BBB, 19 Dzul-Hijjah 1438H. = 09 September 2017H. (Sabtu):
Ibrahim al-Khawas*s* , dia ialah Ibrahim
bin Ahmad bin Isama`il, kunyahnya Abu Ishaq, dia adalah seorang yang terkenal
dengan `Doktrin Tawakkal` ` atau yang
diterjemah oleh Al-Hujwiri `Penyerahan Diri` kepada Tuhan. Antara yang semasa
dengannya ialah Al-Junayd dan Al-Nuri.
Dia bermusafir, riyadhiyyat dan maqamat.
Dia menulis karya-karya yang baik mengenai etika tasawuf. Beliau menyatakan mengenai `Tawakkal`,
`Jangan menyusah dan risau diri, kerana
segalanya sudah ditentukan dia pasti berlaku dan tidak dapat diubahkan.
Terimalah sebagai ketentuan.``
Ibrahim al-Khawas*s* meninggal di Masjid
Al-Rayy pada tahun 291H. Pendapat dan pendekatannya diteruskan oleh Yusof bin
al-Husayn.
Mengenai kematiannya, mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi
berkata,
``Ibrahim sakit di Masjid Jami` di Al-Rayy.
Dia adalah sakit berdiri dan adalah ia
apabila bertdiri masuk ke dalam air dan mandi. Kemudian dia kembali ke
masjid dan dia solat dua raka`at,
kemudian dia masuk ke dalam air sekali lagi dan mandi, kemudian keluar rohnya (meninggal) sedang ia masih di
dalam air.`` Demikian sebagaimana yang
dicatat Al-Sulami di dalam T*abaqatnya.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
al-Baghdadi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad al-Khuldi berkata, aku
mendengar Ibrahim al-Khawas*s* berkata,
``Siapa yang tidak sabar dia tidak
berjaya.``
Katanya juga, aku mendengarnya berkata,
``Siapa yang tidak menangis di dunia, tidak
gembira di akhirat baginya.``
Aku mendengar Aba Nas*r, Muhammad bin Ahmad
bin Ya`kub al-T*usi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad berkata,
``Aku bermalam bersama Ibrahim, dan aku
terjaga dan menyedari dia bermunajat hingga subuh dan dia mengungkapkan kata,
Di malam sunyi ku nikmati kerehatan
Adakah sembuh kerisauan tanpa teman ?.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,,
aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s* berkata,
``Bukanlah ilmu dengan banyak pengriwayatan,
Sesungguh ilmu ialah ikutan dan amalan,
Walaupun sedikit ilmu, tapi diamalkan.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba
`Uthman al-Adami berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s* ditanya, tentang
wara`, maka katanya,
``Bahawa seorang hamba tidak bercakap
melainkan perkara benar, dia marah atau redha, dan adalah perhatiannya terhadap apa yang diredha Allah
Ta`ala.``
Dan berkata
Ibrahim, ``Ilmu itu dalam dua ungkapan,
``Jangan terbeban oleh luar kemampuan dan jangan persia-sia apa yang engkau dapatkan.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Aba `Abdillah al-Ramli berkata, aku mendengar Ibrahim
al-Khawas*s* berkata,
``Jadikanlah hatimu tenang,, genggam yang
kosong, dirimu melakukan apa yang dikehendaki.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far
berkata, aku mendengar Al-Adami berkata, aku mendengar Ibrahim berkata,
``Ubat hati lima perkara, Baca Qur`an dengan tadabbur, kosongkan perut,
bangun malam, tadharru` ketika waktu sahar dan duduk dengan para salihin.``
Katanya dan berkata Ibrahim,
``Qadar kemuliaan mu`min sebagaimana dia mematuhi perintah Allah,
Allah memakainya kemuliaan dan menetapkan kemuliaan pada hati-hati orang
mu`min. Ini ialah kerana firman Allah bermaksud:
``Dan kemuliaan bagi Allah, bagi RasulNya
dan orang-orang mu`minin.`` (Al-Munafiqun: 8).
Katanya, dan berkata Ibrahim,
``Akibat hati bersangatan akibat,
karamatnya semulia-mulia karamat, dam dzikirnya semulia-mulia dzikir,. Dengan dzikirnya
menarik cahaya dan dengannya jatuhnya hijab dan dia kekhususan bagi ingatan dan
penangan.``
Katanya dan berkata Ibrahim al-Khawas*s*:
``Terpilih
siapa yang terpilih daripada hambaNya, tidak bagi sebelumnya, bahkan
iradah kepada mereka, kemudian diketahui apa yang keluar daripada mereka dan
apa yang lahir ke atas mereka.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Kami pilih mereka itu berdasarkan
keilmuan.`` (Al-Dukhan: 32).
Ya`ni daripada kami dengan apa yang ada
pada mereka dari berbagai kelainan, kerana siapa yang membeli satu barang diketahui tanpa `aib, maka tidak akan
dikembalikan.
Demikian ujaran dan pendapat Ibrahim
al-Khawas*s* yang dapat dimanfaatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment