BBB, 09 Dzul-Hijjah 1438H. = 31 Ogos 2017
(Khamis):
Tokoh
seterusnya ditampilkan oleh
Al-Hujwiri ialah `Ali bin Muhammad al-Isfahani. Sebagaimana dengan tokoh-tokoh yang lain maklumat
ketokohan adalah lebih lengkap terdapat di dalam Tabaqat al-Sufiyyah oleh
`Abdul Rahman al-Sulami. Menurut `Abdul Rahman di dalam Tabaqat, `Ali bin
Muhammad ini juga dikenali sebagai `Ali bin Sahl al-Isfahani, iaitu `Ali bin
Sahl bin al-Azhar dan kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Dia berutus surat dengan
Al-Junayd yang merupakan sahabatnya. Surat-surat berkenaan dikatakan indah dan
tinggi mutu kandungannya. Sahabat-sahabatnya
yang lain ialah Abu Turab al-Nakhshabi dan Yusuf bin Sa`dan. Dia dikunjungi
oleh `Amru bin `Uthman al-Makki.
Menurut al-Hujwiri, `Ali dikatakan seorang
yang ketat menurut disiplin tasawuf. Antara pendapatnya ``Hudhur (kehadhiran)
lebih baik dari yaqin.``
Ini adalah sebagaimana didengar oleh Abu
Nas*r al-T*usi yang berkata, aku mendengar Abu Salam al-Isfahani berkata,, aku
mendengar `Ali bin Sahl berkata,
``Hudhur afdhal daripada yakin.``
Kerana hadhir berlaku pendepanan dan penglihatan.
Menurut `Ali al-Isfahani, sedangkan `Yaqin` perkara yang pergi dan datang serta
surut dan pasang.``
Kita bertanya, adakah maksud hudhur secara
fizikal dan bersifat inderawi ? Jika demikian
bagaimana dengan konsep ketuhanan – Adakah hudhur juga dikira dari segi
akli ?
Muhammad al-T*abari berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl al-Azhari
berkata,
``Bersegera kepada ketaatan daripada alamat
taufiq, prehatin terhadap perselisihabn pendapat dari alamat sedar, melahirkan
aduan dari karinah manusia. Siapa yang tidak jelas tempat bertolak tidak
mencapai keputusan pada pengakhiran.``
Muhammad berkata, aku mendengar `Ali berkata,
``Yang berakal hidup dalam hilmi Allah, yang berdzikir hidup dalam rahmat
Allah, al-`arifun hidup dalam kelembutan (lut*f) Allah, Al-s*adiqun hidup berdekatan
Allah, al-muhibbun hidup dalam uns dengan Allah dan shauq kepadaNya.
Berkata Abu Salam al-Isfahani, aku
mendengar`Ali bin Sahl berkata,
``Haram ke atas orang yang mengenal Allah
dia cenderung kepada yang lain dariNya.``
Abu Ja`far al-Haddad berkata, aku mendengar
`Ali bin Sahl berkata,
``Dari zaman Adam membawalah kepada kiamat,
manusia berkata, hati ! hati ! Katanya,
``Aku suka seorang kalau dapat mensifatkan
bagiku,apakah itu hati dan bagaimana hati, maka aku mau melihat.``
Sebenarnya banyak di dalam Al-Qur`an dan
Hadith yang menyebut tentang hati, roh, akal dan nafs. Banyak persoalan ini dibincangkan. Pada
umumnya banyak orang telah mengerti bahawa hati fizikal ada perbezaan dengan
konsep hati, demikian dengan otak dan akal, nafsu dan roh. Aspek-aspek ini
wajar difahami terlebih dahulu sebelum masuk kepada perbincangan yang lebih
mendalam.
Berkata `Ali al-uns (jinak, mesra) dengan
Allah ialah liar dari makhluk, melainkan daripada ahli wilayah Allah, kerana
uns dengan ahli wilayah Allah, ialah uns
dengan Allah.``
Kata `Ali, ``Jangan engkau tertipu daya
dengan orang yang ahmaq (bodoh sombong) dengan banyak perhatian dan segera
menjawab.``
Berkata `Ali, ``Akal bersama roh, keduanya
menyeru kepada akhirat, menjauhi hawa nafsu dan syahawat, yang demikian
dinamakan roh.``
Berkata `Ali, Yang bersungguh tumpuan
kepada Allah, tidak pada yang lain.
Berkata `Ali, Siapa yang qalbunya memahami,
dia mewarisi dunia dan anak-anaknyua.
Yang jahil dengan kalbu dia mewarisi kesukaan yang tidak berkekalan. Dia
berpuisi:
Semoga aku mati dan segera rehat akan didapat
Sesungguhnya ketika berkata dia jauh dan dekat.
Berkata `Ali, ``Al-Faqih ialah orang yang
tidak termasuk di bawah apa yang dinisbahkan kepadanya.``
Katanya, `` Semoga dipelihara Allah kita
dan kamu dari bersifat ghurur (sombong) dengan kerja-kerja yang dianggap elok,
sedangkan dia rosak dari dalam.```
Berkata`Ali, ``Tasawuf bersih daripada
selain dariNya dan mengosongkan daripada selain dariNya.``
Berkata `Ali, ``Akal dan hawa nafsu
bertentangan. Akal terdorong kepada taufiq dan hawa nafsu kepada kehinaan.
Kemenangan terhadap kekejian bererti kejayaan.``
Berkata `Ali, ``Rapat dengan pemuda
seharusnya melalui ilmu,, mengatasi kemegahan ialah dengan faqr dan mendekati
kebersihan, maka adalah melalui zuhud, mengatasi menunjuk-nunjuk melalui diam
mengatasi rahah dengan pengisian
amalan.``
Berkata `Ali, ``Aku lihat manusia ditawan
oleh besar diri mereka, berlagak dan membesar cakap, Mereka tidak menyedari
kegelinciran lidah tidak bertulang.``
`Ali ditanya dari hakikat tauhid, maka
katanya, Ia adalah inti hakikat, maka dia berpuisi:
Aku kata kepada sahabatku dia matahari
cahaya dekat
Akan tetapi untuk mencapainya jauh dan sukar didapat.
Demikian pandangan `Ali bin Sahl
al-Isfahani yang antaranya mudah, dan antaranya sukar ditela`ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment