April 21, 2018

MESYUARAT KHAS BAGI PERASMIAN MASJID AL-UMM



BBB, 05 Rajab 1439H. = 21 April 2018M. (Juma`at):
Berikut dari pertemuan Penulis dengan Timbalan Pegawai Daerah  – En. Raiz bin Razman di Pejabat Daerah Hulu Langat pada 23 Januari 2017=24 Rabi`ul-Akhir 1439H. jelaslah bahawa  ada perancangan mengenai Perasmian Masjid Al-Umm oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor, bahkan Penulis  telah membincangkan protokal bagi perasmian tersebut. Dari tarikh pertemuan dengan jangka tarikh pertemuan tidaklah begitu lama, iaitu kira-kira empat bulan sahaja, maka persediaan seharusnya dibuat dari sekarang.
Sebagai mengejar masa, setelah dirunding antara Pejabat Daerah dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat, maka dipersetujui bahawa Mesyuarat Khas, terutama antara tiga badan, perlu diadakan segera. Tarikh dipersetujui ialah pada  Rabu 01hb. Februari 2017 bersamaan 04 Jamadil-Awwal 1438H. Tempat mesyuarat ialah di Pejabat (sementara) di Masjid Al-Umm. Tujuan diadakan di Masjid Al-Umm ialah bagi membolehkan terutama pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan PAID Hulu Langat  menyaksikan dengan sendiri akan perkembangan pembinaan Masjid Al-Umm itu sendiri.
Hadir ke Mesyuarat ialah En. Mohd. Raiz bin Razman, Timbalan Pegawai Daerah Hulu Langat.
Tuan Haji Hanifuddin bin Haji Roslan Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat bersama Ustaz Nazri Ketua Bahagian Masjid PAID, Hulu Langat,
En. Ahmad bin Sairi Ketua Jabatan Kawalan Bangunan, MPKj.
Kontrektor Pembinaan Masjid Al-Umm Tuan Haji Marzuki bin Omar – Tekad Nusantara
Arkitek bagi Masjid Al-Umm Tuan Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad – Urusbina Sdn. Bhd.
Turut hadir para perunding dan ahli-ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Sebagai Tuan Rumah Penulis mengalu-ngalukan kehadiran semua dan memaklumkan tentang tujuan diadakan mesyuarat, iaitu  Rancangan Pembukaan Masjid Al-Umm oleh DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Selangor. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang tarikh yang mulai berubah. Pada pertemuan dengan Timbalan Pegawai di Pejabat Daerah Hulu Langat lepas tarikh perasmian adalah dijangka pada Isnin 31 Mac 2017 bersamaan 03 Rajab 1438, tetapi di dalam mesyuarat ini dimaklumkan oleh PAID melalui saudara Azam bahagian Pembangunan JAIS  bahawa tarikh perasmian adalah berkemungkinan pada bulan Ramadhan 1438, iaitu termasuk sebagai salah sebuah masjid yang akan dikunjungi Tuanku dalam program lawatan Ramadhan Baginda. Dengan tarikh ini sedikit melegakan, kerana tarikh dilewatkan dua bulan dari tarikh asal. Persoalan utama yang dibicarakan ialah setakat mana kesediaan Masjid Al-Umm untuk dibuka.
Aspek yang mendebarkan kami, ialah sejauh mana persediaan Masjid Al-Umm dan berkelayakan untuk dirasmikan. Namun bagi pihak kontrektor menyatakan kesanggupan dengan tarikh yang dijangkakan. Begitu juga dengan pihak arkitek. Pihak MPKj misalnya amat mau memberi kerjasama bagi mendapat kelulusan dari MPKj sekiranya perkara-perkara berkenaan kelulusan dapat disediakan.
Dari segi realiti, bahawa dikatakan bahawa bangunan siap 97%, namun ada perkara-perkara penting yang belum siap. Misalnya masalah air-cond. yang sebenarnya dapat disiapkan, tetapi oleh kerana bayaran tidak diterima, maka penyiapan terhadap air-cond. masih tertangguh. Carpet yang diorder sejak lama, tetapi tidak dihantarkan  kerana maukan bayaran dan jika tidak dibayar, maka charge simpanan akan dikenakan. Kerja-kerja yang berkait dengan Majleza juga tertangguh. Begitulah dengan banyak perkara yang lain.
Yang  mendebarkan bahawa, setakat ini  adalah merupakan baru peringkat permulaan hendak mengangkat borang-borang keperluan bagi kelulusan pihak MPKj, misalnya berhubung dengan air, bomba. Juga berhubung dengan plan tambahan, kerana dilakukan perubahan-perubahan pada fizikal masjid dan perlu diangkat semula plan, khususnya plan  berhubung dengan tambahan.
Adalah ditekankan bahawa antara keperluan yang melayakkan perasmian, bahawa Masjid Al-Umm hendaklah dapat digunakan terlebih dahulu, paling minimum sebulan dari tarikh perasmian, iaitu paling kurang awal Sha`ban 1438H. Dapatkah dikejar bagi menyiapkan keperluan-keperluan bagi melayakkan masjid digunakan paling minimum sebulan sebelum Ramadhan ?. Atas tawaran pihak berkuasa untuk perasmian, kami berusaha bagi mengatasi segala halangan bagi mendapat kelulusan. Insya Allah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment