September 13, 2017

BERBAGAI PENDAPAT AL-SHIBLI MENARIK DIRENUNGKAN


BBB, 21 Dzul-Hijjah 1438H. = 12 September 2017M. (Selasa):
Nama bagi Abu Bakar al-Shibli ialah Dulaf dan dipanggil Ibn Juhdar, dipanggil juga Ibn Ja`far dan dikatakan namanya Ja`far bin Yunus. Nama ini dikatakan tertulis pada kuburnya.
Dia berasal dari Khurasan, terdidik  di Baghdad  yang menjadi tempat kelahirannya. Menurut  Al-Hujwiri, dia asalnya adalah ketua pegawai Istana khalifah. Dia bertaubat pada majlis Khair al-Nassaj dan bersahabat dengan Al-Junayd. Dia dikira seorang shaykh berkedudukan di kalangan shaykh-shaykh pada zamannya. Seorang yang alim dan seorang faqih mengikut Madzhab Imam Malik. Hidup sehingga berumur 87 tahun dan meninggal pada tahun 334H. dan dikebumikan di perkuburan Al-Habazran, Baghdad. Dia menulis Hadith dan meriwayatkan.
Dia dikatakan kuat bermujahadah dan  dicatat berkata:
``Siapa  yang mengenal kaum,, apa yang engkau jangka dengan ilmu, maka  ilmu `ulama` ia merupakan tohmah.``
Katanya lagi: ``Tiap-tiap kawan yang tiada baginya kemuliaan, maka ia adalah pendustaan.``
Antara Hadith yang diriwayatkan:
Bercakap kepada kami `Abdul Wahid bin al- `Abbas, bercakap kepada kami`Ali bin al-Jamal berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Shibli berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Mahdi, al-Mis*ri, bercakap kepadakami  `Amru bin Abi Salmah, bercakap kepada kami S*adaqah bin `Abdullah daripada T*alhah bin Zaid daripada Abi Farwah al-Zahawi, daripada `At*a` daripada Abi Sa`id berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Bilal  bermaksud:
``Allah rapat dengan orang faqir dan tidak menemui orang kaya, maka katanya, ``Ya Rasulallah, bagaimana aku dengan yang demikian ? Maka sabda Baginda, apa yang disoal engkau jangan tegah, dan apa yang direzekikan engkau janganlah terpesoma, katanya ``Ya Rasulallah, bagaimana dengan diriku yang demikian ? Maka sabda Baginda, ``Dia adalah sedemikian, kalau tidak maka adalah neraka.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah al-Harawi berkata,, aku mendengar Al-Shibli berkata, dikatakan baginya bahawa Aba Turab menyebut bahawa dia lapar di sebuah kawasan, maka kemudian di seluruh kawasan itu makanan, maka katanya, ``Hamba dikasihani, dia sampai kepada tahap tahqiq seperti sebagaimnana  dikata ``Aku berterusan bersama Tuhanku yang Dia memberi makan dan minum kepadaku.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar `Umar al-Muzawwaq berkata, aku mendengar Al-Shibli disoal tentang, menepati janji, maka katanya, ``Ia adalah ikhlas dengan percakapan dan menenggelamkan segala rahsia dengan kebenaran.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tasawuf adalah pengawalan panca indera engkau dan menjaga nafas-nafas engkau.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid berkata,  aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tasawuf adalah mesra dan berlembut.``
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi berkata, ``Aku pada satu masa di suatu hari berada di halaqah Al-Shibli. Maka dia menangis dan tidak bercakap, maka berkata seorang lelaki, ``Wahai Aba Bakr, ``Adakah tangisan seluruhnya ?  Maka dia bernasyid:
Apabila engka u mengumpat atau mereka mengupatnya
Mengadu tentang perbuatanku dan membilang kejahatannya
Adakah orang sepanjang marah dan menghinaku
Apakah yang lebih baik hariku dari kehidupanku ?
Aku mendengar Aba Sa`id al-Razi berkata, aku mendengar Al-Shibli disoal tentang zuhud, maka katanya, ``Mengubah hati dari sesuatu kepada  Tuhan bagi sesuatu.``
Aku mendengar Aba Sa`id al-Razi berkata, berkata seorang lelaki kepada Al-Sahibli, ``Doakanlah kepada Allah untukku, maka dia berpuisi:
Berlalu zaman manusia berterusan minta dariku shafa`at
Adakah aku, malam dan siang layak memohon shafa`at ?
Aku mendengarnya  berkata, dikatakan kepada Al-Shibli,
``Aku melihat badan engkau kurus kelihatan ? Adakah kecintaan menyebabkan. Lalu dia berpuisi:
Aku kasihkan hatiku, dan tidak diketahui tubuhku
Kalau dia mengetahui tidak aku menjadi begitu.
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Ja`fari berkata, aku mendengar setengah shaykh  berkata, aku mendengar Ibrahim bin Z*arif berkata, berkata Al-Junayd kepada Al-Shibli,
``Jikalau engkau kembalikan perkara engkau kepada Allah  nescaya engkau rehat !
Maka berkata Al-Shibli, ``Wahai Aba al-Qasim, ``Kalau Allah mengembalikan hal engkau kepada engkau nescaya engkau rehat !``
Maka kata Al-Junayd, ``Pedang  Shibli menitis darah !``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-Baghdadi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Lalai sekejip mata daripada Allah – bagi ahli ma`rifat, adalah syirik dengan Allah.``
Dan dengan sanad  yang sama katanya, aku mendengar Shibli berkata,
``Siapa yang mengenal Allah, dia tidak risau selama-lamanya.``
Demikianlah antara pendapat Shibli yang menarik untuk direnungkan.

Sekian.

September 12, 2017

ABU BAKAR AL-WASIT*I : ANTARA PENDAPATNYA SUKAR


BBB, 20 Dzul-Hijjah 1438H. = 11 September 2017M. (Isnin):
Abu Bakar al-Was*iti, nama lengkapnya ialah Muhammad bin Musa, Dia berasal daripada Farghanah, lantaran itu beliau juga dikenali sebagai Ibn al-Farghanah. Beliau adalah salah seorang dari kalangan murid awal Al-Junayd. Antaranya bersahabat dengan Abu Husain al-Nuri. Dia dikenali sebagai pemimpin shaykh kaum. Dia juga terkenal sebagai tokoh theosophic. Dia juga mendalam dalam bidang tasawuf, bahkan menurut Al-Sulami, tiada seorang yang bercakap tentang tasawuf sebagaimana dicakapkan oleh Al-Wasit*i. Selain dari mendalam bidang usul dan thesophic, beliau juga alim dengan ilmu-ilmu zahir.
Dia masuk ke Khurasan dan menetap di Kurah, Marwi. Dan meninggal di sana pada tahun 320H. Kegiatannya ketara di Kurah, Khurasan dan menurut Al-Sulami, tiada  kesannya di `Iraq, kerana waktu ia behijrah dari `Iraq beliau masih muda.
Menurut Al-Hujwiri, ``Kata-kata Al-Wasiti, dianggap sukar difahami.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Wa`iz*, berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Musa Ibn al-Farghani al-Wasit*i berkata:
``Shahid yang engkau menyaksi kebenaran kepada engkau, dan engkau tidak menyaksinya dengan mushahadah engkau baginya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata,
``Dibalakan  dengan zaman yang tidak ada padanya adab-adab Islam dan padanya adab-adab jahiliyyah dan tiada padanya muru`ah.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Yang kena tawan ada beberapa cara.
Yang ditawan oleh nafsu dan syahwatnya. Dan ditawan oleh syaitan dan hawa nafsunya, dan ditawan oleh yang tidak memberi makna baginya, secara lafaz*nya atau secara lahz*ah, iaitu orang-orang fasiq. Selama bagi penyaksian ada kesan. Dimaksud bagi hati ialah lintasan (khat*ar). Dia  terlindung dan jauh dari dari`ayn hakikat dan tidak dibahagi oleh pembahagi-pembahagi, dan tidak zahid oleh yang berzahid melainmkan bagi besarnya sifat-sifat yang datang di dalam rahsia-rahsia mereka itu. Siapa yang berpaling darinya secara beradab, atau membahagikan secara sebahagian, maka dia adalah yang benar dari segi kewarakan,. Dan bijaksana dari segi adabnya.``
Katanya, dia berkata, ``Yang paling faqir di kalangan fuqara` ialah orang yang menutup kebenaran, hakikat haknya daripadanya.
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Cinta mewajibkan shauq, dan shauq mewajibkan uns. Siapa yang hilang shauq dan uns, maka ketahuilah dia bukan orang yang bercinta.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Bagaimana dilihat kelebihan itu kelebihan oleh orang yang tidak aman dari tipu daya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Orang yang mengesakan tidak melihat berterusan RububiyyahNya, dengan rasa `ubudiyyah semata-mata, padanya berlaku  berbagai taqdir dan berbagai pengajaran yang berpelbagaian.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Takut dan harap dua tali kekang yang mengawal daripada adab yang keji.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Wasit*i berkata,
``Takut adalah hijab antara hamba dengan Allah Ta`ala, dan takut adalah membimbangkan. Dalam raja` ada semacam ketamakan, kalau takut ada semacam kejauhan dan jika engkau mengharap ada semacam kemungkinan mendapat.``
Katanya berkata Al-Wasit*i, ``Siapa  yang berkeadaan dengan hal, dia bergerak dengan keyakinan tauhid, siapa yang terputus dia adalah terputus, siapa yang sampai dialah yang sampai. Dan pada hakikatnya tidak ada pemutusan dan penyampaian, sebab itu dikatakan:
Tidak ada yang terputus dari kita
Tetapi  menetap dan menghalang masa.
Mendengar `Abdul Wahid bin `Ali al-Naisaburi berkata, aku mendengar al-`Abbas al-Sayyari berkata, ``aku mendengar Ab Bakr al-Wasit*i berkata,
`` Kejadian berlaku dengan sebab-sebab tertentu, dan waktu-waktu dimaklumi, mendepaninya adalah rahsia-rahsia terpelihara.``
Aku mendengar al-Shaykh Aba  `Abdillah al-Hadhrami  al-Faqih berkata, aku mendengar  Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Wasit*i berkata,
``Mereka yang berdzikir dengan dzikirnya lebih lalai daripada orang yang pelupa bagi dzikirnya, kerana dzikirnya bersamaan.``
Aku mendengar Aba Ahmad al-Hasnuwai berkata, berkata Abu Bakar al-Wasit*i:
Manusia tiga lapisan,
Lapisan pertama, mereka yang dikurnia Allah nur hidayah, mereka terpelihara daripada kufur, syirik dan nifaq.
Lapisan kedua, mereka yang dikurnia Allah dengan cahaya `inayah, mereka  terpelihara dari  halangan kecil dan besar.
Dan lapisan ketiga, orang dikurniai  Allah dengan kifayah, mereka terpelihara dari lintasan yang merosakkan dan dari kelalaian.
Demikinlah pendapat Al-Wasit*i   yang antaranya agak sukar difahami.

Sekian.

September 11, 2017

PENDAPAT ABU HAMZAH YANG JELAS


BBB, 19 Dzul-Hijjah 1438H. =  10 September  2017M. (Ahad):
Abu Hamzah al-Baghdadi al-Bazzar adalah seorang sufi yang mendalam di dalam bidang theologi dan  juga  menguasai bidang tafsir al-Qur`an dan qira`at. Beliau juga banyak meriwayatkan Hadith-Hadith.
Dia adalah murid Al-Muhasibi. Dia sezaman dengan Sari al-Saqti dan bersahabat dengan Al-Nuri dan Khayr al-Nassaj. Adalah dia dari kawan-kawan Abu Turab al-Nakhshabi di dalam bermusafir.
Dan adalah Ahmad bin Hanbal bila di dalam majlis keilmuan dan bersamanya  Abu Hamzah, bila timbul persoalan dari kalangan kaum selalu Ahmad bin Hanbal berkata kepada Abu Hamzah, ``Apa pendapat engkau wahai sufi ?``
Ini mencerminkan pandangan dan kedudukan Abu Hamzah  di mata Ahmad bin Hanbal.
Abu Hamzah selalu bercakap di Baghdad di Masjid al-Rasafah, sebelum dia berpeluang bercakap di Masjid al-Madinah. Dia dikatakan cenderung kepada Hasan al-Masuji yang alim di dalam al-qira`at. Dia juga dikatakan sering berulang ke Basrah.
Pada satu hari dia bercakap di Jami`al-Madinah, maka berubah keadaannya dan dia jatuh daripada kerusinya dan meninggal, kematinnya mendahului Al-Junayd.  Abu Hamzah meninggal pada tahun 289H.
Riwayat tentangnya:
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata, aku mendengar Ibrahim  bin `Ali  al-Tirmidzi berkata,, katanya aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Adalah  sesuatu yang mustahil, engkau menghayatiNya dan tidak mengingatiNya,
Dan adalah mustahil engkau mengingatiya, kemudian engkau tidak menghayatiNya. Kemudian engkau tidak merasa selera  mengingatiNya. Dan adalah daripada perkara mustahil engkau mendapat  keenakan mendzikirNya, kemudian engkau sebok dengan yang lainnya.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, aku mendengar Aba Ishaq bin al-A`mash berkata, kata seorang lelaki kepadaku, ``Aku soal Aba Hamzah, kataku ``Aku bertanya, ?, maka katanya soallah. Maka kataku, ``Apa yang hendak disoal ?``
Maka katanya, ``Kerana engkau bertanya, maka engkau tanyalah.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, ``Aku mendengar Khayr al-Nassaj, berkata, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Aku keluar daripada negeri Rum, aku bertemu dengan seorang rahib.
Maka kataku kepadanya, ``Adakah padamu berita tentang orang yang berlalu ?
Maka katanya, ``Ya``, ``Ada golongan  di dalam syurga dan ada golongan di dalam neraka !`` (Al-Shura: 7).
Katanya, ``Aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Siapa yang direzekikan dengan tiga perkara dan dengan tiga perkara yang lain, maka ia selamat dari kekejian.
``Perut kosong, dengan hati yang qana`ah, faqir yang berterusan beserta hadhirnya zuhud dan kesabaran yang sempurna dengan dzikir yang berterusan.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Tidaklah bererti seorang yang pemurah, kalau dia memberi kepada seorang yang tidak mempunyai sesuatu, akan tetapi dia pemurah  kalau memberi  yang tiada dan boleh didapati.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Cinta kefaqiran bersangatan, dan tidak sabar kepadanya, melainkan seorang yang siddiq.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Apabila Allah membuka kepada engkau jalan, dari jalan-jalan kebaikan, maka lazimkannya, dan hendaknya  janganlah menunggu kepadanya, dan bermegah dengannya. Tetapi hendaklah engkau bersyukur  kepada yang memberi taufik kepada engkau bagi yang demikian. Kerana kalau engkau menunggu dengannya menjatuhkan kedudukan dari maqam engkau. Kewajiban engkau ialah bersyukur, iaitu sesuatu yang dikehendaki  dari engkau. Kerana Allah Ta`ala berfirman bermaksud:
`Jikalau kamu bersyukur nescaya aku menambahkan lagi kepada engkau.`` (Ibrahim: 7).
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Siapa yang mengetahui jalan kebenaran, Allah memudahkan perjalanan baginya, Dia mengetahui dari tunjuk ajar daripada Allah kepadanya.  Siapa yang mengetahuinya dengan dalil, sekali dia silap  dan sekali dia betul.Dan siapa yang mengikut padanya dengan kesan dalil yng benar, sebagaimana dinasihat dia sampai hampir kepada tujuannya.``
Tidak ada dalil jalan kepada Allah Ta`ala, melainkan menurut  Rasulullah s.a.w. pada ahwal, af`al dan perkataannya.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Apabila sempurna  daripada engkau tentang diri engkau, engkau telah menunaikan haknya, dan apabila sempurna daripada engkau hak makhluk, engkau menunaikan hak-hak mereka.
 Demikianlah pendapat Abu Hamzah yang agak jelas.

Sekian.

September 10, 2017

PENDAPAT ABU ISHAQ IBRAHIM AL-KHAWAS*S* DAPAT DIMANFAATKAN


BBB, 19 Dzul-Hijjah 1438H. =  09 September 2017H. (Sabtu):
Ibrahim al-Khawas*s* , dia ialah Ibrahim bin Ahmad bin Isama`il, kunyahnya Abu Ishaq, dia adalah seorang yang terkenal dengan  `Doktrin Tawakkal` ` atau yang diterjemah oleh Al-Hujwiri `Penyerahan Diri` kepada Tuhan. Antara yang semasa dengannya  ialah Al-Junayd dan Al-Nuri. Dia  bermusafir, riyadhiyyat dan maqamat. Dia menulis karya-karya yang baik mengenai etika tasawuf. Beliau menyatakan  mengenai `Tawakkal`,
`Jangan menyusah dan risau diri, kerana segalanya sudah ditentukan dia pasti berlaku dan tidak dapat diubahkan. Terimalah sebagai ketentuan.``
Ibrahim al-Khawas*s* meninggal di Masjid Al-Rayy pada tahun 291H. Pendapat dan pendekatannya diteruskan oleh Yusof bin al-Husayn.
Mengenai kematiannya,  mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata,
``Ibrahim sakit di Masjid Jami` di Al-Rayy. Dia adalah sakit berdiri dan adalah ia  apabila bertdiri masuk ke dalam air dan mandi. Kemudian dia kembali ke masjid dan dia solat  dua raka`at, kemudian dia masuk ke dalam air sekali lagi dan mandi, kemudian  keluar rohnya (meninggal) sedang ia masih di dalam air.``  Demikian sebagaimana yang dicatat Al-Sulami di dalam T*abaqatnya.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain al-Baghdadi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad al-Khuldi berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s* berkata,
``Siapa yang tidak sabar dia tidak berjaya.``
Katanya juga, aku mendengarnya berkata,
``Siapa yang tidak menangis di dunia, tidak gembira di akhirat baginya.``
Aku mendengar Aba Nas*r, Muhammad bin Ahmad bin Ya`kub al-T*usi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad berkata,
``Aku bermalam bersama Ibrahim, dan aku terjaga dan menyedari dia bermunajat hingga subuh dan dia mengungkapkan kata,
Di malam sunyi ku nikmati kerehatan
Adakah sembuh kerisauan tanpa teman ?.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s* berkata,
``Bukanlah ilmu dengan banyak  pengriwayatan,
Sesungguh ilmu ialah ikutan dan amalan,
Walaupun sedikit ilmu, tapi diamalkan.
Aku mendengar Aba  Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Uthman al-Adami berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s* ditanya, tentang wara`, maka katanya,
``Bahawa seorang hamba tidak bercakap melainkan perkara benar, dia marah atau redha, dan adalah  perhatiannya terhadap apa yang diredha Allah Ta`ala.``
Dan  berkata Ibrahim,  ``Ilmu itu dalam dua ungkapan, ``Jangan terbeban oleh luar kemampuan dan jangan  persia-sia apa yang engkau dapatkan.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Abdillah al-Ramli berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata,
``Jadikanlah hatimu tenang,, genggam yang kosong, dirimu melakukan apa yang dikehendaki.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far berkata, aku mendengar Al-Adami berkata, aku mendengar Ibrahim berkata,
``Ubat hati lima perkara,  Baca Qur`an dengan tadabbur, kosongkan perut, bangun malam, tadharru` ketika waktu sahar dan duduk dengan para salihin.``
Katanya dan berkata Ibrahim,
``Qadar kemuliaan mu`min  sebagaimana dia mematuhi perintah Allah, Allah memakainya kemuliaan dan menetapkan kemuliaan pada hati-hati orang mu`min. Ini ialah kerana firman Allah bermaksud:
``Dan kemuliaan bagi Allah, bagi RasulNya dan orang-orang mu`minin.`` (Al-Munafiqun: 8).
Katanya, dan berkata Ibrahim,
``Akibat hati bersangatan akibat, karamatnya semulia-mulia karamat, dam dzikirnya semulia-mulia dzikir,. Dengan dzikirnya menarik cahaya dan dengannya jatuhnya hijab dan dia kekhususan bagi ingatan dan penangan.``
Katanya dan berkata Ibrahim al-Khawas*s*:
``Terpilih  siapa yang terpilih daripada hambaNya, tidak bagi sebelumnya, bahkan iradah kepada mereka, kemudian diketahui apa yang keluar daripada mereka dan apa yang lahir ke atas mereka.
Firman Allah Ta`ala  bermaksud:
``Kami pilih mereka itu berdasarkan keilmuan.`` (Al-Dukhan: 32).
Ya`ni daripada kami dengan apa yang ada pada mereka dari berbagai kelainan, kerana siapa yang membeli satu  barang diketahui tanpa `aib, maka tidak akan dikembalikan.
Demikian ujaran dan pendapat Ibrahim al-Khawas*s* yang  dapat dimanfaatkan.

Sekian.

September 9, 2017

AL-HUSAIN BIN MANSUR AL-HALLAJ YANG KONTROVERSI


BBB,  17 Dzul-Hijjah  1438H.  =  08 September 2017M. (Juma`at):
Al-Husain bin Mansur atau lebih dikenali sebagai Al-Hallaj adalah tokoh sufi yang paling kontroversi.
Kunyahnya Abu al-Mughith. Dia berasal dari Baydha`, Parsi. Mendapat pendidikan di Wasit*  di `Iraq.
Dia bersahabat dengan Al-Junayd , Abi AL-Husain al-Nuri, `Amru al-Makki, Al-Ghaut*i   dan lain-lain.
Berhubung dengan kedudukan Al-Hallaj yang ungkapan-ungkapannya menyentuh kemuenian akidah menyebabkan kalangan shaykh-shaykh  sufi berbeza pendapat tentangnya.
Al-Sulami di dalam Tabaqat dan Mahmud Abu al-Faydh di dalam  Jamharat al-Awliya` mengatakan, kebanyakan  shaykh-shaykh sufi menolak Al-Hallaj sebagai sufi murni. Tetapi sebahagian daripada shaykh-shaykh menerimanya. Antara yang menerima ialah seperti Abu al-`Abbas bin `At*a`, Abu `Abdillah  Muhammad bin Khafif, Abu al-Qasim Ibrahim bin Muhammad al-Nas*r Abadzi, . Mereka memujinya dan mengesahkan halnya, menghikayat daripadanya kata-katanya. Mereka menjadikannya sebagai salah seorang muhaqqiq, sehingga berkata Muhammad bin Khafif pendukung kuatnya, bahawa,
``Al-Husain bin Mansur (Al-Hallaj) adalah seorang `alim rabbani.``
Namun beliau dianggap bersalah dengan ungkapan-ungkapannya yang dikira menggugat akidah, lantaran itu beliau dijatuhkan hukluman bunuh di Bab al-T*aq di Baghdad pada 6 Dzul-Kaedah tahun 309 H.
Adalah dicatatkan dalam  buku `Akhbar al-Hallaj` , bahawa yang tidak menyetujui dengan Al-Hallaj, ialah Al-Junayd, demikianlah Amru bin `Uthman al-Makki, Abu Ya`kob al-Nahrajuri, `Ali bin Sahl al-As*bahani, Muhammad bin Da`wud  al- As*bahani . Menurut Mahmud  Abu al-Faydh  di dalam Jamharat al-Awliya`, bahawa Abu Ya`kub al-Nahrajuri menarik balik penentangannya terhadap Al-Hallaj pada akhir hayat Abu Yakub,
Antara kata-kata Al-Hallaj,
Aku mendengar `Abd al-Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Ahmad bin Faris berkata, aku mendengar Husain bin Mansur berkata,
``Hujjah mereka itu dengan nama, maka mereka itu hidup,, kalau zahirlah kepada mereka itu ilmu qudrat, nescaya   leburlah mereka dan kalau terbuka bagi mereka itu hijab, nescaya mereka mati.``
Katanya, dan Al-Hallaj berkata, ``Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui kelemahanku  pada tempat-tempat yang sepatutnya aku bersyukur kepada Engkau, maka syukurkanlah akan diri engkau  daripadaku, kerana syukur tiada yang lain.
Katanya dan berkata Al-Hallaj,
``Siapa yang memerhati amalan, terhijab daripada perkara yang kena amal (al-ma`mul) baginya, siapa yang memerhati perkara yang kena amal dengannya, dilindung dari melihat amalan-amalan.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid berkata, aku mendengar Ahmad bin Faris berkata, aku mendengar Al-Husain bin Mansur berkata,
``Nama-nama Allah Ta`ala, dari sekira-kira idrak adalah nama, dan dari segi al-Haqq dia adalah hakikat.``
Katanya, aku mendengar Al-Husain bin Mansur berkata,
``Lintasan tentang Haqq tidak menghalanginya suatu.``
Katanya, aku mendengar al-Husain berkata,
``Apabila meningkat manusia kepada maqam ma`rifat, diwahyu oleh Allah Ta`ala kepadanya dengan lintasannya (khat*irihi), dan dijaga rahsianya dan daripada lintasan yang tidak haqq.``
Menurut Al-Hujwiri, jiwa Al-Hallaj adalah  berada pada tahap kecintaan dan kemabukan, ungkapannya sering tidak difahami dari segi maksud dan perlapisan maknanya. Adalah tidak adil menghukum terhadapnya, akibat kita tidak berada pada tempatnya dan tidak memahami maksud dan hakikatnya. ``
AL-Hallaj ditanya  tentang sufi maka katanya,
``Dia adalah yang mengesakan Dzat, dan dikatakan semasa dia dikeluarkan untuk dibunuh, dia berkata: `Cukuplah bagi Yang Esa menunggalkan Yang Esa bagiNya, dia berpuisi:
Kesalku tidak bernisbah
Kepada sesuatu dari gerah
Dia memberiku  sekadar minum
Tiada ertinya untuk direnung
Demikian diharap minum  rehat
Tiada ertinya musim panas hangat.
Kemudian dia berkata, ``Bersegeralah dengan yang tidak beriman dengannya dan yang beriman dengannya  - kasihan dengannya dan mereka mengetahui akan kebenaran. Kemudian dia diam selepas itu sesuatu dilakukan apa yang dilakukan.
Hukuman dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah Ja`far bin al-Mu`tadhid.
Antara katanya yang dirakamkan:
Adalah dalil baginya haqq kenyataan
Kita dapati padanya ilmu dan firqan
Ini wujudku, perjuangan dan i`tiqadku
Ini kau dapati tauhidku dan imanku.


Sekian.

September 8, 2017

PENDAPAT DAN NASIHAT ABU AL-`ABBAS IBN `AT*A` AL-ADAMI


BBB, 16 Dzul-Hijjah 1438H. = 07 September 2017 (Khamis):
Nama lengkap bagi Abu al-`Abbas bin `At*a` ialah Ahmad bin Muhammad  bin Sahl bin `At*a`  al-Adami adalah dari kalangan sufi dan `ulama` mereka, dia mempunyai kefahaman mendalam tentang Al-Qur`an dan tafsirannya.
Dia bersahabat dengan Ibrahim al-Maristani dan Junayd bin Muhammad al-Baghdadi. Dan lain-lain dari kalangansufi. Dia diberi kehormatan tinggi oleh Abu Sa`id al-Kharraz.
Aku mendenga (kata Al-Sulami) Aba al-Hasan (Ahmad bin Muhammad) bin Miqsam al-Muqri` berkata, aku mendengar Ibn Marwan al-Nahawandi, berkata, aku mendengar Aba  Sa`id al-Kharraz berkata,
``Tasawuf adalah akhlak-akhlak dan tiada yang lain, dan aku tidak melihat daripada ahlinya, melainkan Al-Junayd dan Ibn `At*a`.
Dia meninggal tahun 309H. atau 311H.
Aku mendengar  `Abdullah bin `Ali al-Mukabbari berkata, ditanya Ibn `At*a`,
``Apa itu muru`ah ?`` maka katanya, ``Jangan engkau membesar diri bagi Allah bagi setiap amalan.``
Berkata Muhammad bin `Abd al-`Aziz, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Di Baytullah ada Maqam Ibrahim, di dalam hati ada `athar (kesan) Allah Ta`ala, bagi al-bayt ada rukun-rukun dan bagi hati ada rukun-rukun, dan rukun-rukun al-bayt daripada batu dan rukun-rukun hati daripada logam cahaya ma`rifat.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi, berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Allah mencipta para nabi bagi mushahadah. Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Baginya hati dan pendengaran an dia menyaksikan (Qaf: 37).
Dijadikan auliya` bagi mujawarah, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Muliakan jiran engkau).
Dan dijadikan para salihin bagi mulazamah, kerana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan melazimkan mereka  itu dengan kalimah taqwa.`` (Al-Fath: 48).
Dan dijadikan orang awam bagi al-mujahadah. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan mereka yang berjihad pada jalan kami, nescaya kami tunjuk kepada  mereka jalan-jalan kami.`` (al-`Ankabut:69). 
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,  aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Ilmu yang besar ialah haibah dan malu, siapa yang tiada dari kedunya tiada  daripada kebajikan.``
Aku mendengar Ibn `At*a` disoal, ``Kemanakah bertempatnya hati para `arifin ?
Maka katanya berdasarkan firman Allah: ``Bismillah`r-Rahmani`r-Rahim`
Kerana pada Bismillah haibatNya.
Dan pada  namaNya al-Rahman, pertolongan dan kemenanganNya
Dan pada namanya  al-Rahim mahabbah dan mawaddahNya.
Mahasuci Tuhan yang membezakan antara makna-makna ini, pada lat*a`ifNya, pada nama-nama yang tinggi dan kerumitannya, lalu dia berpuisi:
Kewuhjudan manusia dan ilmu mereka
Maka tidak wujud nisbah banding denganNya.
Aku mendengar Aba al-Husain berkata aku mendengar Aba al-`Abbas berkata,
``Keinsafan pada antara Allah dan antara hamba tiga perkara,
Pada mohon pertolongan,  kesungguhan dan adab.
Maka daripada hamba ialah mohon pertolongan dan daripada Allah ialah `al-qurbah`.
Daripada hamba kesungguhan daripada Allah taufiq
Dan daripada hamba adab, maka daripada Allah ialah al-karamah.``
Katanya,berkata  Abu al-`Abbas bin `At*a`:
Siapa yang beradab dengan adab orang-orang yang salih, maka ianya membuka kemuliaan.
Dan siapa yang beradab dengan adab para awliya` membuka ruang bagi pendekatan (al-qurbah).
Dan siapa beradab dengam  adab para s*iddiqin,  layak baginya ruang mushahadah.
Dan siapa beradab dengan adab para anbiya`, maka layak baginya terbuka uns an inbisat*.
Katanya, berkata Ibn `At*a`,  ``Paling sah bagi akal ialah akal yang menepati taufiq dan sejahat ketaatan ialah taat yang mewariskan `ujub. Dan bagi yang berdosa sebaik baginya taubat dan kesal.
Dan berkata Abu al-`Abbas bin `At*a`
``Dekatkanlah hati engkau dengan majlis-majlis dzikir, semoga beramal engkau dengannya, dan gemarkan diri berkhidmat kepada para salihin, semoga dengan berulang menjadikan engkau ta`at Tuhan Rabb al-`alamin.``
Demikian pendapat dan nasihat Abu al-`Abbas bin `At*a` untuk direnungi.

Sekian.

September 7, 2017

UJARAN ABU MUHAMMAD AL-JARIRI


BBB, 15 Dzul-Hijjah 1438H. =  06 September 2017M. (Rabu):
Nama lengkap bagi Abu Muhammad al-Jariri ialah Ahmad bin Muhammad bin al-Husayn dan kunyah bapanya Abu al-Husayn. Demikianlah sebagaimana didengar oleh Abdullah bin `Ali al-T*usi yang berkata, ``Aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Da`wud al-Duqqi yang menyebut sedemikian itu.
Dan aku mendengar `Abdullah bin Ahmad al-Baghdadi berkata, ``Aku  mendengar al-Sibrawani berkata, ``Nama al-Jariri al-Hasan bin Muhammad.``
Dan dikatakan namanya `Abdullah bin Yahya. Sumber ini tidak disahkan.
Muhammad al-Jariri adalah daripada sahabat penting bagi Al-Junayd dan dia juga bersahabat dengan `Abdullah al-Tustari. Dia adalah `ulama` bagi shaykh dan kaum. Berkedudukan selepas Al-Junayd  di dalam majlis ilmu, kerana sempurna halnya dan  sah ilmunya. Dia meninggal pada tahun 311H. Demikian didengar oleh  Abu al-Hasan bin Miqsam d Baghdad.
Dia berada  di dalam sanad Hadith:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Muhammad al-Qazwini al-Sufi berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Nas*r  ibn `Ali al-Qazwini berkata, mengkhabarkan kami Abu Muhammad al-Jariri al-Sufi bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Shakir, bercakap kepada kami Nas*r bin `Ali. Bercakap kepada kami `Abd al-A`la berkata,, bercakap kepada kami `Ubaidullah bin `Umar daripada Nafi` daripada Ibn `Umar berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Apabila menjilat anjing pada bekas salah satu daripada kamu, maka hendaklah dia basuh tujuh kali diawalnya atau diakhirnya  dengan selut (lumpur).
.
Kata Ahmad bin Muhammad bin Shakir, adalah bersama kami di masjid Ibrahim bin Auza`ah al-Is*bahani, maka berkata Nas*r bin `Ali, ``Wahai Aba  `Amrin tidak berhadath dengannmya,, kerana tiada baginya asal, maka aku tidak tahu aku berhadath atau tidak.``
Aku mendengar Aba Muhammad al-Rasi di Baghdad, berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Jariri, ``ku bermimpi dalam tidur, adalah seorang jurucakap berkata, ``Bagi setiap sesuatu di sisi Allah ada hak, dan sebesar-besar hak di sisi Allah ialah hak hikmah. Siapa yang menjadikan hikmah pada orang yang bukan ahli dituntut Allah pada tempatnya, siapa yang menuntut  haknya dipertikai.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Muhammad al-Jariri ditanya tentang fuqara`, maka katanya,
Dia  ialah yang menuntut akhirat dan berusaha kepadanya dengan segala usaha dan berpaling dari dunia dan apa yang dirunsing dengannya.``
Abu S*alih berkata, dikatakan kepada Abu Muhammad al-Jariri,
``Bila terjaga hamba daripada beratnya mu`amalah ? Maka katanya, ``Jaga-jaga, akan tetapi jatuh  padanya tanggungan !``.
Dengan sanad yang sama kata al-Jariri, `` Tanda-tanda sesuatu tentang Allah ada tiga,
``PemilikanNya yang zahir,tadbirNya pada pemilikanNya  dan mencukupi  tiap sesuatu.``
Aku mendengar Aba al-Husain berkata,, aku mendengar Aba Muhammad (al-Hariri)  berkata,
Terdirinya agama, berterusan keimanan,, segar badan, antara tiga perkara, mencukupi, bersih dan menjaga.``
Dengan memadai Allah mengelokkan kehidupan, siapa yang tidak melakukan yang dilarang betul perjalanan, siapayang menjaga daripada apa yang tidak sesuai, bersesuaian tabiatnya,, faedah memada membuka jalan ma`rifat, akibat daripada  penjagaam , baik kejadian, terkawal  dan sesuai dengan tabiat.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad, ``Puncak himmah orang awam ialah bertanya, dan sampai kepada darajah kesederhanaan ialah dengan do`a dan himmah orang-orang `arifin ialah dzikir.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad,
``Daripada umbi timbulnya cabang, betul cabang dengan  kukuhnya umbi, dan tidak ada jalan kepada maqam mushahadah umbi, melainkan dengan membesarkan apa yang dibesarkan Allah daripada jalan (batang) dan cabang.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad, `` Al-Raja` adalah jalan kepada kezuhudan dan khauf ialah jalan bagi pejuang.``
Aku mendengar Aba Bakr Nuhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata,, berkata seorang lelaki kepada Muhammad al-Jariri,, ``Aku berada di atas hamparan uns dan terbuka jalan kepada kelawasan, maka aku tergelincir dengan satu kegelinciran, maka tertutup bagiku  maqamku, maka bagaimana jalan kepadanya ?, tunjuklah jalan yang menyampaikan  aku kepada apa yang pernah aku sampai.
Maka menangis Abu Muhammad dan berkata, ``Wahai saudaraku, ``Semua berada pada tindakan yang dilakukan. Tapi aku menjawab dengan bayt-bayt berikut yang dapat difahami jawapan:
Berdirilah di kediaman yang padanya kesan-kesan
Menangis kekasih kesal dan rindu oleh tanggungan
Berapa lama aku berdiri  di situ menunggu berita
Tentang  ahli, kawan dan kasihan dari mereka
Maka menjawab kepadaku yang berdakwah dan kesan
Kau berpisah dari yang dikasihi, hakikatnya berterusan.
Demikianlah ujara-ujaran Muhammad al-Jariri yang dapat dijadikan panduan.

Sekian.