January 31, 2020

ERTI KEMENANGAN, BERMULA PERUBAHAN


ERTI KEMENANGAN: BERMULA PERUBAHAN
(Fikrah Bangi: 467),
BBB: 06  Jamadil Akhir 1441H. =31 Januari 2020M. (Juma`at).
Keputusan pilihanraya November 1999, tidak saja dimenangi oleh Pas di Kajang, tetapi turut sama dimenangi oleh 3 lagi Dun Pas, ialah di Sungai Burung yang ADUNNya ialah Dato` Dr. Hasan Ali, Ustaz Ismail Kamus di Ampang dan  Ustaz Salihin Muhyi di Sungai Besar. Cuma Kajang adalah satu-satunya DUN yang 50% Melayu dan 50% bukan  Melayu dimenangi Pas.Turut memenangi beberapa Dun oleh DAP yang diketuai oleh YB Teng Chang Khim dengan beberapa ADUN yang lain. Pada peringkat negeri Kelantan dan Terengganu dimenangi oleh Pas, manakala Pulau Pinang oleh DAP.
Dengan keputusan  pilihanraya 1999, walaupun tidak menggugat pemerintahan BN dari segi pemerintahan, tetapi berlaku perubahan yang jelas. Penulis berpendapat perubahan berlaku bermula dari 2000 (akhir 1999) bukannya dari 2018 oleh Pakatan Harapan, apa yang berlaku kini adalah lanjutan yang belum mantap dan akan berlaku lagi perubahan ke arah yang lebih mantap. Rakyat telah melakukan eksperiman dan akan mengubahsuai, mana yang dilihat tidak wajar.
Perubahan sebenarnya berlaku pada zaman akhir pemerintahan Dr. Mahathir pada penghujung bagi penggal pertama pemerintahanya. Ironinya Dr. Mahathir yang banyak membawa perubahan, maka pada penghujung penggal pertamanya berlaku `arus balik` mencanggahi zaman pemerintahannya. Dr Mahathir adalah watak utama pembawa perubahan dan kemajuan di Malaysia. Perubahan dari segi minda dan perubahan dari segi fizikal. Beliau mau perubahan yang dibawanya berjalan lancar dan tidak mau diguhat. Dengan dinamika ini kadang-kadang ia bertembung dengan watak yang dianggap selari dengan kemahuan pembawaan yang ditampilnya. Akibatnya ada yang terpaksa berundur seperti Dato` Musa Hitam dan Ghafar Baba. Pada akhir bagi penggal pemerintahannya  beliau bertembung dengan watak yang boleh mengganggu dinamika yang dibawanya dan watak ini juga tersingkir pada akhir penggal pertama pemerintahannya.
Malangnya watak tersingkir ini mendapat simpati yang tinggi dari masyarakat. Ini merupakan faktor yang pertama dan utama kepada perubahan  yang mula berlaku pada era 2000 yang membawa kepada pengundurannya pada 2003.
Faktor yang kedua pentingnya ialah yang membawa kepada bersatunya parti pembangkang kerana menentang BN pada aakhir dan awal 2000. Antara tujuan bagi membela Anwar dan Wan Azizah, menbawa kepada tersetus kreativiti politik yang membawa kepada kerjasama antara Pas, DAP dan Keadilan yang baru ditubuh 4 April 1999. Dari pakatan ini tertubuhnya Barisan Alternatif yang membawa kepada kemenangan BA di dalam pilihanraya 1999 yang mengurangkan majoriti BN di Parlimen.
Perubahan bermula di negeri Selangor, negeri yang maju dan negeri yang banyak menerima kemasukan penduduk dari negeri-negeri lain. Di sini merupakan pusat keilmuan yang ramai datang menuntut ilmu dan dengan keilmuan membawa kepada kesedaran dan mencetuskan perubahan. Di Selangor juga menjadi wadah perkembangan Islam secara intelektual dan ramai intelektual cenderung kepada Islam dan melibatkan diri sebagai agen perubahan, termasuk di dalam politik
Dapatlah dikatakan perubahan politik yang bukan BN adalah bermula di Selangor. Ia adalah bersifat multi rasial. Golongan intelektual mencanggah dengan suasana politik konservatif  (BN) yang dipegang dan diamal di Selangor. Pergolokan mula berkaku misalnya pada zaman Menteri Besar Muhammad Taib dan Abu Hassan yang benar-benar menerima tempias perubahan pada penghujung penggal pertama pemerintahan Dr. Mahathir.
Significant dari segi politik, bahawa berlaku kerjasama antara Pas dan Dap yang selama ini dianggap berseteru. Ini diperkukuhkan dengan Parti keadilan rakyat. Ini dapat dipelajari bahawa  atas kepentingan bersama parti yang dianggap bermusuh dapat berkerjasama. Sebenarnya dari segi dakwah berbaik adalah lebih bermanfaat dari bermusuh. Melalui kerjasama sebenarnya dapat dibendung elemen yang tidak disenangi di samping menggunakan sikap berbaik ini untuk berdakwah.
Kerjasama ini bukan setakat di dalam pilihanraya, tetapi juga di dalam pemerintahan berikutnya yang membawa kepada perkembangan  Varisan Alternatif kepada dimensi yang lebih luas..
Sekian.

January 30, 2020

DEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN


DEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN
(Fikrah Bangi: 466),
BBB:  05 Jamadil-Akhir 1441H. = 30 Januari 2020M. (Khamis).
Tugas melawat pusat-pusat mengundi DUN Kajang pada Isanin 29 November 1999 selesai pada jam 5.00 petang. Calon dihantar ke rumah solat dan rehat.
Selepas solat calon ke MTD Al-Mawaddah bagi mengikuti rombongan ke Dewan Orang Ramai,  Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)  tempat pengiraan undi dan mengumumkan keputusan. Di Dewan inilah  tempat pendaftaran calon – penerimaan dan penolakan. Bangunan ini kini sudah tidak ada. Ia dirobohkan bagi memberi laluan kepada Jalan MRT dari Sungai Buluh - Kajang. Sejak  sedekad yang lepas. Turut tiada dan telah dirobohkan ialah Pejabat Daerah Hulu Langat dan MPKj yang menggunakan satu bangunan sejak sekian lama. Bangunan MPKj didirikan di belakang bangunan Pejabat Daerah/MPKj yang lama – di belakang bangunan Polis Kajang.
Tapak  Pejabat Daerah lama/MPKj dirobohkan, dikatakan  pihak swasta mendapat pemilikan tanah itu dengan pertukaran, bahawa pihak swasta membina bangunan Pejabat Daerah di Bandar Baru Bangi yang digunakan sekitar 2005. Manakala MPKj berpindah ke bangunan baru, di belakang tapak lama, di belakang bangunan Polis Kajang. Kini tiada Dewan MPKj secara berasingan manakala Pejabat Daerah mempunyai dewan orang ramai di dalam kawasan tanah Pejabat Daerah di Bandar Baru Bangi.
Sebagaimana disebut pengiraan undi dan pengumuman keputusan dilakukan di Dewan Orang Ramai Lama MPKj berhampiran Stadium Kajang. Pada masa itu pengiraan undi tidak dilakukan pada pusat pembuangan undi sebagaimana kini yang keputusan secara tidak rasmi dappat tahu lebih awal. Pada tahun 1999 ini peti undi semuanya dibawa ke Dewan Orang Ramai MPKj, dan di sinilah semua undi itu dikira dan diumumkan selepas keputusan dipastikan.
Pada pilihanraya DUN Kajang ini, kedua pihak optimis, terutama MCA dari BN, kerana berdasarkan keputusan pilihanraya 1995 yang ditandingi oleh calon yang sama Choong Tow Chong, beliau mendapat 7,705 undi majoriti. Dalam satu pertembungan kempen beliau dengan calon Pas beliau  yakin menang dengan  menyatakan kepada calon Pas, bahawa beliau sudah terhidu kemenangan. Walau bagaimana penyokong dan calon Pas, walaupun sebelumnya tidak ditandingi oleh Pas, ada semacam harapan yang positif, lantaran itu mereka datang ke Dewan Orang Ramai. Biasanya jika tiada harapan pihak calon dari awal tidak akan datang. Cukup mengikutinya dari jauh.
Pengiraan undi pada malam 29 November itu agak tegang. Bilangan undi sebenarnya telah dibuat dan selesai sejak jam 10.00 malam lagi, tetapi pegawai-pegawai pilihanraya membuat rujukan kepada pihak Suruhanjaya, dikatakan pengiraan undi terpaksa dibuat berkali-kali untuk mempastikan keputusan. Keadaan menunggu dan resah  terutama antara kedua pihak MCA dan Pas berterusan sehingga jam 1.00 pagi, sedangkan keputusan tempat-tempat lain telah banyak diketahui. Akhirnya pada jam 1.15 pagi pihak Pengurus Pilihanraya memanggil kedua calon, tetapi calon Pas bagi DUN Kajang sahaja ke atas pentas.
Keputusan diumumkan pada jam 1.30 pagi 30 November 1999 sebagaimana berikut:
Jumlah pengundi DUN Kajang yang layak   mengundi ialah 29,360
Undi Pas (Dr. Shafie bin Abu Bakar)                                            10,922
Undi MCA (Choong Tow Chong )                                                  10,885
Majoriti ialah sebanyak                                                                        37
Keluar   keluar mengundi                                                              75.60   (21,807)
Undi rosak                                                                                        279    
Keputusan calon Pas DUN Kajang (Dr. Shafie Abu Bakar) memenangi pilihanraya DUN Kajang dengan majoriti 37 undi.
Sekian.                                                                                                     

January 29, 2020

MENERUSKAN KUNJUNGAN KE PUSAT MENGUNDI


MENERUSKAN KUNJUNGAN KE PUSAT MENGUNDI
(Fikrah Bangi:  465),
BBB:  04 Jamadil-Akhir 1441H. = 29 Januari 2020M. (Rabu).
Ziarah ke pusat-pusat mengundi pada hari mengundi, iaitu pada 29 November 1999 bermula pada paginya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, iaitu tempat calon dan isteri mengundi, selepas itu lawatan dibuat ke tempat yang paling jauh, iaitu kawasan Cheras termasuklah  dari Batu Lapan yang melibatkan Taman Mesra, Taman Sikamat dan hingga ke Batu sepuluh.
Selepas dari lawatan ke Cheras dan Batu Sepuluh,  calon  dan rombongan pengiring, berpatah balik ke Bandar Kajang.   Pertama ke Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih.calon dan keluarga tidak asing di sekolah ini , kerana pada peringkat permulaan Bandar Baru Bangi dibukla (November 1977)  tidak ada sekolah di sana, hinggalah pada pertengahan 1980an baru ada sekolah rendah Bandar Baru Bangi tempat calon  mengundi. Pada peringkat awal anak-anak calon semuanya bersekolah di Kajang. Dua daripada anak calon bersekolah di Sekolah Rendah, Jalanm Semenyih ini. Bahkan isteri calon bila bertukar dari Kuala Terengganu, ditempatkan mengajar di Sekolah Jalan Semenyih ini.
Daripada lawatan ke Pusat mengundi di Jalan Semenyih, calon bersama pengiring ke Pusat Mengundi yang juga jauh ialah ke Semenyih. Sebahagian dari Semenyih, iaitu Kg. Baru dan pasarnya termasuk di bawah DUN Kajang. Kawasan Kg. Baru ini kebanyakannya adalah pengundi Cina, dengan sebahagian daripadanya Meklayu – Kampung Perling. Cakon datang berkempen sebelumnya dengan membuka kaunter di Pasar Kampung Baru. Satu pasukan veteran Cina seramai 10 orang yang mengendalikan Pejabat DAP di Pekan Semenyih ini banyak membantu calon, bahkan Pejabat DAP yang agak lama bangunannya adalah sebagai pejabat  calon bila datang ke Semenyih. Kumpulan di sini diketuai En. Lee.. Mesranya mereka dengan calon hingga dibawa calon ke kebun buah-buahan mereka di Jalan Tekal. Hari mengundi di sini selain dari dibantu oleh Markas Pas Semenyih – Kedai di tengah bandar, turut dibantu oleh veteran-veteran DAP di sini.  Pendek kata kami amat mesra dengan penduduk di Semenyih, khususnya kumpulan veteran DAP di sini.
Selepas melawat ke Pusat Mengundi di Semenyih, calon dengan pengiring-pengiring pulang ke Ka Kajang dan melawat Pusay Mengundi di Kajang, iaitu di Sekolah Convent, Jalan Bukit. Sekoalh Convent juga tidak asing bagi calon dan keluarga, kerana sebelum isteri calon bertukar ke Sekolah Jalan Semenyih, maka isteri calon mula ditugaskan mengajar di sekolah Convent dan anak sulung (perempuan) calon adalah lulusan dari sekolah ini  sebelum berpeluang ke Matrikulasi dan menyambung pengajian di UKM dalam bidang biologi..
Setelah melawat pusat mengundi di Convent calon bergerak dengan pengiring-pengiring ke Pusat Mengundi di Sekolah di Jalan Bukit, berhampiran dengan  Station Keretapi Kajang. Dari Sekolah Jalan Bukit bergerak ke Pusat Mengundi di West Country – kawasan campuran penduduk India dan Melayu. Dari Pusat mengundi di sini (Sekolah Tamil) bergerak ke Bandar Baru Bangi, iaitu melawat Pusat Mengundi  di Sekolah Jalan 6 di sini, iaitu kawasan Melayu sepenuhnya. Dan lawatan ke Pusat Mengundi terakhir ialah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Seksyen Satu Bandar Baru Bangi bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, tempat terawal calon mengundi dan melawat.
Selepas lawatan ke Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, calon bergerak ke MTD di Al-Mawaddah dan pulang menunaikan solat. Pada sebelah petang calon dan pengiring ke luar bagi membuat lawatan kali kedua dengan melawat bermula ke Sekolah Convent, Sekolah Jalan Bukit dan West Country, ke Sekolah Jalan 6, Bandar Baru Bangi dan berikutnya ke Sekolah Rendah dan Menengah Bandar Baru Bangi.  
Walau bagaimana tidak semua Pusat Menmgundi dapat dibuat lawatan kali kedua, kerana tempoh masa mengundi tamat jam 5.00 petang.
Sekian.

January 28, 2020

HARI MENGUNDI


HARI MENGUNDI
(Fikrah Bangi: 464),
BBB:  03  Jamadil Akhir 1441H. = 28 Januari 2020M. (Selasa).
Hari ini Isnin 29 November 1999 bersamaan 21 Sha`ban 1420H. adalah hari mengundi seluruh negara. Hari penentuan nasib menang atau kalah bagi calon-calon yang bertanding.
Sebagaimana biasa  setiap pagi aku ke Surau Al-Umm menunaikan solat subuh berjama`ah dan mengikuti tazkirah. Aku dikawal berterusan oleh Unit Amal, lebih ketat pada pagi mengundi pada pagi ini.
Pada pagi ini aku berpakaian bush jacket, selepas makan pagi keluar bersama isteri ke Markas Al-Mawaddah – Markas yang memainkan peranan utama bagi kegiatan pilihanraya bagi DUN Kajang, di sini berlangsung seg ala kegiatan, pengaturan strategi dan penyusunan jadual yang dilakukan di MTD di sini. Bangunan ini tidak jauh dari Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi dan tidak jauh juga dari rumahku.
Dari Markas MTD Al-Mawaddah calom dan isteri  pada   pagi ini sebaik tiba waktu mengundi calon dan isteri  diarak oleh petugas-petugas dan penyokong-penyolong  ke Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi di Jalan Dua. Calon dan isteri adalah mengundi di sini. Sudah tentulah calon berjabat tangan dan bermesra dengan mereka yang datang mengundi. Petugas-petugas terutama di pondok panas dan di pondok Pas yang memberi khidmat dan maklumat mengundi kepada mereka yang datang  bertakbir dan mengangkat sepanduk dan mengebarkan bendera Pas yang berwarna hijau itu. Manakala pihak lawan  dari BN yang menyokong calon MCA juga beratur dan mengebarkan bendera BN yang berwarna biru itu. Suasana adalah meriah dan bersemangat. Adalah hak bagi calon masuk dengan izin pegawai pilihanraya untuk memerhati perjalanan mengundi, sambil melihat  pekerja-pekerja yang mewakili parti di dalam dewan mengundi.
Selepas  mengundi dan memerhati perjalanan mengundi di Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi, calon bergerak dengan diiringi penyong yang bertakbir keluar untuk melawat ke semua Pusat Mengundi seluruh DUN Kajang.. Pusat mengundi pertama selepas Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, ialah di di Batu Lapan, Jalan Cheras, Kajang. Tempat yang ramai penguni dan mempunyai cawangan yang aktif dan  banyak kegiatan dilakukan ialah Pusat Mengundi di Taman Mesra, iaitu di kompleks kedai  PKNS yang di sini adalah Pejabat PKNS terawal yang menguruskan pembangunan Bandar Baru Bangi. Di sini susana lebih meriah dengan postar dab sependuk dan  kegiatan penyokong-penyokong. Dari Taman Mesra calon diiringi penyokong-penyokong bergerak ke  Taman Sikamat, yang sama aktif markas dan MTD sebagaimana di Taman Mesra. Pusat mengundi adalah di Sekolah Kebangsaan Taman Sikamat. Baik di Taman Mesra dan juga Taman Sikamat adalah kawasan yang tinggi dengan pengundi Melayu dan merupakan kawasan yang kuat menyokong Pas. Kedua kawasan ini sering dilawati calon sebelum pilihanraya.
 Cuaca pada hari ini adalah baik, dan suasana makin panas, tetapi orang ramai bagai berpesta berpusu-pusu tiba. Calon mengambil kesempatan bertemu mereka dan bersalam  dan mengharapkan memberi sokongan.
Dari Taman Sikamat calon bergerak bersama pengiring-pengiring menuju ke Cheras Utara,  kawasan yang luas dan ramai dengan pengundi.. Ia melibatkan sempadan dengan bangunan Latihan Polis dan  dan Batu sepuluh. Kegiatan di sini diketuai Tuan Haji Ghazali Hassan. Beliau adalah ketua dan penggerak utama Pas di Cheras Utara dan Batu sepuluh.  Termasuk kawasan Cheras, ialah Taman Rakan – kawasan Melayu dan Sungai Long – kawasan China dan Taman (Bandar) Tun  Hussein Onn.
Pada waktu tengahati dan pengundi-pengundi sedang ramai keluar mengundi, maka dari Cheras Utara Calon bergerak untuk melawat pusat-pusat mengundi di Bandar Kajang.
Sekian.

January 27, 2020

MENDEPANI KEMUNGKINAN


MENDEPANI KEMUNGKINAN
(Fikrah Bangi: 463),
BBB:  02 Jamadil Akhir 1441H. = 27 Januari 2020M. (Isnin).
Tiba puncaknya dari kempen pilihanraya dan pada malam Isnin – esoknya 29 November 1999 ialah hari mengundi, hari penentuan kalah atau menang. Sejak terlibat dengan politik selepas dipilih sebagai Ketua Cawangan Jalan 1/3, BandarBaru Bangi pada 21 Mei 1999 hingga menjelang hari mengundi di atas, iaitu tempoh aku terlibat dalam politik kurang seminggu 6 bulan, bukan tidak terfikir, mengapa aku terlibat dengan politik.
Aku telah sebutkan bahawa terseret diriku menghadiri perhimpunan  politik pada  4 April 1999 kerana sama tidak menyenangi pilitik pemerintah pada masa itu yang dilambangkan oleh Shahnon Ahmad sebagai Shit itu. Kebencian mungkin tinggal kebencian ,  kalau aku tidak dipengaruhi oleh kawan-kawan sejama`ah di Surau Al-Umm seperti Tuan Haji Husin Junoh, Haji Ya`kob Mohd Nor, Sulaiman Sajilan, Haji Banhawi dan beberapa yang lain yang membawa kepada penubuhan cawangan Pas di Seksyen Satu di sini.
Setakat menjadi Ketua Cawangan, mungkin tidak mengubahkan situasi diri, juka tidak terseret kepada menjadi calon pilihanraya sebagaimana diumumkan oleh Ustaz Hasan Shukri PJ Selangor dan Setiausaha Agung Pas Pusat pada 18 November 1999 sebagai calon pilihanraya DUN Kajang.
Aku sedar dengan terlibat sebagai calon pilihanraya, banyak risiko yang aku mendepani. Antaranya:
Aku terpaksa menarik diri dari hasrat untuk menyambung kontrekku sebagai pensyarah di UKM, setelahj dua tahun sudah menjadi pensyarah kontrek. Ini berert berakhir jawatanku di UKM yang aku amat suka berada di UKM. Walau bagaimana aku diminta meneruskan tugas membimbing beberapa pelajar Ph. D, dan Sarjana yang aku menjadi penyelia sehingga mereka tamat.
Aku ter[aksa dan dikehendaki menarik diri dari Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu dan Sastera pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan yang aku mengetuinya sejak zaman Pengarahnya Tuan Haji Isa dan kemudian Tuan Haji Tarmizi yang aku begitu mesra dengan mereka.
Aku juga terpaksa dan dikehendaki menarik diri dari menjadi Panel Hadiah Sastera Malaysia yang aku menganggotainya sejak 1967 lagi.
Di dalam hati kecilku kuat berpendapat, bahawa kemungkinan kalah dalam pilihanraya adalah kemungkinan yang tinggi, kerana tiada sejarah Pas memenangi pilihanraya di negeri Selangor sebelum ini. Lagi pula Dun Kajang tidak pernah ditandingi Pas. Kerusi DUN Kajang biasanya bertukar antara Dap dan MCA. Kini Chong Tow Choong calon dari MCA bertanding bagi penggal kedua. Apakah kemampuan diri yang baru setengah tahun terlibat dengan politik dan Pas sendiri buat kali pertama bertanding di DUN Kajang.
Terbayang dalam minda, aku melibatkan diri dengan politik merosakkan sejarah diri, lebih-;lebih lagi jika kalah. Sebaik-baiknya aku meneruskan diri sebagai pensyaraha, karier yang mulia kerana bergiat di dalam bidang ilmu dan meneruskan diri di dalam bidang penulisan yang aku libatkan diri sejak 1960an lagi. Dengan terlibat dengan politik karierku dalam bidang keilmuan dan penulisan akan terganggu.
Walau bagaimana kerana telah melangkah di dalam politik, bahkanm dipilih menjadi calon Pas bagi DUN Kajang, maka komitmen yang telah dibuat mesti diteruskan Kerja keras telah dilakukan, khususnya selama seminggu berkempen. Aku amat berpuashati dengan kerjasama yang aku dapati.
Kerjasama dari Jawatankuasa Poas Hulu Langat dari Dr. Rusli Che` Mat, Dr. Hamirdin Isnim, Tuan Haji Yunin, Shukur Atan, Abdullah Acheh, khususnya pengiring-pengiring seperti HajiYa`cob Mohd Nur, Sulaiman Sajilan, Ahmad Sulaiman, Azemi Ahmad dan Azizi (baru) dan ramai  lagi. Pimpinan Persatuan Penduduk dan surau-surau amat memberi simpati.
Dari  DAP kita terhutang budi kepada Cikgu LeeKim Sim (Ngo), En. Yee, En. Lim dan satu kumpulan veteran Dap di Semenyih diketuai En. Lee dan ramai lagi, juga dari Keadilan  yang belum jelas kepimpinan di Kajang. Kita juga mendapat sokongan dari komuniti India di Bangi, Semenyih dan Kajang.
Dengan sokongan mereka kita meneruskan azam dan menjadi calon Pas bagi DUN Kajang yang hari mengundinya ialah pada 29 November 1999  – Isnin.
Sekian.

January 26, 2020

PECUTAN TERAKHIR SEBELUM HARI MENGUNDI


CUTAN TERAKHIR SEBELUM HARI MENGUNDI
(Fikrah Bangi: 462),
BBB:  01 Jamadil Akhir 1441H. = 26 Januari 2020M.  (Ahad).
Hari ini Ahad, 28 November 1999, ialah hari terakhir berkempen sebelum tibanya hari mengundi esok. Jadi hari ini adalah pecutan terakhir bagi kempen. Walaupun pada pagi kempen terakhir, pada setiap subuh aku tetap berada di Surau Al-Umm bersolat danmengikuti tazkirah. Keselamatanku dipantau oleh Unit Amal.
Pulang dari Surau Al-Umm ke MTD di Al-Mawaddah. Pagi ini akan diadakan gerakgempur terakhie di Pasar Kajang yang menjadi pusat berkempen. Garakgempur terdiri dan ahli-ahli Pas dari MTD Basngi dan cawangan-cawangan yang lain berhimpun di Pasar Kajang . Turut dibantu oleh  Keadilan  dan DAP Kajang. Di Pasar Kajang dibuka kaunter sebagai centre kegiatan.  Dari sini diselaraskan pengeluaran pamflit dan berbagai maklumat dan siaran. Calon pada pagi ini sejak pagi bergerak dari gerai ke gerai secara menyeluruh di Pasar Kajang. Usaha menemui peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung berterusan sehingga jam 10.30  pagi.  Pesanan  terakhir meminta semua pihak keluar mengundi dan diharap dapat mengundi Pas yang mewakili parti Alternatif di Kajang. Kempen biasanya tidak bertembung dengan kempen MCA yang calonnya ialah Chong Tow Choong.
Dari Pasar Kajang konvoi bergerak pulang ke Bangi dan menumpukan kempen di Pasar Bandar Baru Bangi, Peniaga dan pengunjung di Pasar Bandar Baru Bangi semuanya terdiri dari orang Melayu, maka kempen di sini tidak disertai DAP. Sebagaimana di Pasar Kajang, di Pasar Bandar Baru Bangi calon mengnjungi setiap warung di pasar dan menemui semua pengunjung yang datang ke Pasar Bandar Baru Bangi di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi dengan pesanan agar memberi undi kepada calon Pas.. Kempen di sini berterusan sehingga jam 12.00 tengahari.
Setelah mengunjungi Pasar Basah Bandar Baru Bangi, bergerak ke Cheras Batu 10, di sini terdapat dua jemputan kahwin, calon hadir ke dua-dua jemputan kahwin di sini dan mengambil kesempatan menemui orang ramai di Cheras yang datang khenduri kahwin di sini. Kempen di Cheras ini disertai AJK Pas Cheras dan ahi-ahli di sini. Bersolat zohor di surau di Cheras di sini dan bergerak pulang ke Pusat Gerakan di MTD Al-Mawaddah di Bangi.
Selepas solat Asar di MTD, al-Mawaddah, kumpulan keluar bergerak ke Taman Mesra, salah sebuah cawangan  yang aktif dan mempunyai  bilik gerajan  di bangunan di cawangan di sini. Di Taman Mesra ini temu janji dibuat menemui komuniti India di sini. Mereka adalah bekas pekerja di Estate Golden Hope yang mengharapkan diperjuangkan nasib mereka, terutama bagi mendapat tanah dari rumah dan pampasan terhadap mereka yang telah diberhentikan kerja, kerana syarikat plamtation berkenaan tidak lagi berfungsi, Berikutnya lawatan dibauat ke kawasan kediaman mereka dan berjanji perkara yang menjadi aduan mereka akan dibawa ke atas, khususnya jika pihak Pas mendapat kemenangan dalam pilihanraya esok.
Dari Taman Mesra rombongan bergerak ke Kajang Jaya, taman perumahan di sebelah kiri Jalan ke Semenyih. Di sini bertemu dengan pengundi-pengundi d Pekan Sari Kajang Jaya.
Dari Kajang Jaya, rombongan bergerak pulang ke Bandar Baru Bangi dan  singgah di Fasa Empat Tambahan dan bersolat di Surau . Turut didirikan solay hajat memohon pertolongan dari Ilahi. Surau di sini mempunyai hubungan yang baik dan calon mengajar di surau di sini yang pengerusinya antaranya Tuan Haji Zakaria.
Dari Empat Tambahan ke Pekan Sari West Country menemui peniaga-peniaga dan pengnjung-pengunjung pasar malam di sini..
Dari West Cauntry pulang ke MTD bagi mengatur lawatan ke pusat-pusat mengundi yang berlangsung mulai pagi esok,
Sekian.

January 25, 2020

KEMPEN HARI KETUJUH


KEMPEN HARI KE TUJUH
(Fikrah Bangi: 461),
BBB, 29 Jamadil-Awwal 1441H. = 25 Januari 2020M. (Sabtu).
Kempen hari ketujuh (Sabtu 27 Nobember 1999), iaitu tinggal sehari sahaja tempoh berkempen, maka kegiatan kempen bertambah rancak.
Pada  pagi berkonvoi ke Bukit Mewah, kawasan ini adalah kawasan multirasial. Namanya Bukit Mewah, kawasan ini kawasan elit yang tinggal di atas bukit yang dikenali dengan Bukit Mewah. Kawasan sasaran utama ialah sekitar kawasan kedai yang menjadi tumpuan orang ramai. Bahan-bahan yang diedarkan kepada penduduk ialah pamflit-pamflit  tentang komitmen calon jika terpilih. Masalah kebersihan antara isu yang dibangkitkan.
Selepas berkonvoi ke Bukit Mewah Kajang, kumpulan kembali ke Markas MTD dan pusat gerakan pilihanraya DUN Kajang, iaitu di AL-Mawaddah bagi mendapat bahan kempen.                         
Sebagaimana disebut, pada musim kempen ini, jemputan kahwin adalah penting yang memungkinkan calon bertemu dengan orang ramai. Pada tengahari ini ada jemputan kahwin berdekatan rumah calon dan berhampiran dengan Surau Al-Umm, lantaran itu selepas berkonvoi ke Bukit Mewah calon dan pengiring-pengiring ke jemputan kahwin jiran terdekat calon dan bertemu dengan orang ramai yang hadir ke jemputan kahwin berkenaan.
Selepas zohor calon diiring ke Sungai Jelok, kawasan yang berdekatan dengan Penjara Kajang. Tiba ke Sungai Jeluk calon menziarahi Persatuan Kelab  Sen Yee – Peratuan orang-orang Cina, di Jalan Mandeling, Kajang di sini, berbincang dengan ahli-ahli yang terdapat di kelab itu. Permasalahan yang sering berlaku baik di Sungai Jeluk dan Jalan Mandeling di sini, bahawa jika hujan lebat maka sungai Jeluk akan melempahj dan menenggelamkan rumah-rumah dan kedai.kedai. Kepada penduduk Sngai Jeluk, calon mencadangkan kelak kiranya dipilih akan dibawa aduan kepada pihak JPS dan juga MPKj agar memperluaskan laluan sungai Jeluk. Banjir di Sungai Jeluk juga memberi kesan berlakunya banjir di Bandar Kajang. Perkara ini diambil serius oleh pihak calon, maka sekiranya calon dipilih tindakan akan diambil agae sungai jelak yang melalui Bandar Kajang akan diperluaskan. Pada hari ini juga kaum Ibu di Sungai Jeluk menjalankan kempen dari rumah ke rumah, sedangkan calun bersama pengiring-pengiring  menumpukan kempen di kedai-kedai di Sungai Jeluk.
Selepas kempen di Sungai Jeluk valon dan rombongan bergerak pulang ke Markas MTD di Al-Mawaddah.
Selepas itu calon bersama pengirin-pengiring bergerak ke Surau Al-Falah di Jalan 6 Bandar Baru Bangi  dan bermesra dengan jama`ah, selepas menunaikan solat di  Surau Jalan enam (kini didirikan solat Juma`at), calon bergerak ke Surau al-Ehsan dan menjadi imam solat Isya` di Surau Al-Ehsan di sini dan bertemu dengan penduduk setempat.
Dari berjama`ah di Surau Al-Ehsan calun dan pengiring-pengiring bergerak di Jalan Reko, pada masa ini kedai makan rancak dengan pengunjung-pengunjung yang keluar makan, maka calon dan pengiring –pengiring menemui dan berkempen kepada  pengunjung-pengunjung  di kedai-kedai makan di Jalan Reko berkenaan.
Dengan kunjungan ke kedai-kedai perniagaan diJalan Reko, kempen berakhir bagi hari ke tujuh.
Sekian.

January 24, 2020

KEMPEN HARI KEENAM - MELAWAT BANYAK TEMPAT


KEMPEN HARI KEENAM –  MELAWAT BANYAK TEMPAT
(FIKRAH  Bangi: 460),
BBB:  28 Jamadil-Awwal1441`H. = 24 Januari 2020M. (Juma`at).
Dua hari sebelum hari mengubdi (Isnin 29 November  1999), maka dipertingkatkan kempen dengan mengunjungi sebanyak tempat yang dapat. Sebagaimana disebutkan bahawa pasar-pasar, termasuk pasaraya adalah menjadi tumpuan penduduk membeli belah.
Maka pagi ini setelah membuat persediaan rapi, maka tempat awal bagi berkempen pada hari ini ialah dua buah pasaraya (pasar moden). Satu daripadanya di Bangi dan satu lagi ialah di Kajang. Pasar di BBB ialah Pasaraya Econsave yang terletak di Jalan Reko ke kanan jalan masuk ke jalam melalui Empat Tambahan. Pasar ini sebenarnya baru dibuka, pada masa itu kedai-kedai masih dalam pembinaan dan belum banyak dibuka, tetapi pasar ini mengambil kesempatan membuka. Pasar ini terkenal dengan barangan harga murah, sebab itu  ramai yang datang mengunjunginya sebaik pasar dibuka (jam 10.00 pagi). Kami mempunyai hubungan baik dengan  pemilik dan peniaga di sini. Kami mendapat kebenaran menemui pengunjung pasaraya di sini.
Selepas menemui pengunjung di Pasaraya Econsave yang kebanyakannya dikunjungi oleh penduduk BBB kami bergerak ke Kajang. Pada masa ini bangunan tiga tingkat sebelah kanan PasarKajang adalah juga merupakan pasaraya yang dikenali Pasaraya Ocean. Pasaraya ini berkedudukan strategik, kerana berdekatan dengan Pasar Kajang. Orang ramai yang berkunjung ke Pasar Kajang berkesempatan berkunjung ke Pasaraya Ocean ini. Kami berkempen di pasaraya ini, terutama pada bahagian bawah tempat turun naiknya pengunjung.  Pasaraya ini walau bagaimana tidak panjang usia dan ditutup dan diganti dengan premis komersil yang lain – Antaranya Bank Islam.
Selepas berada di pasaraya di sini, termasuk juga sambil-sambil berkemen di Pasar Kajang, kami pulang pada tengahrinya  dan datang solat  Juma`at di Masjid Kajang. Di masjid ini calon berkesempatan menemui ama`ah serama yang mungkin = Ia merupakan kempen secara tidak langsung. Pulag dari solat Juma`at di Masjid Kajang , calon dan pengiring-pengiring kemudian ke Markas Al-Mawaddah.
Mulai dari jam 3.00 petang calon keluar lagi bersama pengiring-pengiring menuju ke Taman Teknologi -  jalan ke Semenyih. Bandar ini adalah bandar baru  dan masih kurang dari penduduk, namun kawasan ini termasuk di bawah Dun Kajang, sebab itu calon datang berkempen di sini. Calon mempunyai hubungan baik dengan pendudk di sini terutama melalui surau yang baru dibuka. Pengerusi surau di sini berasal dari BBB.
Selepas pertemuan dan kempen di Taman Teknologi, calon diiringi antaranya oleh ahli-ahli Dap ke Broga. Calon dimaklumkan di Broga yang ramai dengan penduduk Cina, sebahagian besar daripada mereka adalah mendaftar pengundi di Kajang. Sebab itu calon dibawa berjunpa dengan penduduk di Broga. Di sini terdapat kegiatan kalangan muda yang aktif, seorang daripadanya seorang wanita yang amat aktif dan memberi sokongan kepada calon. Sebenarnya banyak acara kempen dilakukan di Broga yang antaranya sempat dihadiri calon.
Selepas berkempen di Broga, calon diiringi pengiring-pengiring termasuk penyokong Dap dibawa ke Bandar Kajang. Di sini sekali lagi calon dibawa berkempen di Bandar Kajang oleh anggota-anggota Dap.                                                                                                                                                                                                              
Selepas solat maghrib di rumah, calon diiringi melawat dan berkempen dengan penduduk  di Jenaris yang termasuk dibawah DUN Kajang. Di sini terdapat sebuah surau yang aktif. Calon sering datang dan berjama`ah di surau ini. Pada malam ini ada acara sambutan dan ucapan-ucapan yang disampaikan oleh calon dan lain-lain. Jenaris yang berdekatan dengan Kantan Permai yang di sini juga calon mengajar di suraunya adalah kawasan yang kuat memberi sokongan kepada calon. Saudara Abdullah Aceh, Hj. Ghazali (Pengerusi Suarau Kantan Permai) dan Abdullah  (Unit Amal) Ketua Pengawal rumah calon adalah dari kawasan ini.
Selesai pertemuanm di Jenaris calon diiringi pulang dan singgah di Markas Jalan 6, Bandar Baru Bangi. Pas cawangan di sini sengaja sewa rumah di sini yang dijadiajn markas dan gerakan di sini. Selepas mengunjungi mereka yang sebok menyediakan bahan kempen pilihanraya  calon bergerakke destinasi terakhir  pada malam itu, iaitu ke Teras Jernang. Kawasan ini dianggap kawasan kuat dan kubu parti lawan =Umno, oleh terdapatnya beberapa tokoh penyokong Umno terkenal (belum dibangunkan Malaysian French  Institute – kini Uni KL Walau bagaimana berhampiran dengan Teras Jernang ini terdapat kawasan perkampungan Haji Hamid yang di sini terdapat markas dan m pusat tarbiyy ah yanbg kuat menyokong Pas.
Pertemuanm berlaku di Markas Tarbiah, Teras Jernang di sini.
Calon pulang selepas tengah malam.
Sekian.

January 23, 2020

KEMPEN HARI KELIMA


KEMPEN HARI KELIMA
(Fikrah Bangi: 459),
BBB: 27 Jamadil-Awwal 1441H. = 23 Januari 2020M. (Khamis).
Dalm tempoh seminggu kempen (20-29 November 1999), semua kawasan mengundi harus dilawati baik oleh calon dangan  gerakkerja yang lain seperti muslimat, pemuda dan sebagainya. L
Kalau perlu tempat penting perlu diulang pergi, begitu juga dengan tempat yang dirasakan tidak begitu berkesan dengan pemergian sebelumnya.
Pada  hari Khamis 25 November,  pada sebelah paginya , selepas jam 10.00 pagi calon besereta pengiring-pengiring ke Kajang. Tempat yang dituju ialah Pasaraya Metro Inn  yang terletak di bahagian tengah Bandar Kajang. Tempat ini merupakan tempat popular bagi masyarakat Kajang membeli belah. Jadi selepas pasar itu dibuka calon dan pengiring-pengiring berkempen di pasaraya berkenaa, iaitu dengan menemui pembeli-pembeli yang datang dan merayu undi dari mereka itu.
Selepas ke Metro Kajang, calon  pulang ke Markas al-Mawaddah di Bandar Baru Bangi Kemudian keluar ke Sungai Sikamat, markas terpenting di Kajang. Ia sebagai markas transit ke bahagian-bahagian yang lain. Dari Markas Sungai Sikamat, calon dan pengiring-pengiring bergerak di kawasan perumahan bekas pekerja-pekerja estet di kawasan pendalaman  dari Batu 8. Perkerja-pekerja  estet di sini dipindah selepas ladang getah dan kelapa sawit mereka digunakan tapak bagi pembangunan. Mereka di tempatkan secara sementara di bahagian dalam Batu 8 di sini. Mereka menuntut dari majikan pampasan dan perumahan tetap bagi mereka. Kita berjanji akan membawa masalah mereka kepada pihak Pengurus Ladang dan pihak kerajaan negeri.
Penempatan kaum India di sini adalah penempatan ketiga ramainya  oang-orang India. Dua tempat komuniti Indfia yang menjadi tempat kunjungan calon bagi mendekati orang India, ialah di Pekan Bangi. Mereka adalah pekerja-pekerja ladang di Bangi Lama  dan juga pekerja-pekerja kereta api. Tempat kedua penting ialah komuniti India yang tinggal di di West Country di Jalan Reko, Kajang. Mereka adalah bekas pekerja Ladang West Country dan mereka ditempatkan di sini. Pihak  PKNS membina projek perumahan kos rendah untuk mereka. Sebagaimana di Bangi Lama ada prokek perumahan sederhana bagi komuniti India.
Dari lawatan kepada komuniti India dekat Sungai Sikamat, calon pulang ke Markas al-Mawaddah dan pada malam diatur program ke Fasa 4, Bandar Baru Bangi bagi menemui masyarakat setempat. Fasa empat antara kawasan padat yang berjama`ah di Surau Al-Kauthar. Calon hadir ke sini selepas solat Isya`, tiba di sini calon disabotaj dengan mengatakan perhimpunan di sini tidak mendapat permit dari Polis. Lantaran itu calontidak dibenarkan berucap, sebaliknya majlis pertemuan terus diadakan dengan  beramah mesra dan makan minum di medan yang sering diadakan pertemuan di sini. Pertemuan di sini adalah pertemuan akhir di sini bagi hari ini. Selepas  bertemu dan bermesra dengan penduduk setempat calon bergerak pulang sekitar jam 11.-00 dan  ke Markas al-Mawaddah di Seksyen dua, Bandar Baru Bangi.
Selepas diberi taklimat bagi pergerakan pada hari keenam (Juma`at), calon dhantar kembali ke rumah.
Sevagaimana telah disebut calon adalah dikawal 24 jam, untuk mengelak dari sabotaj dan kemungkinan-kemungkinan yang lain.
Sekian.

January 22, 2020

MENEGAKKAN MARUAH




MENEGAKKAN MARUAH

Siri titik hitam berentetan
Adalah duka bangsa berterusan
Menggugat jiwa dan minda
Kehinaan.

Tadabburlah dengan sirah
Bahawa selepas kekuatan hilang
Maruah turut tergadai
Amat sukar memulihkan.

Saksikan  episod duka umat
Dengan siri manipulasi musuh
Satu persatu jatuh
Penuh kehinaan.

Persis sirah kini umat
Sedang berlaku pada bangsa
Adakah di kalangan kita Si Kitol
Bersama anak-anak
Bermaharaja  lela ?

Sebelum semuanya terlepas
Bangsa memerlukan Al-Fatih
 melakarkan gemilang sirah
menegakkan  keutuhan  maruah.

(Fikrah Bangi: 458).
26 Jamadil  Awwal 1441
22 Januari 2020.

January 21, 2020

HARI KEEMPAT KEMPEN LEBIH AGRESIF: LAWATAN PJ SELANGOR


HARI KEEMPAT KEMPEN LEBIH AGRESIF: LAWATAN PJ SELANGOR
(Fikrah Bangi:  457),
BBB: 25 Jamadil Awwal 1441H. =  21 Januari 2020M. (Selasa).
Pada hari ini kami berkempen  pada sebelah pagi  bermula disekitar masjid Kajang dan   sebelumnya minum  di warung di seberang jalan di sebelah masjid Kajang. Kami berhati-hati agar tidak membuat bayaran oleh calon yang merupakan kesalahan dari segi pilihanraya. Dari sini kami bergerak ke Pasar Kajang sebagai tempat pertemuan penting masyarakat dan berkempen di sini, iaitu dengan menyebarkan pamflit dan menemui peniaga-peniaga dan orang ramai dan meminta mereka mengundi calon Pas yang bertanding di Kajang.. Dari Pasar Kajang kami pulang ke Markas di Bandar  Baru Bangi
Selepas solat zohor program besar-besaran diatur iaitu turun mengadakan gerak gempur di Bandar Kajang. Semua pihak terdiri dari jentera Pas, Keadilan dan Dap turun bergerak di semua jalan dan lorong di Bandar Kajanf diziarahi dan menemui peniaga-peniaga di Bandar Kajang. Kempen memakan masa yang agak panjang, iaitu dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Kempen adalah bersifat menyeluruh yang terdari semua komponan parti Alternatif. Hasilnya kami amat berpuashati dengan  kerjasama yang dilakukan. Dalam kempen disertai penyokong-penyokong  orang Melayu, orang Cina dan juga India.
Pulang  dari Kajang rehat dan selepas solat Maghrib calon sekali lagi ke Kajang dan dari Kajang dibawa berkempen di Semenyih. Di Semenyih ini terdapat bilik gerakan teratur dan digunakan juga bagi berkempen bagi kawasan Kajang di sini, iaitu kawasan Kampung Baru Semenyih.- Termasuk beberapa kampung di belakang Balai Polis Semenyih. Semasa di Kampung Baru Semenyih ini calon diiringi sama oleh penyokong-penyokong dari kalangan veteran Cina yang calon sering melawat  mereka  di Pejabat Dap merupakan sebuah bangunan lama, tetapi diurus dengan baik oleh kumpulan veteran Cina ini yang ketuanya ialah Encik Lee
Selepas berkempen di Semenyih calon dan pengiring-pengiring segera pulang ke Bangi . Di Markas Mawaddah pada malam ini kami menerima pelawat secara mengejut. Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga merupakan Setiausaha Agung Pas Pusat datang membuat lawatan mengejut ke Markas Al-Mawaddah. Kehadiran Pesuruhjaya Pas Selamgor ini disambut secara beramai-ramai. Sudah tentulah kehadiran Ustaz Hasan Shukri ini bagi melihat perkembangan kempen dan gerakkerja yang dilakukan oleh Pas Kajang yang berpusat di sini. Ustaz Hasan Shukri diberi taklimat oleh Dr. Hamirdin Isnin yang merupakan Pengarah Pilihanraya bagu DUN Kajang, Sebagai maklumat bahawa pada masa itu Pejabat Pas Selangor adalah menumpang di Pejabat Pas Pusat di Melewar. Pas Selangor belum mempunyai ibu pejabat yang sepatutnya bertempat di Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Jadi kedatangan Ustaz Hasan Shukri adalah dari Pejabat Pas Selangor di Markas Pas Pusat di Melewar Gombak. Beliau hadirjuga atas kapasitinya sebagai Setiausaha  Agung Pas Pusat. Kehadiran Ustaz Hasan Shukri  bagi memberi semangat kepada pekerja-pekereja sukarela  yang bertungkus lumus berkempen untuk kejayaan Pas di Kajang.
Kempen pada hari ini adalah kempen terbesar dan bersifat menyeluruh. Ia meliputi kawasan Bangi, membawa ke kawasan Masjid Kajang dan ke Pasar Kajang  pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang tertumpu kepada seluruh Bandar Kajang yang disertai semua parti komponan di dalam Parti Alternatif. Manakala pada malamnya kempen tertumpu di kawasan Semenyih dan dari Semenyih pulang ke Markas  gerakan Pilihanraya di Al-Mawaddah Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi.
Lawatan yang dilakukan oleh Ustaz Hasan Shukri merupakan puncak dari kegiatan kempen bagi menyaksi dan menerima taklimat dari Pas Kajang, di Bangi.
Sekian.

January 20, 2020

KEMPEN HARI KETIGA - 23 NOVEMBER


KEMPEN HARI KETIGA – 23 NOVEMBER
(fikrah Bangi:  456),
BBB:  24  Jamadil Awwal 1441H. = 20 Januari 2020M. (Isnin).
Walaupun pada musim pilihanraya, jadual pagiku tidak berubah. Pada waktu subuh ke Surau Al-Umm, surau terawal di BBB. Di sini kami bersolat yang kadang-kadang aku sendiri menjadi imam dan ada jadual tazkirah seperti membaca Tafsir Fi Zilal al-Qur`an Syed Qutb. Kemudian diikuti rutin biasa keluar membeli akhbar hingga lima jenis akhbar. Jika  sebelumnya membuat sidang akhbar, biasanya diikuti oleh pemberita--pemberita akhbar Cina – Akhbar pemerintah seperti Utusan Melayu dan Berita Harian tidak mendapat tempat, Berita keluar dalam akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Nanyang Siang Pau dan  Sin Chew Jit Poh, maka bila berita keluar akhbar-akhbar berkenaan turut dibeli.
Pada masa aku menjadi calon pilihantaya Kajang, aku masih terikat dengan Jabatanku dulu di UKM. Pada pagi ini aku terikat dengan tugas yang telah dijadualkan sebelumnya, iaitu Viva pelajar ijazah lanjutan. Bila aku berhenti dari khidmat UKM aku masih mempunyai pelajar-pelajat Ph. D dan Master yang aku diminta meneruskan penyeliaan. Pagi ini aku dikehendaki menjalankan viva terhadap pelajar Ijazah Sarjana – Pelajarku Saudara Azhar Wahid, bersama pemeriksa Dr. Solehah Ishak – Ketua Jabatan Persuratan Melayu. Masa pagiku pada hari itu digunakan untuk Viva. Kini Dr. Azhar adalaha Pensyarah di UPSI.
Dari UKM pergi ke  Markas Mawaddah dan berjumpa dengan pengunjung-pengunjung dan penyokong rai kehadiran mereka. Mereka yang datang ini tentulah dari kalangan penyokong kita. Antara program selepas zohor ialah temujanji dengan Persatuan Peniaga-Peniaga dan Penjaja Cina di Pejabat mereka di Kajang. Dengan pengiring-pengiring kam,i ke pejabat mereka. Di Pejabat Mereka berhampiran dengan Sungai Chua, kami mengadakan dialog dan mendengar harapan mereka, agar kiranya kami menang, peluang peniaga-peniaga  dan penjaja ini dapat dibela dan diberi perhatian. Kami mengambil ingatan terhadap kemahuan mereka dan mengharapkan sokongan daripada mereka, sebagaimana harapan kami terhadap  pekedai-pekedai seluruh pekedai di Pekan Kajang yang telah kami lawati sebelum penamaan calon dengan penyertaan  seorang tokoh politik oang Cina.
Selepas berdialog dengan peniaga-peniaga dan penjaja Cina di Kajang, kami pulang ke Markas bagi meneruskan program seterusnya.
Salah satu pusat perniagaan penting yang baru tumbuh di BBB ialah perniagaan secara Pasarraya. Pasar raya pertama wujud di BBB ialah Pasaraya Warta yang bangunannya adalah di belakang Pejabat Daerah , Hulu Langat di BBB. Tempat ini paling popular dan ramai dikunjungi pengunjung bagi membeli belah. Acara kami pada petang ini ialah berkunjung dengan pengiring-pengiring bertemu dengan orang ramai, khususnya pengundi-pengundi pada tingkat pertama dan tingkat di atas. Kini Pasaraya Warta masih wujud, tetapi namanya telah ditukar kepada nama Pasaraya Giant.
Selepas solat maghrib pada petang itu aku dan rombongan ke Jalan Reko menghadiri `Ceramah Kelompok`, iaitu salah satu cara berkempen.  Seorang pemilik rumah atau premis menjemput orang ramai, khususnya jiran-jiran ke rumah atau premis dengan diadakan jamuan, penceramah dan calon dijemut dan memperkenalkan diri kepada hadirin dan berkenalan dan mengharapkan sokongan daripada mereka
Selepas menghadiri ceramah kelompok itu, aku dibawa berjumpa dengan penyokong-prnyokong  dan pengundi-pengundi  di Taman Tenaga, berhampiran dengan Hentian Kajang dan selepas itu bergerak ke Taman Melor, iaitu ke markas  yang di sini adalah  kuat dengan penyokomg-penyokong. Setelah itu bersama petugas-petugas di sini aku diiring pulang  ke rumah jam 12.30  malam.
Sekian.

January 19, 2020

KIMANIS MENGEJUTKAN !


KIMANIS MENGEJUTKAN !
(Fikrah Bangi:  455),
BBB:  23 Jamadil-Awwal 1441H= 19 Januari 2020M. (Ahad).
Penulis sebenarnya sejak dari awal tidak memberi perhatian pada pilihanraya kecil (18.1.2020) bagi Parlimen Kimanis, kerana menjangkakan pilihanraya itu dengan mudah dimenangi oleh Warisan di bawah pimpinan seorang wira yang membela dan memimpin Sabah yang berpihak pula dengan PH yang memerintah negara.
Namun keputusan pada malam tadi menunjukkan bahawa Umno yang diwakili calonnya  Datuk Mohamad Al-Amin (mendapat12,706)  mengalahkan calon bagi Parti Warisan Datuk Karim  (mendapat 10,677) dengan majoriti bertambah kepada  2029 berbanding dengan pilihanraya  ke 14 pada 9 Mei 2018 dengan majoriti hanya 156 undi menunjukkan  walaupun di bawah tekanan kuat dari PH dan Warisan, namun  rakyat menolak Warisan dan PH . Nampaknya  daripada 10 pilihanraya kecil dipertandingkan selepas pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018, BN menunjukkan prestasi yang memberangsangkan secara seturut pada peringkat mutakhir  Umno (BN) telah memenangi  5  kerusi  secara berturut.  Kerusi berkenaan ialah Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis. Sindrom Tanjung Piai, nampaknya  merentasi dari Semenanjung ke Sabah. Janji-janji yang dibuat kerajaan nampaknya tidak  memberi kesan kepada pengundi Kimanis. Sebaliknya rakyat makin memberi isyarat yang makin jelas, bahawa Kerajaan Warisan di Sabah tidaklah sebenarnya kukuh, demikian juga dengan kerajaan PH pada peringkat Persekutuan.
Apakah sebab sebenarnya rakayat menolak pendekatan PH dan juga Warisan ?
 Kita masih kekal berpendapat sebab utama  penolakan rakyat ialah kerana MARUAH ! yang tidak boleh dibeli dengan pembangunan dan pemberian yang bersifat material.
Jika dilihat kerusi-kerusi yang PH dan Warisan kalah ialah kawasan-kawasan yang majoriti adalah Melayu dan bumiputra. Tiada siapa dapat menafikan imej dan maruah Melayu dan bumiputra kini adalah merudum. Terbaru isu Maszlin Malik yang dimalukan dengan arahan meletakkan jawatan dari Menteri Pendidikan.
Apa yang dilihat pemimpin-pemimpin yang tidak amanah ialah Melayu dan bumiputra. Usaha mereka untuk mengumpulkan kekuatan agar tidak terus menuju kehancuran dilabelkan sebagai perkauman ! Ini terus diulang-ulang agar penyatuan sedemikian dipandang serong, bahkan salah ? Berpegang kepada Islam yang mengikat Melayu dan bumiputra dikelirukan dengan  dilabelkan sebagai extreme, bahkan istilah Islamiphobia itu seolah ditujukan kepada mereka. Di Semenanjung Umno dan BN kalah dan di Sabah Umno dan BN asalnya menang, tetapi dikalahkan dengan  cara lompatan ahli kepada Warisan. Maruah pemimpin-pemimpin Umno dan bumiputra di sana juga terhina.
Maruah Melayu dan bumiputra di Sabah ini nampaknya sama dirasai.. Inilah yang membawa kepada kesatuan pendirian antara pengundi-pengundi pilihanraya kecil di Camaron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan kini Kimanis. Mereka sudah menunjukkan kekuatan di 5 kerusi pilihanraya kecilsecara setutut. Ini isyarat kepada pilihanraya akan datang.
Apa yang menakut, bahkan membimbangkan, bahawa mereka dapat membaca secara tersirat program secara grand design  yang sedang diatur yang akan menggugatkan kedudukan Melayu dan bumiputra. Kini mereka sedang menyanggah grand design yang sedang diatur dan dilaksanakan. Sekiranya ada pilihanraya lagi, kita percaya sanggahan akan terus dilakukan sehingga tiba pilihanraya ke 15.
Semua pihak perlu sedar, masalah maruah adalah masalah yang besar yang tidak boleh dijual beli.
PH danm Warisan perlu menyedari kebimbangan yang dihadapi Melayu dan bumiputra di Negara ini.
Sekian.

January 18, 2020

HARI KEDUA BERKEMPEN


HARI KEDUA BERKEMPEN
(Fikrah Bangi: 454),
BBB:  22 Jamadil Awwal 1441H. = 18 Januari 2020-M. (Sabtu).
Hari kedua berkempen ialah pada hari Isnin 22 November 1999 bersamaan 14 Sya`ban 1420. Kempen biasanya berlaku pada sebelah petang ke malam, selepas penduduk pulang dari kerja. manakala  sebelah pagi lebih banyak membuat persediaan di UPU atau di cawangan untuk berkempen  pada sebelah petang ke malam. Aku pada setiap pagi sebagaimana biasa ke Surau Al-Umm berdekatan derngan rumah bersolat subuh  dan mengikuti tazkirah dan berikutnya membeli akhbar-akhbar harian., Selepas itu ke UPU dan bilik gerakan di Al-Mawaddah, mendapat taklimat dan persediaan pada sebelah petang.
Namun sebelum tengahari, aku ditemani Imam Kamaruddin dan beberapa lagi ke Kampus UKM, tempat biasa bagiku berkempen dan bertemu pegawai-pegawai  dan pekerja di Pusanika, tempat perhimpunan mahasiswa dan juga tempat membeli belah dan makan-makan. Selepas itu ke Pejabat di JPM dan FSKK, tempat kerjaku selama ini . Turut menziarah ke beberapa jabatan dan fakulti yang lain. Kebanyakan pegawai dan tenaga pengajar di UKM ini ialah mereka yang biasa dan kenalan. Ziarah adalah sebagai mengukuhkan hubungan dan mengharapka sokongan daripada mereka.
Pada sebelah petang, sesudah solat `Asar kami dan  pengiring-pengiring bergerak ke Pasar Petang juga malam di Jalan Reko. Pasar di sini di tepi deretam kedai ke kawasan perumahan. Pasat di sini sederhana besarnya. Pendudsuknya adalah multirasial yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India. Kebanyakan mereka mesra dengan kami dan banyak memberi sokongan. Kami menghabiskan masa sepetang di sini berinteraksi dengan penduduk yang keluar membeli di Pasar Petang dan malam di Jalan Reko ini. Pada petang ini juga kami menziarah, mangsa kebakaran di perumahan jalan reko berkenaan dan melahirkan simpati dan berjanji untuk membawa masalah mereka ke pihak berkenaan.
Selepas pulang mandi dan rehat sekejap, aku ke Markas Gerakan di Al-Mawaddah. Di Seksyen Dua Bandar Baru Bangi itu kami dan pengiring bergerak ke Kajang. Kami solat maghrib di surau  di Kampung Muhibbah, Kajang dan berinteraksi dengan para jama`ah di situ dan dari situ bererak bersama pengiring ke Saujana Impian, solat isyak bersama jama`ah dan baca Yasin bersama mereka mohon hidayah dan pertolongan dari Allah.  Kemudian berkejar ke Jalan 6 Bandar Baru Bangi bersama pekerja-pekerja yang membantu kempen bertempat di Marhas di situ.
Daripada Jalan 6 Bandar Baru Bangi ke Bukit Mewah, Kajang menyampaikan ceramah di situ bertempat di Dewan  Serbaguna di siti. Kawasan ini adalah kawasan multerasiall, kemudian dengan pengiring-pengiring berkejar ke UPU Cheras dan berceramah di sini. Kawasan ini mempunyai penyokong-penyokong yang kuat yang diketuai oleh Tuan Haji  Ghazali yang merupakan pemimpin setempat dan ketua cawangan Pas di sini. Di sini terdapatPejabat Pas yang kuat dan juga mempunyai UPU. Kawasan berdekatan dengan Masjid Kuning ini  tidaklah begitu mesra dengan kami. Tapi dikawasan  di sini terdapat sebuah pengajian Pondok. Antara yang tidak sealiran dengan pemimpin masjid, lebih ramai yang datang berjamaah di surau di Ponduk di sini.
Kami lebih mesra dengan jama`ah di pondok iini dan sebelum ini pernah ke sini berjamaah, bahkan berucap di sni
 Opleh kerana tempat ini lebih biasa dan mesra kami agak berlamaan bersama program di sini. Dari  Cheras Batu 10, kqmi bertolak pulang ke Bandar Baru Bangi dan singgah di Taman Seri Inran, Pemimpin di Sri Intan di sini tidak begitu mesra dengan Pas, tapi kita cuba mendekati mereka  melalui pimpinan taman berdekatan dengannya, iaitu Taman Melur, iaitu Tuan Haji  Abdul Aziz adalah penyokong kuat kita.
Dari Taman Seri Intan, kami bertolak pulang ke rumah dan tiba jam 2.00  pagi.
 Sekian.

January 17, 2020

KRONOLOGI KEMPEN MENJELANG HARI MENGUNDI


KRONOLOGI KEMPEN MENJELANG HARI MENGUNDI
(Fikrah Bangi: 453).
BBB: 21 Jamadil Awwal 1441H. = 17 Januari 2020M. (Juma`at).
Selepas penamaan calon pada Sabtu 20 November 1999, maka  bermulalah kempen  calon yang bertanding bagi pilihanraya, khususnya bagi Dun Kajang. Sebagaimana telah dibincangkan bahawa segala program telah diatur oleh parti dan segala kegiatan menurut jaduak yang disusun parti.  Infra-struktur parti digunakan sepenuhnya. Misalnya cawangan-cawangan  bergerak cergas dan calon  melalui cawangan-cawangan bergerak ke cawangan berdasarkan jadual yang diatur. Oleh kerana masa untuk berkempen, iaitu dari 20 November 1999 hingga  28 November 1999, iaitu sekadar seminggu – Mengundi pada 29 November 1999. Maka strategi kempen dan prioriti utama dilaksanakan, supaya tidak berlaku pembaziran masa.
Keselamatan calon diberi perhatian tinggi selepas mendaftar, kerana  boleh dilakukan sabotaj terhadapnya. Sebab itu segala pergerakannya dikawal, terutama oleh Unit Amal. Rumah calon juga dikawal oleh Unit Amal selama dua puluh empat jam dengan mempunyai shift dan giliran dengan sejumlah pengawal diketuai saudara Abdullah dan saudara Agus. Ini untuk mengelak dari misalnya dicolek, dari kemalangan dan berbagai sabotaj yang lain. Calon bergerak secara berkumpulan dalam berkempen./
Selepas pencalonan, maka pada malamnya dibawa bermesyuarat tentang pergerakan yang akan dilakukan. Solat Hajat dilakukan pada malamnya di Markas Al-Mawaddah yang menjadi markas Gerakan Pilihanraya, maka pada keesokan harinya, selain dari kempen kumpulan muslimin dan muslimat ke  lokasi-lokasi dan perumahan tertretu calon dibawa berkempen di Pasar Tani, dihadapan PKNS. Bangunan PKNS di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan kawasan itu masih kurang maju, maka untuk menarik pengunjung diadakan  Pasar Tani. (untuk beberapa masa sahaja, kemudian dihentikan). Calon pergi dengan iringan penyokong dan bercakap di pasar berkenaan memperkenalkan diri dan mengharapkan orang ramai memberi sokongan pada calon.
Selepas berkempen di Pasar Tani, PKNS calon dan pengiring-pengiring bergeraka ke Kajang menuju ke Markas di Sungai Sikamat. Markas di sini antara yang terbesar dan giat. Calon diarak dan disambut di markas itu dan berucap dihadapan orang ramai yang hadir Calon tidak bercakap panjang, sekadar memperkenalkan diri, apa yang akan dilakukan jika kemenangan diberi. Ucapan selanjutnya dilakukan pihak jemputan-jemputan yang lain yang meneruskan kempen.
Pada sebelah malamnya calon, selepas berihat dan solat maghib di Markas Al-Mawaddah Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi, keluar dengan diiringi pengiring-pengiring secara berkonvoi ke kawasan Surau al-Kauthar. Surau ini sejak didirikan amat aktif dan ramai dengan jama`ah, maka pada medan surau itu di tepi jalan diadakan majlis perkenalam calon dan ucapan ringkas disampaikannya. Selepas mengadakan pertemuan di kawasan Surau al-Kauthar dan solat Isya`, calon bergerak bersama-sama pengiring-pengiring ke  Kawasan 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, disambut oleh pihak jawatankuasa yang menganjurkan Majlis Pengenalan calon. Calon diberi slot ringkas untuk berucapa dan memperkenalkan diri, walaupun sebelumnya sudah dikenali. Majlis di sini agak sedikit panjang dengan adanya  dialog dan sedikit jamuan.
Selepas Majlis pengenalan calon di Seksyen 4 Tambahan berdekatan surau di situ, calon bergerak pulang ke rumah diiringi pengiring-pengiring dan berehat di rumah yang rumah berkenaan dikawal oleh pasukan Unit Amal.
Demikianlah pergerakan hari pertama kempen dengan banyak memberi tumpuan pada kawasan di Bandar Baru Bangi dan juga ke Kajang, iaitu di Markas di Sungai Sikamat, iaitu markas terpenting di Kajang.
Sekian.

January 16, 2020

MEMANTAPKAN KEMPEN


MEMANTAPKAN KEMPEN
(Fikrah Bangi: 452),
BBB:  20 Jamadil Awwal 1441H. = 16 Januari 2020M. (Khamis).
Tempoh misalnya sepuluh hari selepas penamaan calon misalnya tentulah tidak cukup  bagi sesebuah parti dan calon untuk berkempen. Sememangnya parti dan calon tidak seharusnya mengharapkan dalam tempoh tersebut dapat mengukuh parti dan memperkenalkan calon. Seharusnya sesebuah parti dan tokoh telah lama bekerja dan melakukan  kerja-kerja memantapkan parti dan mengukuhkan kedudukan calon. Calon terjun biasanya sukar untuk menang, apa lagi yang tidak berorganisasi dan tidak berperti. Kerja seharusnya diatur lama oleh parti yang dilakukan oleh markas dan cawangan-cawangan. Contoh calon bebas yang tidak berparti sukar untuk menang dalam pilihanraya.
Parti yang bertanding seharusnya sudah dikenali dan pestasi calon juga diketahui.. Sesungguhnya kekukuhan parti selain dari sudah dikenali. Parti berkenaan mempunyai infra-struktur yang mantap dan mempunyai  pemimpin dan pentadbiran yang teratur. Parti mempunyai cawangan-cawangan yang mempunyai jawatankuasa yang kuat bekerja di dalam memperkenalkan parti dan calon yang bertanding.
Bersama kekuatan parti calon berkenaan sewajarnya mempunyai dokongan NGO dan persatuan yang lain. Semasa kita hendak bertanding di Kajang, kita mempunyai hubungan dan sokongan yang baik dari NGO. Misalnya Cikgu Lee pemimpin NGO di Kajang banyak membimbing kita berhubung dengan kegiatan yang seharus dilakukan. Bagaimana mengadakan pertemuan,bahkan perhimpunan yang mendapat sokongan orang ramai. Beliau mengajar bagaimana membuat hubungan dengan pemberita-pemberita, isu-isu yang sesuai yang layak dibuat kenyataan akhbar dan bagaimana membuat kenyataan akhbar. Dari tunjuk ajar beliau hasilnya kita mempunyai hubungan yang baik dengan pemberita-pemberita  dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan selalu mendapat liputan. Hubungan yang baik perlu dilakukan dengan persatuan penduduk. Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, komuniti India di Kajang dan Pekan Bangi. Kita  menyertai peraytaan dan amalan-amalan budaya mereka seperti Tahun Baru Cina dan Perayaan Ponggal. Bagi mendekati orang Cina perlu mengunjungi premis-premis perniagaan mereka. Di Kajang misalnya melalui En. Yee Jawatankuasa DAP Kajang, kita dibawa menemui setiap peniaga di seluruh kedai Kajang dan Persatuan Peniaga mereka. Peniaga-peniaga tidak bermasalah dan menerima baik kedatangan kita.
Kunjugan yang penting yang harus dilakukan ialah ke pasar-pasar malam, pasar tani dan pasar-pasar moden. Menjelang pilihanyara semua tempat yang demikian menjadi tempat kunjungan bertanya khabar dengan pengunjung-pengunjung dan berterima kasih kepada pengendali pasar. Perlu bertanya masalah-masalah yang dihadapi mereka bagi tujuan untuk membawa masalah mereka untuk diselesaikan oleh pihak yang berwajib.
Bagi calon muslim seperti di Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan yang lain di Kajang, kunjungan ke masjid-masjid dan surau-surau  da nberjamaah dengan mereka adalah penting. Dengan demikian kita dapat berkenalan dengan jama`ah. Di dalam kehidupan masyarakat, seorang calon biasanya mendapat jemputan kahwin, maka peluang jemputan adalah digunakan, bukan saja bagi menunaikan jemputan, sebaliknya pada pertemuan dan kehadiran jemputanb-jemputan yang lain memberi peluang untukberkenalan dengan orang ramai. Perayaan-perayaan yang ada misalnya Hariraya `Idul Fitri,  Idul Adhha, Tahun Baru Cina dan sebagainya hendaklah disertai,  bahkan pihak parti wajar mengadakan sambutan dan membuat jemputan kepada orang ramai.
Di samping itu, wajar mengunjungi orang sakit dan bertanya khabar dan menyampaikan buah tangan. Kalau dapat memohon keizinan bagi menziarah hospital setempat dan m membuat kunjugan khusus
Sebenarnya berbagai cara dapat dilakukan bagi mendekati  untuk menemui masyarakat dan menjalankan kempen, terpulang kepada kreativiti pemimpin dan parti.
Sekian.

January 15, 2020

BERGERAK ATAS MEKANISME PARTI


BERGERAK ATAS MEKANISME PARTI
( Fikrah Bangi: 451),
BBB:  19 Jamadil Awwal 1441H. = 15 Januari 2020M. (Rabu).
Kekuatan sesebuah parti adalah bergantung kepada penyokong-penyokongnya.
Selain dari parti itu sendiri mempunyai ideologi dan tawaran yang menarik, ianya seharusnya mempunyai mekanisme yang dapat memperkukluhkan parti dan mendapat sokongan rakyat. Salah satu cara memperkasakan parti ialah dengan mewujudkan barisan kepimpinan dan badan parti dan cawangan-cawangan.
Pas adalah terkenal sebagai organisasi yang teratur dan mempunyai banyak cawangan  dan tenaga kerja yang mantap.  Pas mempunyai kepimpinan pihak paling atas dan mempunyai ibu pejabat pada peringkat  pusat yang terletak diibu negara. Jawatankuasa pusat mentadbir parti dari peringkat pusat. Di bawah dari peringkat pusat ialah pentadbiran peringkat negeri yang mempunyai jawatakuasa pada peringkat negeri dan pejabat pada peringkat negeri.
Bagi setiap negeri ada  kawasan-kawasan yang juga mempunyai jawatankuasa pada setiap kawasan. Kawasan biasanya menurut daerah bagi setiap negeri. Misalnya Daerah Hulu Langat, di Selangor. Bila aku dipilih menjadi calon, sebenarnya aku berterima kasih kepada pimpinan Daerah Hulu Langat, iaitu Dr. Che Rusli Che` Mat dan Jawatankuasa yang telah menyediakan infra-struktur parti yang aku dan  AJK menurut apa yang telah disediakan dan menambah serta  memperbaiki apa yang kurang.
Parti Pas di Hulu Langat sejak aku terlibat mulai dari 21 Mei 1999 mempunyai tadbiran daerah bertempat di  Markas Tarbiyyah al-Thaqafiyyah  di  Teras Jernang – kini termasuk di bawah kawasan Sepang.  Pas Hulu Langat pada masa itu sudah mempunyai cawangan dan markas cawangan. Cawangan-cawangan pada masa itu:
1)      Cawangan 1/3 berpejabat sementara di No/ 11. Jalan 1/3K, 43650 Bandar Baru Bangi.
2)      Markas Al-Mawaddah di Jalan Dua, Bandar Baru Bangi.
3)      Markas Batu 10, Taman Mesra, Kajang.
4)      Markas Taman Sikamat, Batu 12, Kajang.
5)      Markas Batu 10, Kajang.
6)      Markas Taman Rakan, Kajang
7)      Markas Pekan Bangi, Hulu Langat.
8)      Markas, Pekan Semenyih.
9)      Markas  Bukit Mewah, Kajang
10)   Markas Teras Jernang.
Markas-markas ini adalah merupakan cawangan-cawangan yang mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan kegiatan parti, mengadakan berbagai kegiatan bagi menarik sokongan penduduk setempat, kempen mendaftar mengundi  bagi yang belum mendaftar.
Selain daripada markas-markas di atas, ada infra-struktur parti yang lain seperti MTD, pasti-pasti yang menjalankan pendidkan bagi anak-anak penduduk setempat. Pas juga mempunyai unit amal dalam mana Hulu Langat juga mempunyai Unit Amal yang aktif – termasuk di Kajang dan banyak  kerja kebajikan  dan berbagai kegiatan dijalankan. Selain daripada itu Pas mempunyai Muslimat yang mempunyai bidang-bidang kegiatan. Begitu juga dengan Pemuda.
Semasa berkempen aku dan pembantu-pembantu dan dalam menjalankan kegiatan yang lain adalah bergerak melalui cawangan-cawangan berkenaan.
Pendek kata semasa aku menjadi calon, sudah ada infra-struktur parti secara teratur dan mempunyai tenaga dan kader-kader parti yang bertungkus lumus bekerja bagi mengukuhkan kedudukan Pas di Hulu Langat, khususnya Kajang.,
Di atas landasan inilah kami bergerak dan menjalankan kempen bagi memenangi – Insya Allah DUN Kajang.
Sekian.

January 14, 2020

MENDAFTAR CALON PILIHANRAYA


MENDAFTAR CALON PILIHANRAYA
(Fikrah Bangi: 450),
BBB{ 16 Jamadil Awwal 1441H. = 14 Januari 2020M. (Selasa).
Saelepas pembubaran parlimen  pada 29.11. 1999 dan pemilihan parti untuk calon bagi pertandingan  pada 18.11. 1999 di Taman Melewar yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Setiausaha Agung Pas Pusat –  Ustaz Hasan Shukri, maka  tarikh dan peristiwa yang penting selepas itu ialah pendaftaran calon yang akan bertanding dalam pilihanraya – Iaitu Hari Mengundi ialah pada 29.11.1999. Sebagaimana dimaklumkan bahawa mereka yang bertanding bagi Parti  Alternatif, termasuk Pas di Hulu Langat pada peringkat Perlimen ialah Dr. Mohd. Nor Nawawi dari Keadilan, manakala tiga DUN di bawahnya ialah:
1)      Dr. Shafie bin Abu Bakar bagi DUN Kajang,
2)      Cikgu Fadhil  bagi DUN Dusun Tua, dan
3)      Tuan Haji Zainuddin bin Lampus bagi Dun Beranang
Perkara yang penting bagi pencalonan ialah mengambil borang bagi pencallonan – Borang berwarna merah jambu, dari Pejabat Daerah, Hulu Langat. Borang berkenaan perlu diisi dengan sempurna dan tepat, jika tidak, misalnya berlaku kesilapan atau tertinggal butir-butir penting tidak sempurna, maka ianya terbuka untuk dibantah oleh lawan, pada hari pencalonan. Sebab itu borang yang dibeli dari Pejabat Daerah ini diisi dengan teliti oleh calon dan dibantu oleh jawatankuasa dan jika perlu oleh lawyer. Borang yang diisi ini disemak berulang kali oleh calon dan berbagai pihak seperti saksi dan jawatankuasa parti hingga pasti tidak berlaku kesalahan. Tidak teliti mengisi borang menyebabkan calon ditolak dan pihak lawan boleh menang tanpa bertanding. Dengan aturan ketat ini sememang ada calon yang ditolak (kini lebih mudah).  
Hari penamaan calon adalah hari penting dalam mana calon akan diarak dan diiringi oleh penyokong-penyokong dari berbagai cawangan dan orang ramai yang menyokong.
Pada hari pendaftaran calon pada 20.11.1999 adalah dilakukan di Dewan Bandaran Kajang dekat dengan Stadium Kajang (kini bangunan ini sudah tiada) Penyokong-penyokong parti Pas dan Alternatif telah membuat keputusan lebih awal untuk bergerak dari medan Masjid Kajang, beratur membawa sepanduk menuju ke Dewan, dari medan masjid menyusuri jalan – menyeberang ke jalan yang sebelah kanannya bangunan pemancar Radio Malaysia. Pada pagi itu penuh kawasan dengan penyokong mengarak  calon-calon ke Bangunan Dewan MPKj. Aku pada hari itu memakai baju Melayu berwarna hijau dan berkopiah putih diiringi kumpulan seraya bertakbira dan juga menyanyikan lagu-lagu bersemangat sebagai memberi sokongan dan kekuatan jiwa dan mental kepada calon, sambil menunggu waktu mendaftar.
Manakala pihak calon BN bagi peringkat parlimen Hulu Langat dan juga ketiga-tiga Dun bergerak dari kanan yang pada seberang jalan (Jalan Tukang) ialah Pejabat Umno di sebelah kiri dan Pejabat MCA sebe;ah kanan , tepi sungai tidak jauh dari situ. Mereka sebenarnya merasa konfiden untuk menang, kerana tiada dalam tradisi sejarah di Hulu Langat, parti lain dari BN memenangi pilihanraya. Bahkan Penulis pernah bertembung dengan calom MCA yang bertanding di DUN Kajang Chow Tow Choong, pernah berkata di   depasn Penulis sebagai calon Pas bagi DUN Kajang, bahawa dia berkata, ``Dia berbau kemenangan`, dengan penuh keyakinan di kawasan kajang yang 50% pengundi Melayu dan 50%  Cina dan lain-lain kaum.
Peroses pencalonan pada hari itu  adalah berjalan lancar dan tiada berlaku penolakan. Semua pihak berpuashati dengan proses pencalonan yang berlaku dangam a masing-masing  bergerak  bagi mendepani tugas yang paling penting, iaitu berkempen bagi mempastikan kemenangan calon-calon masing-masing.
Sekian.