BBB, 19 Dzul-Hijjah 1438H. = 10 September 2017M. (Ahad):
Abu Hamzah al-Baghdadi al-Bazzar adalah
seorang sufi yang mendalam di dalam bidang theologi dan juga
menguasai bidang tafsir al-Qur`an dan qira`at. Beliau juga banyak
meriwayatkan Hadith-Hadith.
Dia adalah murid Al-Muhasibi. Dia sezaman
dengan Sari al-Saqti dan bersahabat dengan Al-Nuri dan Khayr al-Nassaj. Adalah
dia dari kawan-kawan Abu Turab al-Nakhshabi di dalam bermusafir.
Dan adalah Ahmad bin Hanbal bila di dalam
majlis keilmuan dan bersamanya Abu
Hamzah, bila timbul persoalan dari kalangan kaum selalu Ahmad bin Hanbal
berkata kepada Abu Hamzah, ``Apa pendapat engkau wahai sufi ?``
Ini mencerminkan pandangan dan kedudukan
Abu Hamzah di mata Ahmad bin Hanbal.
Abu Hamzah selalu bercakap di Baghdad di
Masjid al-Rasafah, sebelum dia berpeluang bercakap di Masjid al-Madinah. Dia
dikatakan cenderung kepada Hasan al-Masuji yang alim di dalam al-qira`at. Dia
juga dikatakan sering berulang ke Basrah.
Pada satu hari dia bercakap di
Jami`al-Madinah, maka berubah keadaannya dan dia jatuh daripada kerusinya dan
meninggal, kematinnya mendahului Al-Junayd.
Abu Hamzah meninggal pada tahun 289H.
Riwayat tentangnya:
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin
`Abdullah al-T*abari berkata, aku mendengar Ibrahim bin `Ali
al-Tirmidzi berkata,, katanya aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Adalah
sesuatu yang mustahil, engkau menghayatiNya dan tidak mengingatiNya,
Dan adalah mustahil engkau mengingatiya,
kemudian engkau tidak menghayatiNya. Kemudian engkau tidak merasa selera mengingatiNya. Dan adalah daripada perkara
mustahil engkau mendapat keenakan
mendzikirNya, kemudian engkau sebok dengan yang lainnya.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, aku
mendengar Aba Ishaq bin al-A`mash berkata, kata seorang lelaki kepadaku, ``Aku
soal Aba Hamzah, kataku ``Aku bertanya, ?, maka katanya soallah. Maka kataku,
``Apa yang hendak disoal ?``
Maka katanya, ``Kerana engkau bertanya,
maka engkau tanyalah.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, ``Aku
mendengar Khayr al-Nassaj, berkata, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Aku keluar daripada negeri Rum, aku
bertemu dengan seorang rahib.
Maka kataku kepadanya, ``Adakah padamu
berita tentang orang yang berlalu ?
Maka katanya, ``Ya``, ``Ada golongan di dalam syurga dan ada golongan di dalam
neraka !`` (Al-Shura: 7).
Katanya, ``Aku mendengar Aba Hamzah
berkata,
``Siapa yang direzekikan dengan tiga
perkara dan dengan tiga perkara yang lain, maka ia selamat dari kekejian.
``Perut kosong, dengan hati yang qana`ah,
faqir yang berterusan beserta hadhirnya zuhud dan kesabaran yang sempurna
dengan dzikir yang berterusan.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Tidaklah bererti seorang yang pemurah,
kalau dia memberi kepada seorang yang tidak mempunyai sesuatu, akan tetapi dia
pemurah kalau memberi yang tiada dan boleh didapati.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Cinta kefaqiran bersangatan, dan tidak
sabar kepadanya, melainkan seorang yang siddiq.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Apabila Allah membuka kepada engkau
jalan, dari jalan-jalan kebaikan, maka lazimkannya, dan hendaknya janganlah menunggu kepadanya, dan bermegah
dengannya. Tetapi hendaklah engkau bersyukur kepada yang memberi taufik kepada engkau bagi
yang demikian. Kerana kalau engkau menunggu dengannya menjatuhkan kedudukan
dari maqam engkau. Kewajiban engkau ialah bersyukur, iaitu sesuatu yang
dikehendaki dari engkau. Kerana Allah
Ta`ala berfirman bermaksud:
`Jikalau kamu bersyukur nescaya aku
menambahkan lagi kepada engkau.`` (Ibrahim: 7).
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Siapa yang mengetahui jalan kebenaran,
Allah memudahkan perjalanan baginya, Dia mengetahui dari tunjuk ajar daripada
Allah kepadanya. Siapa yang
mengetahuinya dengan dalil, sekali dia silap dan sekali dia betul.Dan siapa yang mengikut
padanya dengan kesan dalil yng benar, sebagaimana dinasihat dia sampai hampir
kepada tujuannya.``
Tidak ada dalil jalan kepada Allah Ta`ala,
melainkan menurut Rasulullah s.a.w. pada
ahwal, af`al dan perkataannya.``
Katanya, aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Apabila sempurna daripada engkau tentang diri engkau, engkau
telah menunaikan haknya, dan apabila sempurna daripada engkau hak makhluk,
engkau menunaikan hak-hak mereka.
Demikianlah pendapat Abu Hamzah yang agak
jelas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment