April 15, 2018

UJIAN TAKMILAH JIWA DAN KEIMANAN



BBB,  27 Rajab 1439H. = 14 April 2018M. (Sabtu):
Membina masjid ialah membina  `Rumah Allah`. Membinanya menuntut keikhlasan jiwa, keikhlasan adalah hasil dari keimanan. Keadaan yang sama seharusnya berlaku pada pembinaan Masjid Al-Umm  yang seharusnya mencerminkan nilai ini. Seharusnya jangan ada yang melibatkan diri dengan Masjid Al-Umm bertujuan untuk mendapat habuan kewangan misalnya. Namun sebagaimana dimaksudkan oleh Sabda Rasulullah, bahawa iman itu ada pecahan dan cabangnya (Abu Hurairah – Hadith Bukhari), maka ahli Jawatankuasa mendepani ujian sedemikian.
Kebenaran MAIS memberi Tauliah kepada 10 Jawatankuasa Pembinaan Masjid memungut derma bagi Masjid Al-Umm (MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/34) bertarikh 9 Februari 2012 menguji keikhlasan ahli jawatankuasa yang diberi izin memungut derma berkenaan.
Bagi mengukuh keikhlasan, maka dalam mesyuarat Bil. 7/2012 bertarikh 23 April 7/2012, ketika Tabung Masjid pada masa itu berbaki hanya RM13,700/= , mesyuarat bersetuju supaya 10 ahli jawatankuasa yang dilantik memungut derma Tabung Masjid Al-Umm `Tidak Dibenarkan Mengambil Komisyen` daripada hasil kutipan derma Tabung Masjid`.
Pemungutan berlaku dengan lancar sehingga pada 31 Disember 2013, jumlah derma terkumpul adalah RM2,641,102.35.
Sebagaimana iman dan keikhlasan turun naik yang dari segi kualiti Takmilah adalah juga turun naik. Berlaku perlanggaran terhadap keputusan di atas dan secara konsesi dibuat  keputusan bahawa terpulang kepada individu untuk mengambil atau tidak komisyendan jadi ada dua kelompok – kelompok yang mengambil komisyen dan yang tidak mengambil, berbagai hujah ditegakkan oleh yang mengambil komisyen. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kepada penerimaan dana dari Kerajaan Negeri Selangor pada 9 September 2016. Berlaku pertikaian, bahawa dana yang diberi kerajaan negeri tidak wajar diambil komisyen, ianya bukan usaha individu. Namun sebagaimana dikatakan ada dua kelompok tentang komisyen ini (2.5%), bahkan undi dibuat, maka  terpulanglah kepada yang mau mengambil atau tidak. Komisyen RM100,000 diambil oleh mereka yang mengambilnya.
Maklumat ini telah sampai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor DUN Bangi YB Ustaz Shafie Ngah. Beliau telah menulis surat bertarikh 7 November 2016 bersamaan 7 Safar 1438H. bertanya tentang antara ahli jawatankuasa yang mengambil komisyen wang dari kerajaan negeri untuk Masjid Al-Umm yang berjumlah RM4 juta itu.
Akibat dari surat ini pengerusi telah memanggil mesyuarat mengejut membincangkan surat yang diterima itu.
Dalam mesyuarat disamping ada yang tak setuju dan yang setuju, isu antaranya berubah kepada serangan dan kecaman terhadap surat dan ADUN itu sendiri.
Antara yang dibangkit, bahawa surat yang dihantar tidak ditandatangani oleh ADUN, sebaliknya oleh Setiauasaha Kerjanya dan dipersoalkan dari segi keikhlasannya. Dia juga dipersoalkan selama ini tidak mengambil tahu tentang Masjid Al-Umm, tiba-tiba muncul dengan isu dana RM4 juta berkenaan. Dikatakan sepatutnya ADUN berkenaan mengambil tahu, bahkan sama berusaha bagi mendapatkan dana bagi Masjid Al-Umm, bahkan dana RM4 juta adalah bukan dari usaha yang dilakukan.
Antara keputusan yang diambil, bahawa surat yang dihantar ADUN dianggap tidak sah, kerana tidak ditandatangan sendiri oleh ADUN berkenaan, lantaran itu surat berkenaan tidak perlu dijawab. Bagi yang mengambil komisyen mengambilnya dan sebahagian tidak bersetuju diambil.
Walau macam mana ianya mencerminkan tahap keikhlasan dan keimanan dan ianya menjadi model Takmilah kerohanian yang boleh diolah dan dikembangkan. Betapa di dalam membina masjid `Rumah Allah` seharusnya ianya dibina berasaskan taqwa dan meningkatkan kualiti rohani, tetapi isu yang timbul bukan saja melibatkan individu, tetapi melibatkan kredebiliti semua jawatankuasa berkenaan dan melihat pada bangunan terdiri tergenang kekeciwaan. Kita mengharapkan keampunan Tuhan dan menerima amalan dengan segala kekurangan.
Sekian.

1 comment:


  1. شركة تنظيف منازل بالجبيل افضل شركة خدمات منزلية بالجبيل نظافة شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشرات شركة تنظيف بالجبيل شركة المثالية هي افضل شركة نظافة بالجبيل والمنطقة الشرقية تقدم لعملائها افضل جودة وارخص الاسعار بالاضافة الي تقديم الخدمات من خلال عمالة مدربة وذات خبرة كبيرة بمجالات التنظيف ومكافحة الحشرات , فلا تتردد في الاتصال بشركة تنظيف بالجبيل للحصول علي كل ما هو مميز ولضمان الحصول علي منزل امن نظيف راقي خالي من المواد الضارة والميكروبات

    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة تنظيف بالجبيل

    ReplyDelete