BBB,
27 Dzul- Hijjah 1438H. = 18 September 2017M. Isnin):
Seterusnya nama yang ditampilkan oleh
Al-Hujwiri ialah Abu al-Qasim al-Nas*r
Abadzi. Nama lengkapnya ialah Ibrahim bin Muhammad bin Mahbubah – Shaykh
Khurasan pada zamannya. Beliau berasal dari Naisaburi, dilahir dan mendapat
pendidikan di sini.
Abu al-Qasim menguasai banyak bidang ilmu.
Dia menghafal sirah dan menghimpunkannya, juga menguasai bidang sejarah
(tawarikh). Menguasai terutama bidang hakikat. Dia disifatkan satu-satu shaykh
yang utama pada zamannya, sama ada dari segi ilmu dan hal.
Dia bersahabat dengan Ab Bakr al-Shibli, Abi `Ali al-Rudzbari dan Abi Muhammad
al-Murta`ish dan yang lain dari kalangan shaykh-shaykh. Dia tinggal di Naisabur
dan pada akhir hayatnya dia ke Makkah dan menunaikan haji tahun 336H. Dia
tinggal hampir dengan Tanah Haram dan meninggal tahun 367H.
Dia banyak menulis Hadith dan
meriwayatkannya. Dia adalah seorang yang dipercayai (thiqah).
Bercakap kepada kami Muhammad bin
Mahmawayh, al-Nas*r Abadzi al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin
Muhammad bin Fadhalah al-T*usi berkata, bercakap kepada kami, Ahmad bin Thaqif,
bercakap kepada kami H*afs* bin Yahya daripada Kharijah bin Mus*`ab, daripada
Ayyub daripada Yahya bin Abi Kathir daripada `Aishah binti Qays daripada Nabi
s.a.w. (Hadith sekedudukan dan nafaqah).
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi
berkata, ``Apabila nyata bagi engkau sesuatu daripada tanda-tanda kebenaran,
maka jangan engkau berpaling dari bersamanya kepada syurga dan tidak kepada
neraka. Dan jangan terlintas dengan keduanya di hati engkau dan apabila engkau menyimpang daripada yang demikian, maka tidak membesarnya
oleh Allah Ta`ala.``
Aku mendengar Al-Nas*r Abadzi berkata, ``Apabila dikhabarkan tentang
Adam – dengan sifat Adam, katanya, -
Maksud firman Allah bermaksud: ``Dan berdosa Adam kepada Tuhannya, dan dia
tersalah jalan.`` (Taha: 121). Dan apabila dikhabarkan tentangnya dengan
kelebihannya ke atasnya, maka katanya – Firman Allah bermaksud: ``Allah memilih Adam (Ali `Imran: 33).
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi
berkata, ``Muwafakat dengan athar adalah elok, dan muwafakat suruhan adalah
lebih elok dan siapa yang muwafakat dengan `al-haqq` - pada satu lahz*ah atau
satu lintasan, maka sesungguhnya tidak berlaku ke atasnya selepas itu apa yang
menyalahi hal.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r
Abadzi berkata, ``Siapa yang beramal
kerana mau melihat balasan, maka amalannya dengan bilangan dan kiraan, dan
siapa beramal untuk mushahadah dia menjangkakan
jumlah perhitungan dan bilangan.
Siapa yang bekerja kerana bilangan, maka pahalanya dengan bilangan. Firman
Allah Ta`ala bermaksud:
``Siapa yang datang dengan lima, maka
baginya sepuluh gandaan seumpamanya.`` (Al-An`am: 160).
Dan siapa beramal secara mushahadah, maka
balasannya tidak terbilang. Firman Allah `Azza wa Jalla bermaksud: ``Sesungguhnya dibalas orang yang sabar itu
pahala mereka itu, tanpa terhisab.``
(Al-Zumar: 10).
Dan aku mendengar Al-Nas*r Abadzi berkata,
``Rahah adalah bekas yang dipenuhi dengan celaan.``
Dan aku mendengar Al-Nas*r Abdzi berkata, ``Yang menggemar memberi tiada
kadar hitungan baginya dan yang gemar kepada yang memberi adalah mulia.``
Aku mendengar Al-Nas*r Abadzi berkata,
``Engkau berada di antara dua perkara, nisbah kepada haqq dan nisbah kepada
Adam.. Apabila dinisbahkan kepada al-haqq, engkau berpindah dari segi maqam
al-kashaf, kenyataan dan kebesaran. Dan adalah
dinisbahkan kepada tahaqquq `ubudiyyah. Sebagaimana firman Allah Ta`ala
bermaksud: ``Dan hamba Al-Rahman yang berjalan di atas muka bumi secara
bersopan santun (Al-Furqan: 63). Dan
firmannya bermaksud:
``Dan hambaku tidak adalah bagi engkau ke
atas mereka itu kekuasaan untuk menyesatkan mereka.`` (Al-Hijr: 42). Dan
firmanNya bermaksud: ``Maka keduanya mendapati hamba dari hamba-hambaKu. [Kami
datangkan kepadanya rahmat daripada kami dan mengajarnya dari sisi kami ilmu.``
(Al-Kahfi: 65). Dan apabila dinisbahkan kepada Adam, dia masuk pada maqam-maqam
ilmu dan jahil. Firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Dan ianya ditanggung oleh
manusia, sesungguhnya dia adalah zalim lagi jahil.`` (Al-Ah*zab: 72).
Al-Hujwiri memberi tekanan dari segi
tafsiran terhadap riwayat ini. Dengan melihat bahawa konsep Adam adalah lambang
hawa nafsu dan kerosakan, lantaran itu hubungan hendaklah dengan yang
tertinggi, iaitu Tuhan bagi keselamatan..
Dan aku mendengar Aba Al-Qasim berkata,
``Ibadat menuntut `al-s*afh` - permohonan dan kemaafan adalah dari
ketaksirannya, derdekat dengannya ialah menuntut gantian dan balasan
daripadanya.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim berkata,
``Ahlu al-mahabbah berdiri bersama yang haqq di atas maqam, jika
mereka mendekati dikenali dan jika dia lambat terhijab.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim berkata, ``
Beratnya kebenaran tidak tertanggung melainkan oleh yang memacu haqq.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r
Abadzi berkata, ``Asal tasawuf adalah melazimkan kitab dan al-Sunnah,
meninggalkan hawa nafsu dan perkara bid`ah, membesarkan kehormatan
shaykh-shaykh, melihat kelemahan makhluk dan keelokan bersahabat dengan
teman-teman dan rela memberi khidmat kepada mereka, mengamalkan akhlak yang indah melakukan aurad,
meninggalkan dari terlibat perkara rukhs*ah dan ta`wil. Tidak sesat seorang
pada jalan ini, melainkan dengan kerosakan permulaan, kerana apa yang dilakukan
pada permulaan memberi kesan pada pengakhiran.
Demikian pendapat Abu al-Qasim Ibrahim bin
Muhammad bin Mahmud al-Nas*r Abadzi untuk diteliti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment