BBB,
05 Muharram 1439H. = 25 September
2017M. (Isnin):
Tokoh yang boleh disifatkan asing, tetapi
dianggap tokoh sufi mutaakhir terkemuka
oleh Al-Hujwiri, ialah Abu Sa`id Fadhlullah bin Muhammad al-Mayhani. Ini
bererti Abu Sa`id berasal dari Mayhani,
tempat yang agak asing dan datang ke Surakha untuk belajar.
Antara guru yang menjadi tarikan baginya
ialah `Abu `Ali Z*ahiri yang dia belajar
daripadanya tiga mata kuliah dan
selebihnya ditumpukan kepada beribadat.
Abu Sa`id al-Mayhani, `alim di dalam
berbagai ilmu, mendalam dalam bidang
keagamaan dan mampu membaca perkara-perkara rahsia. Bahkan dia disifatkan sebagai
`Sultan al-`Arifin` pada zamannya. Namun dia masih memperbaiki diri
dari kesalahan-kesalahan melalui pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.
Secara bombastik Al-Hujwiri menggambarkan Abu Sa`id al-Mayhani bahawa,
Semua orang bergantung kepadanya, tetapi
tentang apa tidak dijelaskan dan agak tergantung dari apa yang dikatakan semua orang bergantung
padanya.
Cuma dikatakan pengetahuan keagamaannya
menakjubkan dan dikatakan kekuatan luar biasanya dalam membaca soal-soal kerahsiaan.
Dan mejadi trend bagi Al-Hujwiri bagi
menunjukkan ketokohan seorang sufi ialah dengan menceritakan perkara-perkara
yang menandakan sebagai karamatnya. Berhubung dengan Abu Sa`id dibawa beberapa
cerita atau anekdot dikaitkan dengannya:
·
Pada satu
hari Abu Sa`id berjalan di tepi sungai Sarakha, dia menemui seorang sufi yang memberi nasihat kepadanya, bahawa jalan
yang dilalui (diikuti) itu katanya,
bukan jalannya, menurutnya, ambillah jalanmu yang betul. Kata-kata ini
memberi kesan kepada Abu Sa`id di dalam perkembangan lanjutnya.
·
Dikatakan
Abu Sa`id memperlekeh seorang darwish
(sufi) yang memakai pakaian yang kotor dan tidak teratur. Dia ditegur oleh
darwish supaya lebih menumpukan pada pembaikan diri dari mencela orang lain.
Abu Sa`id terperasan seolah-olah darwish itu dapat membaca apa yang berlegar di
dalam fikirannya sebelumnya.
·
Abu Sa`id
dalam perjalanan ke Naisabur untuk ke T*us. Dalam perjalanan itu kakinya kebas,
ia dinasihatkan oleh seorang darwish menyertainya supaya membalut kakinya
dengan mencaritkan kain yang ada padanya, tapi Abu Sa`id menyayangi kain berkenaan, dianggap baru dan
mahal. Perkara ini menyedarkannya kemudian, dengan sebab kasihnya pada harta
banyak mengganggu diri, termasuk kesempurnaan ibadat. Juga menyedarkan diri
bahawa ia belum mampu menundukkan nafsu
dirinya.
Apa yang digambarkan di atas menunjukkan
jalan kehidupan yang dilalui oleh Abu Sa`id, masih bukan di atas jalan yang
betul, dia harus memperbaiki diri dan memilih jalan yang betul dari segi
kerohanian. Dirinya masih kecamuk antara nafsu dan pelepasan darinya.
Kita perlu memperbaiki diri dengan memilih jalan yang betul.
Sekian.
No comments:
Post a Comment