April 12, 2018

PENERANGAN KRPADA PENGERUSI-PENGERUSI SURAU



BBB,  24 Rajab 1439H. = 11 April 2018M. (Rabu):
Usaha mau gunakan Masjid Al-Umm pada Ramadhan 1437H. tidak berjaya. Mekanisme untuk memaklumkan kepada orang ramai `Tidak Jadi` penggunaan Masjid yang didesak mereka  itu adalah melalui pemberitahuan kepada pengerusi-pengerusi surau-surau  yang penduduknya bakal menjadi jama`ah di Masjid Al-Umm.
Pertemuan dengan pengerusi-pengerusi surau ini adalah bukan kali pertama. Sekurang-kurangnya sudah ada tiga pertemuan utama.
1)      Pengerusi-pengerusi surau atau wakil-wakil dijemput ke Surau Al-Umm, pada peringkat permulaan mengambil keputusan bagi membina Masjid Al-Umm, iaitu pada 4 Februari 2010. Sesungguhnya pengerusi-pengerusi dan wakil-wakil surau berjumlah 30 orang yang hadir inilah yang membuat keputusan untuk membina Masjid Al-Umm yang kini telah terbina.
2)      Pertemuan yang diadakan pada  17 November 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat sementara Masjid Al-Umm dengan 50 orang  pengerusi-pengerusi dan wakil-wakil surau-surau keliling Masjid Al-Umm hadir. Pada peringkat ini bangunan fizikal Masjid Al-Umm sudah hampir siap, bahkan antara bilik-biliknya sudah dapat digunakan bagi mesyuarat  (tingkat satu) dengan cara menggunakan split air-cond. Pada masa ini masjid kekurangan dana bagi meneruskan pembangunan. Antara tujuan pertemuan ialah untuk mendapat bantuan derma yang dapat disalurkan melalui surau-suirau dan masjid, di samping memberi  taklimat tentang perkembangan  pembinaan Masjid Al-Umm. Sesungguhnya sumbangan melalui surau-surau seperti Surau Al-Nur, Damai, Al-Ihsan – menyebut beberapa contoh dan Masjid Al-Hasanah banyak membantu menambahkan dana masjid Al-Umm. Pada hari itu pengerusi-pengerusi dan wakil-wakil dibawa melawat ke berbagai-bagai bahagian Masjid Al-Umm.
3)      Jemputan hari ini, iaitu pada 24 Mei 2016 (sebelum Ramadhan) ialah bagi menerangkan mengapa hasrat mau gunakan Masjid Al-Umm Ramadhan 1437H/Mei 2016 tidak dapat dilaksanakan.
Di dalam penerangan pengerusi-pengerusi surau dimaklumkan bahawa pihak ahli jawatankuasa telah melantik pegawai-pegawai masjid bagi menggunakan masjid dan penggunaan hanya melibatkan ruang solat utama sahaja. Peralatan-peralatan yang perlu juga telah disediakan, bahkan tarikh gotong royong  bagi membersihkan masjid telah ditentukan, iaitu pada 14 Mei 2016.
Mereka juga dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa telah memaklum dan memohon kelulusan dari pihak kontrektor (Tuan Haji Marzuki) dan pihak Arkitek (Ar. Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad) untuk menggunakan Masjid Al-Umm secara terhad. Namun pihak kontrektor dan arkitek memberi jawapan rasmi  `Tidak boleh digunakan`  melalui mesyuarat Teknikal pada 10 Mei 2015 dan juga melalui  Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm (Induk) pada 17 Mei 2016.
Tiada izin menggunakan Masjid pada tarikh yang dimohonkan, ialah kerana pembinaan Masjid Al-Umm adalah belum siap  (96% siap).
Pengerusi-Pengerusi Surau dan wakil-wakil diberitahu, tidak siapnya pembinaan oleh kerana kekurangan kewangan. Antara kerja-kerja yang siap dilakuklan tidak dapat dilunaskan pembayaran, Pihak surau-surau diharap dapat membantu menyalurkan bantuan kepada Masjid Al-Umm. Mereka diberitahu anggaran kos pembinaan Masjid Al-Umm  pada masa itu ialah RM18 juta.
Pengerusi-pengerusi surau atau wakil-wakil diberitahu bahawa:
Kutipan hingga April 2016  adalah sebanyak  RM14,684,781.43
Perbelanjaan hingga akhir April  sebanyak      RM14,389,922.54
Baki dalam bank adalah                                      RM      294,858.89
Manakala hutang yang belum berbayar ialah RM2juta. Satu juta merupakan pinjaman dari Tabung Birr al-Walidayn – keluarga Dato` Dr. Haron Din dan  Satu Juta hutang pembangunan. Mereka diberitahu bahawa Ahli Jawatankuasa masih mengharapkan kepada janji kerajaan Negeri Selangor dapat menunaikan RM6 juta ringgit yang telah dijanjikan.
Dalam keadaan sekarang, masjid akan meneruskan pungutan derma dan mengharapkan pengerusi-pengerusi dapat memaklumkan kepada jamaah dan ahli kariah dapat sama menderma bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung.
(Catatan keesokannya – 25.5.2016 pihak JAIS diketuai sdr. Azam bin Azmi   turun ke Masjid Al-Umm membincangkan  peruntukan Kerajaan Negeri yang dikurangkan kepada RM4 juta. Tetapi tiada penyelesaian.  Jumlah RM4 juta ini kemudiannya diserahkan oleh Dato` Seri Azmin Ali Dato` Menteri Besar Selangor kepada Masjid Al-Umm melalui Dato` Dr. Haron Din di Masjid Al-Hasanah pada 9.9.2016).
Sekian.

1 comment: