September 3, 2017

UNGKAPAN ABU HAMZAH AL-KHURASANI


BBB,  11 Dzul-Hijjah  1438H. = 02 September 2017 (Sabtu):
Abu Hamzah al-Khurasani berasal dari Naisabur dari tempat bernama Munqabaz. Bersahabat dengan shaykh-shaykh di Baghdad dan dia adalah dari teman  Al-Junayd. Dia bermusafir dengan Abu Turab al-Nakhshabi dan Abu Sa`id al-Kharraz. Dia memberi fatwa dan dianggap seorang yang wara`.
Menurut Al-Hujwiri, Abu Hamzah seorang yang kukuh iman dan bertawakkal.  Al--Hujwii membawa satu kisah yang tidak disebut di dalam Tabaqat al-Sufiyyah oleh `Abdul Rahman al-Sulami bahawa,
Pada satu hari Abu Hamzah terjatuh di dalam lobang yang dia tidak mampu naik. Ia berdo`a  kepada Allah untuk keselamatannya. Tiba melalui jalan itu  seorang pejalan. Melihat lobang itu   dan memikirkan jika dibiar terbuka akan membiarkan orang lain jatuh ke dalamnya.
Persoalannya bila orang itu mau menutup lobang, Abu Hamzah mengambil sikap tidak mau meminta tolong atau memberi tahu yang dia berada di dalam lobang, kerana tidak mengharap kepada yang lain dari Allah. Maka lelaki itu menutup lobang berkenaan. Kononnya selepas itu datang seekor binatang seperti naga yang memanjangkan ekonya ke bawah dan menggerakkan dirinya hingga lelaki yang ada di dalam lobang berkenaan ternaik ke atas. Ini memperlihatkan penggubah cerita menggunakan daya kreatif imaginatif bagi menyelesaikan anekdot yang dibawakan.
Ada beberapa persoalan dari cerita berkenaan dapat ditimbulkan, apakah pengajaran yang dibawa oleh anekdot ini sesuai dengan pengajaran Islam ?
Allah telah menghantar seorang lelaki yang bersikap dan berniat baik, sepatutnya Abu Hamzah mengambil peluang mendapat pertolongan dari lelaki berkenaan sesuai dengan ajaran Islam yang melarang dari membiarkan diri dalam kebinasaan. Abu Hamzah patut menggunakan ikhtiar, dan sebab musabbab adalah logik yang tidak bercanggah dengan ajaan Islam, juga prinsip Islam menolong orang yang dalam kesusahan serta prinsip bertolong-tolong di atas kebajikan dan tidak tolong menolong di atas kemungkaran. Cerita di atas dapat dikiaskan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf a.s. ketika baginda pada masa remajanya telah dibuang oleh saudara-saudaranya ke dalam perigi. Baginda tentulah memohon pertolongan dari Allah untuk menyelamatkannya. Pertolongan datang secara lojik dan sebab nusabbab apabila ada pihak pengembara yang datang ke situ bagi mendapatkan air dan ketemu Yusuf yang kemudian diselamatkan. Yusuf tidak menolak pertolongan, walaupun kemudian dia dijadikan barang dagangan dan dijual kepada seorang pembesar Mesir. Dalam kata lain Abu Hamzah wajar mendapat pertolongan dari pihak yang berniat baik bagi menimbus lobang yang membahayakan kepada pejalan-pejalan, termasuk para musafir. Ini lebih logik dan wajar daripada menyelesaikan anekdot atau cerita berkenaan secara  imaginasi dengan kedatnagn seekor naga yang secara tidak langsung mengeluarkannya dari  lobang berkenaan. Kita memahami cerita ini adalah dari kreativiti dan imaginasi pencerita yang lebih mau membesarkan watak Abu Hamzah yang cerita berkenaan membawa implikasi dari segi akidah dan dipersoalkan apakah betul sikap yang diambil sufi berkenaan dan dipersoal dari moral dan pengajaran kepada masyarakat umat.
Riwayat-Riwayat dan Pendapat Abu Hamzah al-Khurasani.
Berkata Abu Ja`far al-Farghani,  katanya berkata Abu Hamzah al-Khurasani,
``Barang siapa nasihat (waspada) tentang dirinya, dia mulia dengannya, sebaliknya siapa yang sebok dengan yang lain, maka terabai dirinya.``
Ditanya Abu Hamzah al-Khurasani tentang `al-uns`, maka katanya,
``Sempit dada dari mu`asharah dengan makhluk.``
Berkata Abu Hamzah al-Khurasani,  ``Siapa yang  terus mengimgati mati, dia kasih kepada Yang Kekal dan tidak menyukai sesuatu yang binasa.``
Berkata Abu Hamzah al-Khurasani, ``Orang yang `arif takut hilang apa yang dikurnia, orang yang takut, takut hilang apa yang dijanjikan. Orang yang `arif juga mempertahankan kehidupannya hari demi hari dan mengambil keperluan hidupnya hari demi hari.``
Disoal Abu Hamzah tentang sufi, maka katanya, ``Orang yang bersih dari kekotoran, maka tiada  baginya kekotoran yang bertentang dengan hal.``
Berkata Abu al-`Abbas, aku mendengan Aba Ja`far al-Farghani berkata, berkata Abu Hamzah,
``Siapa yang liar dari dirinya, jinak hatinya dengan muwafakat  kepada Maulanya.``
Abu Hamzah telah diminta wasiat oleh seorang lelaki, katanya,
``Bersedialah bekalan untuk bermusafir dengan apa yang ada padamu. Aku dan engkau sebagai dalam satu qafilah yang sama berolak, bersedialah dari tempat bertolak sebagai ahli murni (sufi) bertolak agar  tiada kekesalan.
Berkata Abu Hamzah al-Khurasani,
``Barang siapa diistimewakan Allah dengan pandangan shafaqah, pandangan ini menempatkan dirinya sebagai ahli sa`adah dan dihiasinya dengan kebenaran zahir dan batin.
Disoal Abu Hamzah al-Khurasani
``Adakah bercabang cinta kepada sesuatu yang lain daripada yang dicintainya ?
Maka katanya, ``Tidak !`` Kerana dengannya berlaku bala yang berterusan, kegembiraan yang terputus, kesakitan yang berterusan, tidak mengetahuinya melainkan yang mengalami. Dia berpuisi:
Keras bagi yang  mengalami  dengan sendu tiada lain kesudahan

Tiap bala yang dialami ketika bertemu  melainkan ingatan mengancam.
Demikianlah antara ungkapan Abu Hamzah al-Khurasani.

Sekian.

No comments:

Post a Comment