BBB, 21 Dzul-Hijjah 1438H. = 12 September
2017M. (Selasa):
Nama bagi Abu Bakar al-Shibli ialah Dulaf
dan dipanggil Ibn Juhdar, dipanggil juga Ibn Ja`far dan dikatakan namanya
Ja`far bin Yunus. Nama ini dikatakan tertulis pada kuburnya.
Dia berasal dari Khurasan, terdidik di Baghdad
yang menjadi tempat kelahirannya. Menurut Al-Hujwiri, dia asalnya adalah ketua pegawai
Istana khalifah. Dia bertaubat pada majlis Khair al-Nassaj dan bersahabat dengan
Al-Junayd. Dia dikira seorang shaykh berkedudukan di kalangan shaykh-shaykh pada
zamannya. Seorang yang alim dan seorang faqih mengikut Madzhab Imam Malik.
Hidup sehingga berumur 87 tahun dan meninggal pada tahun 334H. dan dikebumikan
di perkuburan Al-Habazran, Baghdad. Dia menulis Hadith dan meriwayatkan.
Dia dikatakan kuat bermujahadah dan dicatat berkata:
``Siapa
yang mengenal kaum,, apa yang engkau jangka dengan ilmu, maka ilmu `ulama` ia merupakan tohmah.``
Katanya lagi: ``Tiap-tiap kawan yang tiada
baginya kemuliaan, maka ia adalah pendustaan.``
Antara Hadith yang diriwayatkan:
Bercakap kepada kami `Abdul Wahid bin al-
`Abbas, bercakap kepada kami`Ali bin al-Jamal berkata, aku mendengar Aba Bakr
al-Shibli berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Mahdi, al-Mis*ri, bercakap
kepadakami `Amru bin Abi Salmah,
bercakap kepada kami S*adaqah bin `Abdullah daripada T*alhah bin Zaid daripada
Abi Farwah al-Zahawi, daripada `At*a` daripada Abi Sa`id berkata, bersabda
Rasulullah s.a.w. kepada Bilal bermaksud:
``Allah rapat dengan orang faqir dan tidak
menemui orang kaya, maka katanya, ``Ya Rasulallah, bagaimana aku dengan yang
demikian ? Maka sabda Baginda, apa yang disoal engkau jangan tegah, dan apa
yang direzekikan engkau janganlah terpesoma, katanya ``Ya Rasulallah, bagaimana
dengan diriku yang demikian ? Maka sabda Baginda, ``Dia adalah sedemikian,
kalau tidak maka adalah neraka.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah
al-Harawi berkata,, aku mendengar Al-Shibli berkata, dikatakan baginya bahawa
Aba Turab menyebut bahawa dia lapar di sebuah kawasan, maka kemudian di seluruh
kawasan itu makanan, maka katanya, ``Hamba dikasihani, dia sampai kepada tahap
tahqiq seperti sebagaimnana dikata ``Aku
berterusan bersama Tuhanku yang Dia memberi makan dan minum kepadaku.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar `Umar al-Muzawwaq berkata, aku mendengar Al-Shibli disoal tentang,
menepati janji, maka katanya, ``Ia adalah ikhlas dengan percakapan dan
menenggelamkan segala rahsia dengan kebenaran.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi
berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tasawuf adalah pengawalan panca
indera engkau dan menjaga nafas-nafas engkau.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tasawuf adalah
mesra dan berlembut.``
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin
Muhammad al-Dimashqi berkata, ``Aku pada satu masa di suatu hari berada di
halaqah Al-Shibli. Maka dia menangis dan tidak bercakap, maka berkata seorang
lelaki, ``Wahai Aba Bakr, ``Adakah tangisan seluruhnya ? Maka dia bernasyid:
Apabila engka u mengumpat atau mereka
mengupatnya
Mengadu tentang perbuatanku dan membilang
kejahatannya
Adakah orang sepanjang marah dan menghinaku
Apakah yang lebih baik hariku dari
kehidupanku ?
Aku mendengar Aba Sa`id al-Razi berkata,
aku mendengar Al-Shibli disoal tentang zuhud, maka katanya, ``Mengubah hati
dari sesuatu kepada Tuhan bagi
sesuatu.``
Aku mendengar Aba Sa`id al-Razi berkata,
berkata seorang lelaki kepada Al-Sahibli, ``Doakanlah kepada Allah untukku,
maka dia berpuisi:
Berlalu zaman manusia berterusan minta
dariku shafa`at
Adakah aku, malam dan siang layak memohon
shafa`at ?
Aku mendengarnya berkata, dikatakan kepada Al-Shibli,
``Aku melihat badan engkau kurus kelihatan
? Adakah kecintaan menyebabkan. Lalu dia berpuisi:
Aku kasihkan hatiku, dan tidak diketahui tubuhku
Kalau dia mengetahui tidak aku menjadi
begitu.
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Aba
`Ali al-Ja`fari berkata, aku mendengar setengah shaykh berkata, aku mendengar Ibrahim bin Z*arif
berkata, berkata Al-Junayd kepada Al-Shibli,
``Jikalau engkau kembalikan perkara engkau
kepada Allah nescaya engkau rehat !
Maka berkata Al-Shibli, ``Wahai Aba
al-Qasim, ``Kalau Allah mengembalikan hal engkau kepada engkau nescaya engkau
rehat !``
Maka kata Al-Junayd, ``Pedang Shibli menitis darah !``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali
al-Baghdadi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Lalai sekejip mata daripada Allah – bagi ahli
ma`rifat, adalah syirik dengan Allah.``
Dan dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar Shibli
berkata,
``Siapa yang mengenal Allah, dia tidak
risau selama-lamanya.``
Demikianlah antara pendapat Shibli yang
menarik untuk direnungkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment