April 30, 2018

TERUS BINCANG - PENYELARASAN DENGAN PEJABAT DAERAH



BBB, 13 Rajab 1439H. = 29 April 2018M. (Ahad):
Selepas lawatan Pengarah JAIS ke Masjid Al-Umm pada 6 April 2017 dan memberi tempoh dua minggu untuk mendapat CCC,  pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, tetap meneruskan usaha ke arah mendapatkan CCC. Misalnya pada  12 April 2017 bersamaan 15 Rajab 1438 diadakan Mesyuarat Penyelarasan antara  Pejabat Daerah  dan Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Mesyuarat berlangsung di Pejabat Masjid Al-Umm yang dihadiri oleh pihak ahli-ahli jawatankuasa, manakala pihak Pejabat Daerah di wakili oleh Puan Norazura Ketua Penolong Pegawai Daerah, Hulu Langat. Pertemuan membincangkan:
·         Kemajuan Pembinaan Masjid Al-Umm
Diberitahu bahawa kerja-kerja pembinaan adalah mencapai 98%, tetapi ada perkara-perkara yang belum diselesaikan. Misalnya air-cond. dan pemeriksaan bomba. Bomba tidak akan masuk selagi keperluannya tidak disempurkan. Misalnya air perlu kelulusan dari  Syabas, Tanpa kelulusan air, bomba tidak dapat meluluskan dari segi kebombaan.
·         Terus  dibincangkan berhubung dengan Perasmian Masjid Al-Umm oleh DYMM  Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Negeri Selangor pada 3 Jun 2017 bersamaan 6 Ramadhan 1438. Perkara yang dibincangkan ialah program dan aturcara yang akan berlangsung pada hari itu.
·         Perbincangan mengenai cadangan memohon dari pihak MPKj menyiapkan kawasan parkir, khususnya di bawah kawasan rentas TNB yang telah mendapat kelulusan dari TNB. Diharap juga pihak MPKj dapat membaiki jalan masuk ke Masjid.
·         Perbincangan juga mengenai testing and comissioning  seperti soal api, air, bomba dan sebagainya, kerana semuanya adalah merupakan pra-syarat bagi kelulusan bagi mendapat CCC, walaupun perkaa-perkara ini telah wujud, bahkan telah digunakan.
·         Perbincangan mengenai kewangan yang dijangkakan kos bagi keseluruhan  pada masa itu ialah
20.5 juta dan setakat ini telah dibelanjakan RM18 juta dan memerlukan tambahan  RM2.5 juta lagi. Turut dibincangkan kaedah-kaedah menambahkan dana.
      *      Meminta pihak Kontrektor  Tekad Nusantara Sdn. Bhd. terus memberi kerjasama di dalam     
             menyiapkan keperluan bagi mendapat CCC.
·         Kemajuan adalah berjalan lancar. Kini siap adalah 98% . Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja kontrek mengalami perubahan 62%. Ini bererti plan asal telah mengalami banyak perubahan yang dibuat di dalam mesyuarat. Ini bererti kerja-kerja kontrek juga mengalami perubahan. Akibat perubahan ini kos bagi pembinaan masjid juga mengalami perubahan. Misalnya kos asal bagi pembinaan masjid ialah RM10 juta, berubah kepada RM12 juta dan meningkat kepada RM15 juta, kemudian berubah kepada RM18 juta, berubah kepada RM20.5 juta, bahkan bertambah pada peringkat akhir kepada RM21.5 juta. Perubahan ini antaranya memeningkan pihak kontrektor yang merupakan salah satu sebab  pihak kontrektor mau mengundur diri, tetapi dapat dipujuk agar terus memberi kerjasama. Akibat dari perubahan yang banyak ini memberi implikasi kepada pihak arkitek yang terpaksa membuat pindaan. Dengan pindaan ini maka pihak kontrektor terpaksa mengangkatkan plan pindaan ini kepada MPKj. Akibat pemindaan ini juga meyebabkan kelewatan mendapat kelulusan CCC dari MPKj.
·         Pihak PAID ditugaskan menyiapkan bilik  VVIP dengan peruntukan yang telah disediakan (RM150 ribu). Paid juga dikehendaki menyediakan buku program/cenderahati, menyediakan Imam dan menguruskan mengenai bantuan faqir-miuskin.
·         Masih dibangkit dan dibincangkan keperluan penggunaan masjid secara terhad terlebih dahulu bagi latihan, mengenal pasti kekurangan dan memberi peluang bagi pembaikan. Perkara ini dibangkitkan, walaupun pendirian dari pihak JAIS dan Paid, tiada kopmpromi penggunaan, melainkan selepas mendapat CCC.
Demikianlah perbincangan diteruskan seolah-olah  program Perasmian Masjid Al-Umm akan  berlaku sebagaimana dirancangkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment