dibena itu.

Agak lama juga ceramah terbuka seperti ini tidak diadakan dan sambutan hadirin yang datang membuktikan bahawa PAS tidak dapat lari dari elemen ceramah. Secara tafsiran juga membuktikan rakyat sentiasa memerlukan satu sumber media yang lebih berwibawa berbanding media perdana sedia ada.

No comments:

Post a Comment