BBB, 09 Muharram 1439H. = 29 Septembr
2017M. (Juma`at):
Antara sufi mutaakhir yang dikira terkenal
oleh Al-Hujwiri ialah Abu al-Qasim bin `Ali bin `Abdullah Al-Jurjani. Melihat kepada nisbah Abu al-Qasim bin `Ali dengan `Al-Jurjani` kita dapat memahami, bahawa ia berasal atau
berketurunan Georgia, iaitu negara Asia Tengah yang pernah menerima Islam.
Menurut Al-Hujwiri Abu al-Qasim bin `Ali adalah seorang yang alim di dalam berbagai
ilmu dan tiada tandingnya.
Dia adalah `ulama` yang mengimbangi antara tasawuf dan shari`at. Dia
adalah seorang tokoh berkarisma dan dikagumi. Dia mempunyai pengikut-pengkut yang ramai dari
kalangan pemuda. Abu al-Qasim
menyampaikan pengajaran dan ungkapan-ungkapannya kepada pemuda-pemuda –
pengikut-pengikutnya.
Abu al-Qasim mempunyai seorang murid yang
menjadi penggantinya, iaitu Abu `Ali al-Fadhl bin Muhammad al-Farmadzi yang
menjalankan tugas dengan penuh setia
kepada gurunya.
Huraian seterusnya adalah hubungan antara
murid dengan guru ini. Diceritakan bahawa murid ini menceritakan pengalaman
rohani yang dialami kepada gurunya untuk dinilai, tapi murid merasa bimbang
dengan sikap yang ditunjuk gurunya bagai tidak memberi perhatian. Tiba gurunya
menyatakan apa yang dibimbanginya, bagaikan dia dapat membaca apa yang
difikirkannya. Gurunya mengingatkan agar dia tidak terikut-ikut dengan sangkaan
yang menjadi kebiasaan bagi peringkat permulaan bagi murid.
Adalah difahami, murid dikehendaki
mempelajari dan terus beramal kepada peringkat mempertingkatkan hubungan
kerohanian dengan Tuhan dengan bimbingan guru dan tidak
membiar diri berimaginasi dan berangan-anagn.
Sekian.
No comments:
Post a Comment