BBB,
17 Dzul-Hijjah 1438H. = 08
September 2017M. (Juma`at):
Al-Husain bin Mansur atau lebih dikenali
sebagai Al-Hallaj adalah tokoh sufi yang paling kontroversi.
Kunyahnya Abu al-Mughith. Dia berasal dari
Baydha`, Parsi. Mendapat pendidikan di Wasit*
di `Iraq.
Dia bersahabat dengan Al-Junayd , Abi
AL-Husain al-Nuri, `Amru al-Makki, Al-Ghaut*i
dan lain-lain.
Berhubung dengan kedudukan Al-Hallaj yang
ungkapan-ungkapannya menyentuh kemuenian akidah menyebabkan kalangan
shaykh-shaykh sufi berbeza pendapat
tentangnya.
Al-Sulami di dalam Tabaqat dan Mahmud Abu
al-Faydh di dalam Jamharat al-Awliya`
mengatakan, kebanyakan shaykh-shaykh
sufi menolak Al-Hallaj sebagai sufi murni. Tetapi sebahagian daripada
shaykh-shaykh menerimanya. Antara yang menerima ialah seperti Abu al-`Abbas bin
`At*a`, Abu `Abdillah Muhammad bin Khafif,
Abu al-Qasim Ibrahim bin Muhammad al-Nas*r Abadzi, . Mereka memujinya dan
mengesahkan halnya, menghikayat daripadanya kata-katanya. Mereka menjadikannya
sebagai salah seorang muhaqqiq, sehingga berkata Muhammad bin Khafif pendukung
kuatnya, bahawa,
``Al-Husain bin Mansur (Al-Hallaj) adalah
seorang `alim rabbani.``
Namun beliau dianggap bersalah dengan
ungkapan-ungkapannya yang dikira menggugat akidah, lantaran itu beliau dijatuhkan
hukluman bunuh di Bab al-T*aq di Baghdad pada 6 Dzul-Kaedah tahun 309 H.
Adalah dicatatkan dalam buku `Akhbar al-Hallaj` , bahawa yang tidak
menyetujui dengan Al-Hallaj, ialah Al-Junayd, demikianlah Amru bin `Uthman
al-Makki, Abu Ya`kob al-Nahrajuri, `Ali bin Sahl al-As*bahani, Muhammad bin
Da`wud al- As*bahani . Menurut
Mahmud Abu al-Faydh di dalam Jamharat al-Awliya`, bahawa Abu
Ya`kub al-Nahrajuri menarik balik penentangannya terhadap Al-Hallaj pada akhir
hayat Abu Yakub,
Antara kata-kata Al-Hallaj,
Aku mendengar `Abd al-Wahid bin Bakr
berkata, aku mendengar Ahmad bin Faris berkata, aku mendengar Husain bin Mansur
berkata,
``Hujjah mereka itu dengan nama, maka mereka
itu hidup,, kalau zahirlah kepada mereka itu ilmu qudrat, nescaya leburlah mereka dan kalau terbuka bagi mereka itu
hijab, nescaya mereka mati.``
Katanya, dan Al-Hallaj berkata, ``Wahai
Tuhanku, Engkau mengetahui kelemahanku
pada tempat-tempat yang sepatutnya aku bersyukur kepada Engkau, maka
syukurkanlah akan diri engkau
daripadaku, kerana syukur tiada yang lain.
Katanya dan berkata Al-Hallaj,
``Siapa yang memerhati amalan, terhijab
daripada perkara yang kena amal (al-ma`mul) baginya, siapa yang memerhati
perkara yang kena amal dengannya, dilindung dari melihat amalan-amalan.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid berkata, aku
mendengar Ahmad bin Faris berkata, aku mendengar Al-Husain bin Mansur berkata,
``Nama-nama Allah Ta`ala, dari sekira-kira
idrak adalah nama, dan dari segi al-Haqq dia adalah hakikat.``
Katanya, aku mendengar Al-Husain bin Mansur
berkata,
``Lintasan tentang Haqq tidak
menghalanginya suatu.``
Katanya, aku mendengar al-Husain berkata,
``Apabila meningkat manusia kepada maqam
ma`rifat, diwahyu oleh Allah Ta`ala kepadanya dengan lintasannya (khat*irihi),
dan dijaga rahsianya dan daripada lintasan yang tidak haqq.``
Menurut Al-Hujwiri, jiwa Al-Hallaj
adalah berada pada tahap kecintaan dan
kemabukan, ungkapannya sering tidak difahami dari segi maksud dan perlapisan
maknanya. Adalah tidak adil menghukum terhadapnya, akibat kita tidak berada
pada tempatnya dan tidak memahami maksud dan hakikatnya. ``
AL-Hallaj ditanya tentang sufi maka katanya,
``Dia adalah yang mengesakan Dzat, dan
dikatakan semasa dia dikeluarkan untuk dibunuh, dia berkata: `Cukuplah bagi
Yang Esa menunggalkan Yang Esa bagiNya, dia berpuisi:
Kesalku tidak bernisbah
Kepada sesuatu dari gerah
Dia memberiku sekadar minum
Tiada ertinya untuk direnung
Demikian diharap minum rehat
Tiada ertinya musim panas hangat.
Kemudian dia berkata, ``Bersegeralah dengan
yang tidak beriman dengannya dan yang beriman dengannya - kasihan dengannya dan mereka mengetahui akan
kebenaran. Kemudian dia diam selepas itu sesuatu dilakukan apa yang dilakukan.
Hukuman dilaksanakan pada zaman
pemerintahan Khalifah Ja`far bin al-Mu`tadhid.
Antara katanya yang dirakamkan:
Adalah dalil baginya haqq kenyataan
Kita dapati padanya ilmu dan firqan
Ini wujudku, perjuangan dan i`tiqadku
Ini kau dapati tauhidku dan imanku.
Sekian.
No comments:
Post a Comment