April 11, 2018

AZAM MAU MENGGUNAKAN MASJID AL-UMM



BBB,  23 Rajab 1439H. = 10 April 2018M. (Selasa):
Faktor desakan masyarakat yang mereka adalah penderma bagi Masjid Al-Umm agar menggunakan Masjid Al-Umm adalah memberi kesan kuat kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm. Sebagaimana disebut hingga kepada 7 Mac 2016 masjid telah sempena dari segi pembinaan sehingga ke tahap 95.95%. Menurut aturan dari segi arkitek Masjid Al-Umm sudah layak mendapat CPC. Oleh kerana dari tekanan masyarakat, maka 26 April 2016 bersamaan 18 Rajab 1437 diadakan mesyuarat khas bagi penggunaan Masjid Al-Umm.
Adalah diambil keputusan tarikh yang paling sesuai bagi penggunaan masjid ialah  sempena menyambut Ramadhan 1437H. Adalah ditentukan bahawa penggunaan hendaklah beberapa masa sebelum Ramadhan bagi penyesuaian sebelum awal Ramadhan tiba. Tarikh yang diputuskan permulaan penggunaan ialah pada malam Juma`at 12 Sha`ban 1437H. bersamaan dengan 19 Mei 2016 M. Iaitu dua minggu sebagai masa latihan sebelum  benar-benar tibanya Ramadhan. Cadangan penggunaan masjid ialah dengan solat biasa,bertarawih dan tidak bersolat Juma`at.
Penggunaan masjid adalah  melibatkan:
·         Penggunaan ruang utama untuk bersolat berjama`h
·         Ada api yang sudah ada digunakan untuk pembinaan
·         Ada air yang sudah lama dimasukkan. Tandas dapat digunakan.
·         Penggunaan dua jalan masuk dan keluar, iaitu dari jalan dua dan jalan 1/3.
·         Pasang pembesar suara, walaupun penggunaannya untuk sementara
·         Guna kipas antaranya boleh dipinjam dari Surau Al-Umm
·         Tempat muslimat di belakang kiri.
·         Imam dan bilal dari surau-surau berdekatan.
Antara persiapan yang perlu dilakukan
·         Perlu mob lantai sebelum digunakan
·         Perlu susun barang-barang dan dialih dari ruang utama yang hendak digunakan
·         Sebahagian ruang hendaklah dipasang dengan carpet. Carpet boleh didapati dari Surau Al-Umm
·         Buat sekatan bagi kawasan  `Di Larang Masuk`.
·         Buat sekatan  bagi lobang lift yang belum dipasang lift
·         Guna air-cond. jika dapat sebagai ujian.
·         Perlu gotong royong bersih dan persiapan sebelum digunakan.
Demikianlah antara persiapan dan tindakan yang perlu dilakukan, sebelum masjid mau digunakan. Maklumat ini sudah sampai kepada orang ramai, walaupun belum dibuat pengumuman rasmi. Diharap penduduk memahami tindakan yang diambil sebagai respond terhadap harapan dan tekanan mereka.
Pada umumnya penduduk bersetuju dan tiada bantahan dari mereka.
Walau bagaimana melalui Mesyuarat Teknikal pada 10 Mei 2016 bersamaan 3 Sya`ban 1437 pihak Kontrektor yang diketuai oleh Tuan Haji Marzuki membuat keputusan tidak membenarkan Masjid Al-Umm digunakan pada Ramadhan nanti, kerana menurutnya banyak lagi perkara yang tidak siap dan pihak kontrektor tidak mahu menanggung sebarang risiko, jika berlaku perkara-perkara yang tidak dsiingini.
Keputusan di atas disampaikan secara rasmi kepada Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dalam mesyuaratnya pada Selasa 17 Mei 2016 bersamaan 10 Sha`ban 1437H. Keputusan ini mengiciwakan pihak Ahli Jawatankuasa. Keputusan ini tepaksa disampaikan kepada orang ramai yang mengharapkan Masjid Al-Umm dapat digunakan, tetapi terpaksa ditangguhkan.
Sekian.

1 comment: