April 10, 2018

PERTANYAAN DAN DESAKAN MASYARAKAT: UJIAN PROSES TAKMILAH



BBB,  22 Rajab 1439H. = 09 April 2018M. (Isnin):
Selepas jangkaan pihak JAIS-JKR tidak jadi mengambilalih projek Pembinaan Masjid Al-Umm pada akhir Mac 2016 dan tiada timbul soal penyerahan peruntukan dari Dato` Menteri Basar Selangor, Jawatankuasa menghadapi dua tekanan, iaitu tekanan dari segi kewangan dan tekanan dari orang ramai yang bertanya, ``Mengapa Masjid al-Umm yang telah dibina sejak 3 tahun lepas dan kelihatan semacam sudah siap masih belum digunakan ?``
Dari segi kewangan memang pihak masjid memerlukan dana bagi meneruskan pembinaan. Dalam mesyuarat Teknikal (Bil. 27) yang diadakan pada 8.3.2016, mesyuarat diberitahu bahawa kos keseluruhan bagi Masjid Al-Umm pada masa itu ialah RM18,723,465.35.
Jumlah tuntutan dari kontrektor yang telah dibayar     RM12,397,259.22
Tuntutan baru                                                                        RM  2,054,916.00
Jumlah selepas membayar tuntutan                                  RM14,452,175.22
Dengan membayar tuntutan mutakhir  bererti Masjid memerlukan  dana RM4,271,290.13.
Selain daripada terus menerima derma dari orang ramai dan dari institusi-institusi tertentu dalam jumlah yang terhad, walaupun pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm tetap mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat menunaikan janji mau memberi RM6 juta kepada Masjid Al-Umm sebagaimana dijanjikan. Ini termasuk dengan usaha dilakukan  Penaung Masjid Al-Umm Dato` Dr. Haron Din  bersama dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm menemui Dato` Seri Azmin Ali  Dato` Menteri Besar Selangor di Pejabatnya pada 8 Julai 2015. Diikuti dengan surat susulan memohon janji ditunaikan. Surat 15 Julai 2015.
Sebagaimana disebut di atas, bahawa di dalam masa yang sama masyarakat yang banyak menderma kepada pembinaan Masjid Al-Umm, mau tahu dan mendesak, mengapa hingga sekarang masjid masih belum dapat digunakan, sedangkan dari luar kelihatan sudah siap. Sebenarnya secara dalaman pihak kontrektor semacam `tarik tali` dengan jawatankuasa Pembangunan, kerja-kerja yang patut disiapkan sengaja dilambat-lambatkan. Jika tuntutan dibayar sebahagian, maka kerja akan dilakukan sebahagian, dengan alasan mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja tanpa kewangan, seperti untuk membeli bahan dan juga upah pekerja. Pendek kata kerja-kerja berlaku agak slow dan tidak siap.
Akibat dari desakan masyarakat yang banyak menyumbang derma bagi dana Masjid Al-Umm yang mau tau mengapa Masjid Al-Umm hingga sekarang belum dapat dibuka dan mereka mau supaya masjid segera dibuka, maka pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan pengimarahan Masjid Al-Umm yang berlangsung pada Selasa 29.3.2016 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1437 dibincang alternatif bagi penggunaan Masjid Al-Umm ialah dengan mendapat dan menggunakan CPC (Certificate of Partial Completion)  dari pihak Arkitek Urusbina dengan persetujuan pihak kontrektor dan MPKj. Antara syaratnya bahawa bangunan Masjid Al-Umm hendaklah siap lebih dari 90%. Pada masa ini, menurut buku Laporan No. 27 yang diterbitkan pada  7 Mac 2016:
Kerja sebenar yang telah dilakukan ialah   95.95 peratus, ianya lewat 4.05%.
Dalam kata lain pada masa itu iaitu sejak awal 2016 lagi atau lebih awal dari itu Masjid Al-Umm sesungguhnya sudah boleh digunakan. Masalahnya maklumat ini tidak diketahui oleh Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm pada masa itu dan tiada keberanian di kalangan mereka itu.
Sesudah Masjid Al-Umm mendapat CPC pada 14.12.2017, pihak arkitek yang diungkapkan oleh   Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad berkata, ``Sebenarnya Masjid Al-Umm boleh digunakan sejak awal tahun 2016 lagi ! Laporan buku Kemajuan pembinaan Bil. 25 pada bulan Januari 2016 Masjid Al-Umm sudah 94% siap. Antara cadangan dibuat. Bagi menggunakan Masjid Al-Umm berdasarkan CPC yang harus diusahakan:
·         Guna kaedah (kelulusan) CPC untuk solat berjamaah sahaja.
·         Bersikap jimat cemat terutama dari segi perbelanjaan dan pembayaran
·         Tidak dibenar  melakukan sebarang tambahan bangunan
·         Siapkan kerja-kerja yang sedang dilakukan
·         Membayar tonggakan tuntutan
·         Tangguhkan projek yang tidak memerlukan pada kesegeraan
·         Gunakan aset yang ada di Masjid Al-Umm seperti sewakan Dewan Konvensyen, Dewan Seminar, bilik kuliah dan sebagainya yang boleh mendatangkan pulangan kewangan kepada Masjid Al-Umm.
Walaupun usaha untuk menggunakan Masjid Al-Umm telah dibincangkan sejak Mac 2016, tidak mudah walaupun untuk mendapat  CPC, ianya memakan masa. Sesungguhnya setahun sembilan bulan kemudian baru CPC didapati (14.12.2017), itupun tidak sunyi dari penentangan. Bahkan penentangan oleh pihak tertentu berlaku hingga ke hari ini. Ini adalah ujian proses Takmilah dari segi pembangunaan dan ke arah penggunaan Masjid Al-Umm.
Sekian.

1 comment: