June 4, 2018

PERATURAN-PERATURAN MASJID DAN SURAU



BBB, 18 Ramadhan 1439H. =  03 Jun 2018M. (Ahad):
Bermulanya fasa pengimarahan bagi Masjid Al-Umm ialah dari 16.12.2017 bersamaan 27 Rabi`ul-Akhir 1439H., iaitu hari diadakan sambutan Maulid al-Rasul s.a.w. Pengimarahan selain dari mengadakan sambutan Maulid al-Rasul, ialah dengan mendirikan solat-solat  waktu. Bagi melaksanakan pengimarahan perlu pada panduan peraturan, kerana pengendalian sebuah masjid atau surau melibatkan banyak perkara yang memerlukan panduan peraturan.
Masjid dan surau sebagaimana maklum adalah terletak di bawah pentadbiran Jabatan  Agama Islam  Selangor (JAIS), iaitu  di bawah Undang-Undang Negeri Selangor yang di bawahnya terdapat Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)  2003 – Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) 2017.
Sesungguhnya dalam membincangkan perkara yang melibatkan pengimarahan, jawatankuasa telah dibekal dan merujuk kepada Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau berkenaan, walaupun Masjid Al-Umm belum lagi berdaftar di bawah JAIS dan belum mempunyai Jawatankuasa Kariah. Di bawah peraturan:
Bahagian  I
Permulaan
Peraturan
1.       Nama  dan permulaan kuat kuasa
2.       Tafsiran
Bahagian II
Pegawai  Masjid
3.       Pegawai  Masjid
4.       Kelayakan Pegawai Masjid
5.       Perlantikan Pegawai Masjid
6.       Penamatan  perlantikan sebagai Pegawai Masjid
7.       Pembatalan perlantikan sebagai Pegawai Masjid
8.       Pengisian kekosongan Pegawai Masjid
9.       Perlantikan Pembantu Pegawai Masjid
10.   Tugas-tugas Nazir
11.   Tugas-tugas Imam
12.   Tugas-tugas Bilal
13.   Tugas-tugas Siak
Bahagian III
Jawatankuasa Kariah
Peraturan
14.   Penubuhan Jawatankuasa Kariah
15.   Keanggotaan Jawatankuasa Kariah
16.   Pemeriksa kira-kira
17.   Kelayakan, pelantikan, penamaan, pembatalan dan pengisian semula anggota Jawatankuasa Kariah dan Pemeriksa Kira-kira.
18.   Fungsi Jawatankuasa Kariah
19.   Tugas-tugas Timbalan Nazir
20.   Tugas-tugas Setiausaha
21.   Tugas-tugas Penolong Setiausaha
22.   Tugas-tugas Bendahari
23.   23. Tugas-tugas Penolong Bendahari
24.   Tugas-tugas Pemeriksa Kira-kira
25.   Tanggungjawab am Jawatankuasa Kariah
Bahagian IV
Jawatankuasa Surau  26 – 40).
Bahagian V
Penasihat, Penyelia dan Penyelaras Masjid atau Surau
41. Penaung, Penasihat dan Penyelaras Masjid atau Surau
42. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Surau
Bahagian V
Biro
43. Penubuhan biro
44. Ketua biro
45. Keanggotaan biro
46. Tempoh jawatan anggota biro
47. Penamatan perlantikan anggota biro
Bahagian VII
Mesyuarat Jawatankuasa Kariah atau Jawatankuasa Surau
Bahagian VIII
Kewangan
Bahagian  IX
Prosedur Tatatertib
Bahagian X
Pelbagai.
Demikianlah topik bagi peraturan-peraturan yang di bawah bagi setiap pecahan mempunyai huraian lanjut.
Bagi Masjid Al-Umm Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarah Masjid Al-Umm menjalankan sama pengimarahan sehingga masjid diserahkan kepada JAIS dan dilantik Ahli Jawatankuasa Pentadbir Sementara sehingga tiba masa pemilihan Jawatankuasa baru oleh ahli kariah.
Walau bagaimana sebagaimana telah disebut kakitangan Masjid al-Umm telah dilantik dan perjalanan masjid berjalan secara licin.
Sekian.

No comments:

Post a Comment