September 5, 2017

ABU `ABDULLAH AL-MAGHRIBI OBSES DENGAN KONSEP KEFAQIRAN


BBB, 13 Dzul-Hijjah 1438H. =  04 September 2017M. (Isnin):
Nama  lengkap bagi Abu `Abdillah al-Maghribi ialah Muhammad bin Isma`il. Dia adalah guru bagi Ibrahim al-Khawas*s* dan Ibtahim bin Shaiban. Dia bersahabat dengan `Ali al-Razin dan berumur panjang, dikatakan hingga 120 tahun. Dia meninggal di atas Bukit Tursina, dikuburkan di atasnya  bersama kubur gurunya `Ali bin Razin. Dia meninggal tahun 277H. Ada yang mengatakan tahun 297H. Ini lebih sahih – insha Allah.
Abu `Abdillah mempunyai sanad di dalam riwayat Hadith:
Mengkhabarkan kami Muhammad bin `Abdullah bin `Abd al-`Aziz al-T*abari berkata, bercakap kepada kami, Ibrahim bin Shaiban, bercakap kepada kami Abu `Abdillah al-Maghribi, bercakap kepada kami `Amru  bin Abi Ghaylan, bercakap kepada kami  Muhammad al-A`la ibn Hammad, bercakap kepada kami Hammad bin Salamah daripada Thabit daripada Anas, bahawa seorang lelaki ziarah saudaranya pada sebuah kampung, maka diberi Allah kepada saudara pemergiannya pemilikan, maka apabila ia datang kepadanya, dia  berkata kepadanya, ``Apakah yang engkau mau ?`` Katanya, ``Aku mau  mememui saudaraku di kampung ini. Katanya, ``Adakah engkau mau mendapat apa-apa nikmat penerimaan waris daripadanya ? Katanya, tidak, melainkan aku mau menemuinya semata-mata kasih aku kepada Allah. Katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, ``Bahawasanya Allah mencintai akan engkau sebagaimana  engkau mencintai kepadaNya.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ibrahim bin Shaiban berkata, aku mendengar Abdullah al-Maghribi berkata,
``Para  abdal di Sham, para  al-nujaba`   di Yaman dan para al-akhyar di `Iraq.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, aku mendengar  Ja`far berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, 
``Faqir semata-mata di dunia, walaupun dia tidak melakukan sebarang kerja-kerja fadha`il sedzarrah daripadanya, lebih afdhal daripada mereka yang berta`abbud dan mujtahidin dan bersama mereka itu keduniaan.`` (Perlu fahami konsep keduniaan yang dimaksudkan, bukan dimaksudkan kepada harta semata-mata , tetapi kedudukan dan pencapaian jiwa berhubung dengan Allah ).
Abu `Abdullah amat obses dengan faqir dan keduniaan sebagaimana dapat dilihat dari umgkapan-ungkapannya.
Dengan sanad yang sama di atas berkata Abu `Abdullah, ``Aku tidak lihat sesuatu yang menginsafkan selain dari dunia, jika engkau berkhidmat kepadanya, dia berkhidmat kepada engkau dan jika engkau meninggalkannya, dia  meninggalkan engkau.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Abdullah, ``
`` Sebaik-baik amalan ialah dengan mengimarahkan waktu dengan apa yang bertepatan.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Abdullah,
``Sebesar faqir ialah yang menampakkan kaya, dan dia tawadhu` dengannya dan sebesar manusia yang kaya lagi mulia, tapi dia merendah diri sebagai faqir dan menjaga kehormatannya.``
Menasyidkan kepadaku Abu al-Faraj al-Warthani,, berkata menasyidkan daku Abu `Ali al-Mus*ili untuk Abu `Abdillah al-Maghribi:
Wahai yang mengira perhubungan akan dosa
Bagaimana uzurku dan padaku banyak dosa ?
Kalaulah dosaku dengan engkau berganda
Tiada lain bagiku melainkan bertaubat jua.
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali bin Yahya berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, ``Ahlu al-khusus bersama Allah atas tiga peringkat.
Kaum yang mengalami bala, berterusan menguji kesabaran, Dia tidak menyenangi. Jiwa mereka goncang dengan ujian.
Kaum yang  diuji bala berterusan. Mereka sabar dan redha. Bertambah bala bertambah cintanya padaNya dan redha dengan hukumNya.
Hamba-hamba yang dikurniai ne`mat yang dihadkan kepada mereka  itu, dikurnia mereka pengertian keilmuan dari segi zahir dan batin yang menambahkan ingatan mereka.
Dengan sanad di atas berkata Abu `Abdullah,
``Siapa yang mendakwa dengan `ubudiyyah dengan tujuan tertentu, ia adalah palsu dengan dakwaannya. `Ubudiyyah sebenar bukan dengan tujuan dan dakwaan. Berpuisi beliau dengan ungkapannya:
Jangan mendakwa jauhilah bertujuan
Kita perlu jujur dengan sebarang amalan.
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Abdullah,
``Fuqara` yang redha adalah  mereka yang amanah di bumi Allah, hujjah bagi hamba, mereka menanggung bala makhluk.
Dengan sanad yang sama kata Abu `Abdullah,
``Faqir yang tidak kembali kepada sandaran dalam kejadian dan tidak berlindung kepada yang kepadaNya faqirnya, dia sebenarnya tidak terkaya dengannya . Dia tetap  faqrnya kepadaNya.
Demikianlah obsesnya  Abu `Abdullah al-Maghribi dengan konsep kefaqiran.

Sekian.

No comments:

Post a Comment