MEMPERLUASKAN POLITIK ISLAM DI SELANGOR
(Fikrah Bangi: 422),
BBB: 17 R.Akhir 1441H. = 14 Disember 2019M.
(Sabtu).
Sebagaimana disebutkan, bahawa sejarah
politik Islam sebelum 1999 di Selangor adalah lemah dan mendukacitakan. Sesiapa
yang bertanding atas tiket Parti Islam, maka bersedialah kalah, bahkan hilang
deposit.
Negeri Selangor adalah negeri maju dan
bersifat terbuka. Kalau negeri-negeri Melayu yang kuat dengan Islam seperti
Kelantan, Terengganu dan Kedah, kukuh dengan Islam, kerana banyak dengan
institusi-institusi pengajian secara tradisi dan di negeri-negeri ini politik
Islam kuat dan sering memerintah negeri itu.
Namun mulai 1999 berlaku perubahan oleh kerana beberapa sebab.
Antaranya berlaku kerjasama politik diantara
Pas, Parti Keadilan Rakyat dan Dap, Kompromi antara pemimpin seperti Dato` Fadhil
Noor Presiden Pas, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah (Anwar dalam tahanan) dan Lim
Kit Siang Pengerusi Dap membawakepada
penubuhan Pakatan Alternatif yang kemudian dikenali dengan Pakatan Rakyat.
Di Selangor pendekatan Islam, secara
intelektual berlaku melalui pengajian-pengajian tinggi di negeri itu seperti
Fakulti Islam UKM<, Akademi Islam Universiti Malaya, Universiti Islam
Antarabangsa, Kolej Islam Malaya, serta dengan gerakan-gerakan NGO Islam
seperti ABIM, PKPM, dan kalangan intelektual muslim yang bukan dari jenama
Islam, tetapi mendekati Islam secara intelektual membuka ruang kepada mereka
memahami Islam, secara intelektual. Di Selangor juga lahir
penerbitan-penerbitan yang menerbitkan buku-buku Islam yang memberi kefahaman
kepada orang ramai tentang Islam, maka politik Oslam mulai tidak asing bagi
mereka. Satu kelompok lagi ialah kalangan intlektual yang belajar di luar
negera yang mendekati Islam secara intelektual yang mau pol;itik Islam
diterjemahkan ke dalam kehidupan bernegara. Mulai dari masa itu jumlah masjid
dan surau bertambah seperti yang berlaku di Kajang- Bangi dan Hulu Langat.
Jama`ah makin ramai datang bagi beribadat dan mempelajari keilmuan Islam.
Dengan adanya faktor-faktor di atas
terutama kerjasama politik Pas dengan parti yang boleh bekerjasama dengannya,
mengubah pandangan yang bukan Islam terhadsap Isalam. Dai penerangan dan
kerjasama mereka boleh menyokong calom parti Islam, Penulis masih ingat semasa berklempen bagi
memenangi Dun Kajang, tokoh-tokoh Dap Kajang dan Semenyih amat menolong Penulis
di dalam kempen, di samping simpati terhadap Anwar Ibrahim memberi keuntungan
bagi Pas mendapat sokongan. Tanpa sokongan dari mereka jumlah pengunbdi Dun
Kajang 29,360 yng separuh sahaja pengundi Melayu, maka tidak mungkin Penulis
yang bertanding atas tiketr Pas memenangi DUN Kajang dengan majoriti 37 undi.
Perubahan dan sokongan pengundi Islam dan
bukan Islam, terutama orang Cina bukan saja berlaku di Kajang, tetapi pada
pilihanraya yang sama beberapa calon Pas di Selangor turut memenangi beberapa
Dun yang lain. Metreka ialah Dato` Dr. Hasan Ali di Sungai Burung, Ustaz Ismail
Kamus di Ampang dan Ustas Salehuddin Muhyi mmenangi DUN Sungai Besar.
Mulai 29 November 1999 Dewan Undangan
negeri di bawah BN mulai berubah. Terdapat suara pembangkang dari Pas dan Dap.
Bagi Pas melihat bahawa, Pas mempunyai
potensi untuk memperluaskan dirinya di Selangor dan di beberapa negeri lain di
Pantai Barat Semenanjung, bahkan kepada Sabah dan Sarawak.
Bagi ADUN Kajang mempunyai visi dan misi
bagi memperluaskan pengaruhnya di Hulu Langat, sebagaimana Adun-Adun Pas yang
lain bagi memperluaskan penagarah ke kawasan berhampiran, Adalah menjadi
harapan bahawa Pas ada kemungkinan memerintah negeri Selangor atau
sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang kuat.
Bagi
Dun Kajang mempunyai misi dan visi menguasai Hulu Langat baik pada peringkat
Dun maupun peringkat Parlimen.
Sekian