BBB, 16 Dzul-Hijjah 1438H. = 07 September
2017 (Khamis):
Nama lengkap bagi Abu al-`Abbas bin `At*a`
ialah Ahmad bin Muhammad bin Sahl bin
`At*a` al-Adami adalah dari kalangan
sufi dan `ulama` mereka, dia mempunyai kefahaman mendalam tentang Al-Qur`an dan
tafsirannya.
Dia bersahabat dengan Ibrahim al-Maristani dan
Junayd bin Muhammad al-Baghdadi. Dan lain-lain dari kalangansufi. Dia diberi
kehormatan tinggi oleh Abu Sa`id al-Kharraz.
Aku mendenga (kata Al-Sulami) Aba al-Hasan
(Ahmad bin Muhammad) bin Miqsam al-Muqri` berkata, aku mendengar Ibn Marwan
al-Nahawandi, berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
``Tasawuf adalah akhlak-akhlak dan tiada
yang lain, dan aku tidak melihat daripada ahlinya, melainkan Al-Junayd dan Ibn
`At*a`.
Dia meninggal tahun 309H. atau 311H.
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-Mukabbari berkata,
ditanya Ibn `At*a`,
``Apa itu muru`ah ?`` maka katanya,
``Jangan engkau membesar diri bagi Allah bagi setiap amalan.``
Berkata Muhammad bin `Abd al-`Aziz, aku
mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Di Baytullah ada Maqam Ibrahim, di dalam
hati ada `athar (kesan) Allah Ta`ala, bagi al-bayt ada rukun-rukun dan bagi
hati ada rukun-rukun, dan rukun-rukun al-bayt daripada batu dan rukun-rukun
hati daripada logam cahaya ma`rifat.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi, berkata,
aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Allah mencipta para nabi bagi mushahadah.
Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Baginya hati dan pendengaran an dia
menyaksikan (Qaf: 37).
Dijadikan auliya` bagi mujawarah, kerana
sabda Rasulullah s.a.w. (Muliakan jiran engkau).
Dan dijadikan para salihin bagi mulazamah,
kerana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan melazimkan mereka itu dengan kalimah taqwa.`` (Al-Fath: 48).
Dan dijadikan orang awam bagi al-mujahadah.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan mereka yang berjihad pada jalan kami,
nescaya kami tunjuk kepada mereka
jalan-jalan kami.`` (al-`Ankabut:69).
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi
berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin
`At*a` berkata,
``Ilmu yang besar ialah haibah dan malu,
siapa yang tiada dari kedunya tiada daripada kebajikan.``
Aku mendengar Ibn `At*a` disoal,
``Kemanakah bertempatnya hati para `arifin ?
Maka katanya berdasarkan firman Allah:
``Bismillah`r-Rahmani`r-Rahim`
Kerana pada Bismillah haibatNya.
Dan pada namaNya al-Rahman, pertolongan dan kemenanganNya
Dan pada namanya al-Rahim mahabbah dan mawaddahNya.
Mahasuci Tuhan yang membezakan antara
makna-makna ini, pada lat*a`ifNya, pada nama-nama yang tinggi dan kerumitannya,
lalu dia berpuisi:
Kewuhjudan manusia dan ilmu mereka
Maka tidak wujud nisbah banding denganNya.
Aku mendengar Aba al-Husain berkata aku
mendengar Aba al-`Abbas berkata,
``Keinsafan pada antara Allah dan antara
hamba tiga perkara,
Pada mohon pertolongan, kesungguhan dan adab.
Maka daripada hamba ialah mohon pertolongan
dan daripada Allah ialah `al-qurbah`.
Daripada hamba kesungguhan daripada Allah
taufiq
Dan daripada hamba adab, maka daripada
Allah ialah al-karamah.``
Katanya,berkata Abu al-`Abbas bin `At*a`:
Siapa yang beradab dengan adab orang-orang
yang salih, maka ianya membuka kemuliaan.
Dan siapa yang beradab dengan adab para
awliya` membuka ruang bagi pendekatan (al-qurbah).
Dan siapa beradab dengam adab para s*iddiqin, layak baginya ruang mushahadah.
Dan siapa beradab dengan adab para anbiya`,
maka layak baginya terbuka uns an inbisat*.
Katanya, berkata Ibn `At*a`, ``Paling sah bagi akal ialah akal yang
menepati taufiq dan sejahat ketaatan ialah taat yang mewariskan `ujub. Dan bagi
yang berdosa sebaik baginya taubat dan kesal.
Dan berkata Abu al-`Abbas bin `At*a`
``Dekatkanlah hati engkau dengan
majlis-majlis dzikir, semoga beramal engkau dengannya, dan gemarkan diri
berkhidmat kepada para salihin, semoga dengan berulang menjadikan engkau ta`at
Tuhan Rabb al-`alamin.``
Demikian pendapat dan nasihat Abu al-`Abbas
bin `At*a` untuk direnungi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment