September 2, 2017

KHAIR AL-NASSAJ BEKAS PENENUN KAIN


BBB, 10 Dzul-Hijjah 1438H. = 01 September 2017M. (Juma`at):
Tokoh yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri seterusnya ialah Khair al-Nassaj. Nama lengkapnya sebagaimana yang dicatat oleh Al-Hujwiri  ialah Abu al-Hasan Muhammad bin Isma`il al-Samiri Khair al-Nassaj – Abu al-Hasan adalah kunyahnya. Seorang yang disifatkan oleh Al-Hujwiri sebagai sufi agung dan berkebolehan berkhutbah dengan bahasa yang baik. Beliau adalah berasal dari Samurra dan menetap di Baghdad.
Dia bersahabat dengan Abu Hamzah al-Baghdadi. Dia bertanya dan berbincang dengan Sari al-Saqti. Dikatakan Ibrahim al-Khawass  dan juga Al-Shibli bertaubat di d Balai Perbincangan Khair al-Nassaj. Dia dikatakan  berkawan dengan Al-Nuri  sebagai generasi sesama.
Khairu al-Nassaj seorang yang  lanjut umurnya dan meninggal ketika berusia 120 tahun. Nama Khair al-Nassaj adalah lebih popular bagi Muhammad bin Isma`i. Beliau mendapat gelaran `Khairu al-Nassaj`kononnya kerana beliau telah terjatuh ke tangan majikan perusahaan tenun kain. Beliau bekerja  di bengkel penenun kain berkenaan sehingga menjadi penenun yang mahir. Selepas  dua tahun  dia dibebaskan oleh majikannya dan dia pergi ke Makkah, namun gelaran dan panggilannya sebagai Khairu al-Nassaj kekal.
Berhubung dengan kata-kata dan maklumat Khair al-Nassaj:
Didengar daripada Abu Bakar al-Razi berkata,
``Aku mendengar dari Khair al-Nassaj berkata, Siapa yang mendengar daripada dunia tentang kadarnya, dia mendapati akan akhirat haknya. Dan siapa yang jahil daripada akhirat, maka dia kehilangan haknya dari dunia (hingga ke akhirat)..``
Berkata Khair al-Nassaj,  ``Sabar adalah dari akhlak kelakian dan redha adalah dari akhlak mereka yang mulia.``
Berkata Khairu al;-Nassaj,
``Lapang  dada ialah orang yang muttaqin, terbuka penglihatan orang muhtadin dengan cahaya hakikat keimanan.``
Berkata Khair al-Nassaj,  ``Siapa yang memeberi perhatian tentang kesyukuran, bertambah ne`mat pemberian.``
Berkata Khairu al-Nassaj:
``Siapa mendahului selangkah tidak mendapati Ia adalah ujiandari segi kebenaran dan ijtihad.
(Sesungguh peluang masih terbuka bagi yang benar berijtihad).
Berkata Khairu al-Nassaj,
`Ikhlas ialah yang tidak menerima amalan seorang pekerja melainkan dengannya.``
Berkata Khairu al-Nassaj.
``Amal yang menyampaikan ke puncak tujuan, ialah dengan  mengawal daripada taksir, lemah dan kekurangan``
Berkata Khairu al-Nassaj,
``Tidak ada sebab yang lebih mulia dari melihat bahawa ia adalah ciptaan Allah dan tidak perlu dikait dengan yang lain. Dan tidak ada ilmu lebih berguna seperti orang yang diajar  oleh Allah akan semua namanya.
Dia tetap perdirian  dari apa yang berlaku seperti  takdir dan qadha`.
Berkata Khairu al-Nassaj
`Tauhid ialah tiap-tiap makhluk kurang kerana  berdirinya  dengan yang lain dan berhajatnya kepada yang lain, kerana firman Allah bermaksud:
``Wahai manusia kamu faqir kepada Allah.`` (Fatir: 15),
Yakni engkau berhajat kepadaNya padasetiap nafas. (Dan Dialah Tuhan Yang Kaya) (Yang Terpuji) yang tidak menerima harta dari engkau dan tidak berhajat kepadanya. Dan engkau berhajat kepadaNya.
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj:
Mempusakai perbuatan engkau apa yang layak dengan perbuatan engkau. Maka tuntutlah warisan kelebihan engkau. Kerana dia lebih sempurna dan lebih cantik. Allah berfirman bermaksud:
``Katakan dengan kelebihan Allah (kedatangan  Al-Qur`an) dan rahmatnya sewajarnya mereka bergembira, dia adalah lebih daripada apa yang mereka himpunkan (harta benda). (Yunus: 58).
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj:
``Takut kepada camti (hukuman) Allah di muka bumi dihukum diri-diri yang mempunyai adab yang jahat, apabila dirasai anggota kesan adab perbuatan, maka adalah ia kelalaian hati dan kegelapan jiwa.``
Setelah meneliti ungkapan-ungkapan Khair al-Nassaj, nampaknya berbeza dari khutbah-khutbahnya  yang dikatakan lancar dan indah. Kita mengharapkan ianya berlaku paa ungkapan-ungkapannya, bahkan didapati pikiran-pikiran yang hendak disampaikan tidaklah lancar, bahkan terasa sukar wakaupun persoalan-persoalan yang dibawa tidaklah mendalam.
Sukar untuk mencari ungkapan-ungkapannya yang menyentuh minda dan rasa untuk dijadikan sebagai contoh yang menjadi panduan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment